Menyelusuri Kenangan Mencipta Rasa Makanan Enak

Sudah 11 tahun Along Murni (AM) tak singgah bertandang di The Mines Shopping Mall. Dulunya The Mines menjadi salah satu tempat pilihan AM dan sepupu AM. Tempat kami lepak, tempat tengok wayang, tempat jalan-jalan dan tempat AM ‘dating’ dulu bersama bekas suami AM. Kini semuanya tinggal kenangan. Masing-masing sekarang sibuk dengan keluarga, kerjaya dan ada yang membawa haluan sendiri. Biarlah segalanya AM simpan rapi dalam kenangan. Eh, tersebak pula AM bila cuba mengimbau kembali kenangan dulu.

Dengan tekad dan azam, AM melangkah tiba di sini bersama rakan-rakan Blogger AM bagi mencipta sebuah memori dan kenangan baru. Semestinya geng kaki makan!! AM turut sama terlibat dalam program ‘Foodtopia’ yang dianjurkan oleh The Mines Shopping Mall. Inilah wajah-wajah gembira kami yang tak sabar untuk memulakan operasi JELAJAH MAKAN..

















Sebelum memulakan operasi ‘FOODTOPIA’, Mr Aven memberi sedikit taklimat ringkas mengenai program ‘FOODTOPIA’ ini. Jejaka hensem yang begitu petah berkata-kata.




Destinasi Restoran pertama (1) adalah SEPIRING. Nampak tak?? muka masing-masing tak sabar nak menjamu seleraa..





RESTORAN SEPIRING
Menu yang menjadi pilihan adalah:

1) Durian Pancake
Yang ni menu yang korang mesti cuba kalau singgah di SEPIRING. Dengan inti Durian yang penuh dan balutan yang kemas, pasti mengundang kepuasan ketika menikmatinya. Sedap sangat dan korang mesti datang cuba.




2) Penang Assam Laksa
Peminat Asam Laksa pasti teruja untuk rasa menu ini kan?? Dengan kuah yang masam2 dan kuah yang padat dengan isi ikan membuatkan korang akan datang singgah semula untuk kedua kali ini.


Seterusnya AM menuju ke destinasi ke2 pilihan AM iaitu Dubuyo. Makanan korea yang sudah mula mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. AM pula berangan-angan kononnya sedang makan bersama-sama dengan KIM JONG KOK bila berada di Dubuyo!! Penyanyi dari korea dan merupakan salah satu watak utama dalam cerita RUNNINGMAN tuuu.. hehehehe.. Menu pilhan AM adalah:



1) Spicy Toppokki
Pernah nampak KIM JONG KOK makan Toppokki ni dalam salah satu siri RUNNINGMAN.. Nampak sedap tapi memang sedap pun.. walaaaaa..



2) Korean Spicy Wings
Menu ini korang kena datang sendiri alami keenakkannya.. Jaminan sedap dan puas hati wooo..





Destinasi ke 3 AM adalah Makan Culture. Di sini terdapat pilihan pelbagai jenis makanan yang enak-enak dan menambat selera.



Antaranya adalah :
1) Spaghetti olio ayam goreng



2) Buttermilk chicken with Rice


AM ingat lagi masa AM mengandungkan rayyan, AM memang tak boleh nak makan nasi. Alahan kan?? Nak buat camna.. Jadi AM hanya boleh makan Sushi sahaja. Sepanjang 9 bulan lebih rayyan dalam kandungan, semestinya Sakae Sushi jadi pilihan.



Destinasi ke 4 AM adalah di Sakae Sushi. Bila nampak je sushi yang banyak-banyak ini, AM telah mencuba 5 jenis makanan Jepun. Antaranya adalah:

1) Cha soba
"Cha soba" adalah mi soba Jepun yang nipis yang diadun dengan teh hijau atau "ocha" atau "cha" untuk jangka pendek. Ia diperbuat daripada tepung soba atau "soba-ko," tepung gandum atau "komugi-ko," dan penambahan teh hijau. Teh hijau adalah apa yang memberi cha soba mi berwarna hijau muda. Mie tradisional Soba biasanya berwarna kelabu-coklat. Penambahan teh hijau ini memberi rasa yang nyaman dan enak dimakan ketika cuaca panas.



2) Egg mayo Temaki




3) Ebi tempura cheese maki
Ramuan di dalamnya adalah Tempura Prawn, Japanese Cucumber, Cheese & Spicy mayonnaise.



4) Tamago cheese yaki
Terdiri daripada Japanese Omerlette dan Cheese.



5) Aburi shiro maguro


Kira AM agak bertuah kali ini sebab nombor tag 1517 mendapat hadiah cabutan bertuah berupa kupon makan di Sakae Sushi.. Boleh la bawa anak-anak datang makan sini kan??




Akhir sekali, AM menjamu kek di ‘Ah Mah Traditional Homecake’. Egg Sponge Cake yang begitu gebu dan enak dimakan. Susah nak gambarkan keenakkan dan rasa gebu yang terdapat dalam kek ini. Yang pasti korang kena datang sendiri untuk rasa dan nikmati kepuasan rasa keknya. Terdapat 3 jenis kek iaitu:

1) Classic Original



2) Cheesy Cheese



3) Chocolate



Buat semua pembaca setia Along Murni, 
terima kasih atas sokongan anda selama ini. 
Rasa teruja dengan gambar-gambar 
yang enak dan menyelerakan?? 
Jangan lupa untuk singgah datang ke Mines Shopping Mall. Salam sayang untuk semua!!! walaaaa… ❤❤❤


Post a Comment

1 Comments

  1. Syurga makan di The Mines... Memang rugi siapa tak try..

    ReplyDelete