WAJAH-WAJAH PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO KREATIF PPZ-MAIWP 2017



Pada 10 November 2017 yang lalu, Along Murni (AM) hadir bagi menyaksikan sendiri wajah-wajah pemenang bagi PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur. 

Di majlis tersebut AM sempat bergambar dengan pemilik  Boutique Coudre KL  iaitu Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin yang merupakan penaja utama bagi pertandingan tersebut. Masih cantik dan muda kan??



Pihak PPZ Wilayah telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF yang bertajuk ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’.  Pertandingan ini telah mula  dijalankan sepanjang 15 Ogos sehingga 30 September 2017. Video yang berdurasi selama 3 minit ini hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan juga COUDRE KUALA LUMPUR.  

Mesti tak sabar kan nak tengok wajah2 pemenang kan?? Sebelum tu, AM kongsikan klip video yang mendapat Anugerah Pilihan Ramai telah mendapat 752 Like dan 529 Share.



Anugerah Pilihan Ramai dimenangi oleh MUHAMAD HANIF BIN NGARISAN dan wang tunai sebanyak RM1000 menjadi milik beliau. Hadiah berupa trofi dan wang tunai disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, selaku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan juga Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP serta Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin, Pemilik Boutique Coudre KL, selaku penaja utama pertandingan tersebut.




Inilah dia wajah-wajah pemenang yang kelihatan ceria  di MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO JOM KREATIF PPZ-MAIWP 2017.


Tempat Pertama
MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN
(memenangi wang tunai RM2000)



Tempat Kedua
SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN
(memenangi  wang tunai RM1500)




Tempat Ketiga
NURHIDAYAH BINTI ATMIN
(memenangi  wang tunai RM1000)


Antara nama-nama pemenang Hadiah Saguhati yang dimenangi akan membawa pulang wang tunai RM500 ialah:

NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN
MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM
MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN
MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ
NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI
NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI
ANIS ASYIKIN BIN ALIAS
MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI
MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID

AM berharap semoga pertandingan seumpama ini dapat diteruskan
 demi memberi ruang generasi baru dan lama mencurahkan idea kreatif melalui video 
yang memberi manafaat dan kesan mendalam dalam kehidupan seharian. 
SYABAS buat PPZ-MAIWP.











Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah kepada semua pemenang syabas PPZ kerana menganjurkan pertandingan seperti ini..

    ReplyDelete
  2. Tidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.

    ReplyDelete
  3. Tahniah pada semua pemenang.. bagus kan PPZ adakan pertandingan macam nie..

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada semua pemenang... WoW!!! Sangat menarik dengan anjuran dari PPZ ni...

    ReplyDelete
  5. Salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete