Friday, 22 December 2017

BERZAKATLAH: KEMPEN YEZ (YEAR END ZAKAT)

BERZAKATLAH: KEMPEN YEZ (YEAR END ZAKAT) 

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat.[2] Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

“              (۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ       ”
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.




CARA MUDAH BAYAR ZAKAT
Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. Bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

PELBAGAI KEISTIMEWAAN MENANTI
Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI   oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat.

Di samping itu juga,  Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP

Satu cabutan bertuah dibuat pada setiap hari, bermula dari 1 hingga 29 Disember 2017. Manakala 20 cabutan bertuah pula dibuat pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Bagi memeriahkan lagi suasana  di di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017 itu, turut ditampilkan maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO).

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkannya.



BAYAR  ‘ZAKAT ONLINE’ DAN MENANGI CABUTAN BERTUAH
Bagi yang tak berkesempatan nak bayar zakat di 11 kaunter yang telah PPZ-MAIWP sediakan tu, boleh juga membayarnya menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my

Yang menariknya, sebagai pembayar zakat kita berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan. Tunggu apa lagi?

KATA AM: BERZAKATLAH DEMI KEPENTINGAN DAN 
KELANGSUNGAN UMAT MANUSIA. SUCIKAN HATI SUCIKAN DIRI. MOGA YANG AMALAN YANG DIBERIKAN SECARA IKHLAS BAWA BERKAT HINGGA KE AKHIRAT.. INSYAALLAH ❤❤❤❤ ❤❤❤❤ ❤❤❤❤


4 comments:

admin said...

semoga lebih ramai yang tampil membayar zakat kan...bagus kempen YEZ nih...

Dunia Zumal said...

Alhamdulillah agar pungutan zakat dapat membantu para asnaf...

Anie Mohamed said...
This comment has been removed by the author.
anie mohamed said...

Sangat informatif info ni. Bagi yang belum bayar zakat tu, bolehlah sertai Kempen Yez 2017 ni ... sempat lagi!