Sunday, 31 December 2017

MUZIUM COKLAT: DESTINASI MENARIK BERSAMA KELUARGA

MUZIUM COKLAT: DESTINASI MENARIK UNTUK 
DILUANGKAN BERSAMA KELUARGA

Cuti Sekolah yang panjang adalah peluang untuk Along Murni (AM) bersama dengan putera puteri AM. Asyik melakukan aktiviti yang sama, berehat di rumah, melayan gajet mahupun ke pusat membeli belah bosan juga. Lagipun, cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian.Jadi AM merancang bersama-sama geng PROPA RANGERS untuk mengadakan trip lawatan keluarga ke Muzium Coklat.

Kali ini destinasi Along Murni (AM) bersama-sama putera puteri AM ke Muzium Coklat yang terletak di Kota Damasara. Muzium ini merupakan Muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia, dengan memaparkan pelbagai info-info menarik mengenai coklat, iaitu cara pembuatan coklat di seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.



Sungguh seronok apabila lihat anak-anak menjejakkan kaki ke Muzium Coklat ini. Dengan bau coklat yang menyelerakan dan AM yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, AM berpeluang berbuat demikian di sini. Bahkan AM dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.









Chef Muaz memberi penerangan tentang sejarah Coklat dan memaklumkan pada kami bahawa coklat sebenarnya telah wujud sejak zaman Tamadun Olmec lagi yang merupakan kaum purba Mesoamerika yang tinggal di dalam hutan di selatan Telok Mexico sekitar tahun 600 sebelum masihi.
Beliau juga menunjukkan demonstrasi cara-cara pembuatan coklat dan kami berpeluang merasai hasil tangan beliau apabila coklat siap dipatenkan.







Selain itu, para ibu dan bapa berpeluang bekerjasama mereka cipta Rumah Coklat. Begitu asyik dan tekun para ibu bapa melakukan aktiviti. PROPA RANGERS membuat pertandingan Rumah Coklat tercantik dan paling kreatif. Nak tau siapa pemenangnya?? Jeng jeng.. Hahahaha.. siapa sangka Kaum Bapa mampu menghasilkan kreativiti rumah coklat sedemikian rupa. Selayaknya mereka menjadi pemenang. Tahniah buat Kaum Bapa ya!!










Latar belakang Muzium

AM dimaklumkan oleh En. Riduan, PR Muzium Coklat, Muzium Coklat mempunyai keluasan 4000 kaki per segi dan muzium ini dijangkakan akan dibesarkan kepada 5000 kaki persegi menjelang 2018.

Muzium Kota Coklat Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia. Muzium coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 16 Januari 2014.

Muzium Coklat adalah hasil cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holding Sdn Bhd, Dato’ Dahlan Mohd Rashid dan AM sangat bangga kerana beliau mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.

Muzium yang menggunakan konsep ‘3E’ di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.

Muzium coklat berkonsepkan 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable Shooping, sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk keluaran negara luar.
Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.

Alamat Chocolate Museum:

No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor

No Tel: 03-74904260 Faks: 03-61408825

Laman Web: Chocolate Museum 
Laman Facebook: Chocolate Museum 

Laman Instagram: Chocolate Museum 

KATA ALONG MURNI: 

AM RASA SERONOK MENYERTAI AKTIVITI SEUMPAMA INI. MUZIUM COKLAT PENUH DENGAN INFORMASI, KESERONOKAN DENGAN AKTIVITI COKLAT
 DAN RASA COKLAT YANG WOWWW!!! 

TEAM PROPA RANGERS BERSAMA KELUARGA

TAHNIAH BUAT TEAM PROPA RANGERS DAN JUTAAN TERIMA KASIH PADA PIHAK MUZIUM COKLAT KERANA MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN KAMI. TERIMA KASIH SEMUA. 

PADA PEMBACA YANG BELUM KE SANA,
 JOOMM KE MUZIUM COKLAT DAN RASAI SENDIRI KESERONOKANNYA. 
MASUK ADALAH PERCUMAA!!!

2 comments:

Illya LeYa said...

Satu pengalaman manis bersama rakan-rakan Team Propa Rangers mengharungi detik-detik keseronokan di Muzium Coklat. Usaha murni ini akan diteruskan lagi

Noor Maizan said...

Bestnyaaaa..Chocolate is bae. Nyumnyumnyum.