Monday, 25 December 2017

UYA ASIA : HAB E-PASARAN HIBURAN PERTAMA ASIA

UYA ASIA : HAB E-PASARAN HIBURAN PERTAMA DI ASIA



UYA Asia yang merupakan hab e-pasaran hiburan pertama di Asia telah dilancarkan baru-baru ini di Sheraton Hotel Petaling Jaya. Along Murni (AM)sempat menghadiri pelancaran yang begitu menakjubkan serta berpeluang untuk mengalami servis yang ditawarkan oleh UYA Asia. Pelbagai booth dipamerkan sepanjang majlis pelancaran tersebut dan memberikan peluang kepada semua untuk mengenali produk-produk yang dipaparkan.


UYA Asia adalah muka baru dalam industri e-dagangan dipimpin oleh sekumpulan individu yang berpengalaman dalam industri pemasaran. UYA Asia telah mencipta hab perniagaan talian bersepadu dalam menawarkan landasan perniagaan untuk semua lapisan masyarakat yang boleh dilayari www.uyaasia.com dan menikmati pengalaman pasaran online yang menakjubkan.




 “UYA Asia merupakan satu platform dalam talian yang menawarkan pengalaman yang amat unik kepada konsumer-konsumer serta para pedagang kami,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif UYA Asia, Philip Chow. “Kita dikenali sebagai Hab e-Pasaran Hiburan pertama di Asia. UYA Asia juga menawarkan pelbagai hiburan menarik secara percuma termasuk klip filem pendek, e-permainan, pergaulan dengan duta UYA Asia dan juga peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!” tambah beliau.



Di samping itu, para pelanggan berpeluang untuk membaca atau menonton ulasan mengenai produk-produk sebelum membelinya. Ulasan-ulasan adalah dibuat oleh para influencer, blogger dan duta UYA Asia yang dijemput khas. Ini adalah untuk membolehkan para pelanggan untuk membuat keputusan pembelian yang wajar di platform baru ini.

AM sempat juga berkesempatan untuk melawat booth-booth yang memberi harga dan tawaran menarik dengan kerjasama UYA Asia ini.






 Booth UYA MAMA antara yang menarik minat AM kerana ia memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal menjana pendapatan. Di samping itu, terdapat kelas-kelas dan seminar diberikan kepada Ibu Tunggal di bawah program UYA Mama.. Memang sangat berinisiatif dan memberi inspirasi kerana peserta di bawah program ini diajar dari peringkat asas hingga boleh maju dan berdikari sendiri. Memang menakjubkan usaha dan nilai yang cuba diterapkan kan?? Antara hasil-hasil seni dan kraftangan dari ibu-ibu tunggal ini dapat dilihat dalam gambar di bawah..



Dalam ucapan Philip Chow semasa majlis perlancaran ini, beliau berkata bahawa UYA Asia menegaskan kualiti perkhidmatan pelanggan yang terbaik kepada semua para pedagang platform dalam taliannya. Walaupun kebanyakan platform e-dagang di Malaysia menawarkan perkhidmatan pelanggan yang bagus, tetapi mereka hanya memfokuskan perkhidmatan ini kepada akaun-akaun yang besar sahaja. Perbezaan servis yang ditawarkan oleh UYA Asia berbanding dengan platform e-dagang lain pula adalah kemampuan untuk memberikan perkhidmatan pelanggan kepada semua lapisan pedagang dengan tidak mengambil kira besar kecil akaun-akaun tersebut.


Antara Perkhidmatan yang ditawarkan oleh UYA Asia
1)Produk dan Perkhidmatan Pelanggan
UYA Asia menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti menerusi laman dalam talian yang merangkumi fesyen dan produk kecantikan, produk kesihatan, produk pemasaran, alatan audio, alatan visual serta banyak lagi.

2)Pakej pengiklanan
Program pengiklanan menarik ditawarkan yang membolehkan para pedagang mempromosikan produk dan servis mereka di laman UYA Asia.

3)Kedutaan
Pedagang boleh mendapat peluang untuk melantik Duta UYA Asia (Blogger serta pihak yang berpengaruh terhadap produk berkenaan) bagi meningkatkan nilai pemasaran melalui tinjauan serta video yang berkaitan.

4)Acara & Pemasaran
Pihak UYA Asia menawarkan beberapa acara pemasaran secara offline untuk menarik perhatian pelanggan kepada laman web penjual melalui strategi “Offline-Online–Offline”.


5)Khidmat Perundingan
Individu atau SME yang tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang perniagaan boleh merujuk kepada pihak UYA Asia untuk mendapat perundingan dan nasihat bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Perundigan termasuk cara bermula perniagaan dan pendaftaran serta peninjauan untuk memastikan perniagaan pembekal berjalan lancar dalam setiap peringkat pertubuhan perniagaan itu.

6)Latihan Kemahiran
UYA Asia menyediakan sesi latihan kemahiran yang lengkap untuk ahli pedagang agar mereka boleh menggunakan laman portal UYA Asia dengan sempurnanya

KATA ALONG MURNI:

AM SANGAT TERINSPIRASI DENGAN UYA ASIA YANG MENGAMALKAN 3 PRINSIP DALAM MENJAGA DAN MEMAJUKAN PERNIAGAAN MEREKA IAITU:

  • KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN
  • SETIA DAN JUJUR
  • KEKITAAN DAN SEMANGAT





1 comment:

dboystudio said...

benda2 macam nie memang bagus untuk mempromosikan apa2 jugak product kan2.