FUNTASY HOUSE TRICK ART: SENI IMAGINASI 3D MENGAGUMKAN

FUNTASY HOUSE TRICK ART: SENI IMAGINASI 3D MENGAGUMKAN

Along Murni kini berada di Bandaraya Ipoh dalam Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official. Funtasy House Trick Art kini antara daya tarikan baharu di sini.
Menerima namanya dari gabungan "FUN" dan "FANTASI", galeri seni rupa 3D ini didirikan di rumah kedai dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan sejarah dan nilai-nilai warisan dan aktiviti pelancongan di Ipoh, Perak.

Lihatlah hasil seni 3D yang sempat AM ‘capture’ di FUNTASY HOUSE ini. Nampak macam real kan? Teknik dan seni yang benar-benar mengagumkan AM. Seni yang begitu unik dan penuh dengan imiginasi akal kita untuk mengolahnya. Ada kakitangan dari FUNTASY HOUSE yang akan turut membantu bagaimana olahan gambar dibuat dan menjadikan gambar nampak real dan menakjubkan.











Jomm.. kita datang berfantasi di FUNTASY HOUSE TRICK ART dan rasai keseronokannya.
Funtasy House Trick Art ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi hingga 8 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).

Harga tiket untuk memasuki galeri ini ialah RM15 (Dewasa), dan RM10 (kanak-kanak, pelajar, dan warga emas tempatan) bagi warganegara Malaysia. Manakala bagi pelancong asing harga dikenakan ialah RM19 (dewasa).

Funtasy House Trick Art terletak di No 16, Jalan Market, Ipoh atau menghubungi galeri tersebut di talian 05 2550 007 atau emel ke ask@funtasyhouse.com.

#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia

KATA ALONG MURNI:

SERONOK BERMAIN DENGAN TEKNIK-TEKNIK SENI 3D.. 
DI LUAR JANGKAUAN DAN HASILNYA AMAT MENGAGUMKAN.


Post a Comment

2 Comments

  1. Seni 3D Art memang cantik dan mengagumkan... Okay...yg Ipoh ni belum try pergi.. Boleh lah nanti kalau ke sana dan terjah lokasi Funtasy House Trick ni.. Terima kasih atas info menarik ini

    ReplyDelete
  2. Wow dah dekat dah dngan ipoh , de masa boleh pegi ni

    ReplyDelete