Thursday, 4 January 2018

IPOH : PASAR LOKEN DAN 'OLD UNCLE DRINKING COFFEE'

IPOH : PASAR LOKEN DAN SARAPAN PAGI DENGAN OLD TOWN WHITE COFFEE



Pengembaraan AM ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official kini tiba di Bandaraya Ipoh. Pengembaraan AM turut disokong oleh #tourismmalaysia. Turut mengiringi kami adalah para pegawai Majlis Bandaraya Ipoh.

Along Murni (AM) tiba di Pasar Loken pada jam 9 pagi. Pemandangan di Pasar Loken ini berlainan sama sekali. Ribuan manusia dah mula bersesak -sesak memenuhi lorong jualan di sepanjang Jalan Horley hingga ke Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Lim Bo Seng.

Pasar Karat Ipoh atau lebih dikenali sebagai Loken pula terletak di Jalan Horley (Gerbang Memory Lane). Loken. Di Loken terdapat pelbagai barangan lama yang boleh dibeli untuk koleksi peribadi dan peringatan. Waktu Loken beroperasi adalah seawal jam 7 pagi sehingga ke sekitar 1 petang.

Loken adalah nama panggilan yang diberikan oleh pengunjung sejak dulu-dulu lagi kerana kerana mengambil sempena nama Bazar Lam Look King di Jalan Laksamana yang berdekatan dengan tapak asal pasar karat itu. Kemudian dipindahkan ke tepi Sungai Kinta.

Kini Pasar Karat ini terletak di sepanjang Jalan Horley. AM dimaklumkan oleh Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh yang Pasar Loken sudah berpindah tempat sebanyak tiga kali. Pasar Loken kini diberi nafas baharu dengan nama Memory Lane. Namun penduduk stempat masih serasi dengan nama Pasar Loken.  

Dua buah pintu gerbang besar didirikan di kedua-dua arah laluan masuk sebagai mercu tanda pasar itu.

Pelbagai jenis aneka barang lama dan baru boleh didapati di sini. Antaranya CD/Kaset lagu-lagu lama, wang syiling/kertas lama, perkakasan rumah lama dan pelbagai lagi yang AM sendiri tak pernah nampak dan jumpa terdapat di sini.












Menarik bukan?? Kalau singgah ke Perak, jangan lupa singgah di Pasar Loken ya. Pasti tidak mengecewakan. 



Sepanjang perjalanan AM dan rakan-rakan di Bandaraya Ipoh, kami diiringi oleh Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh bagi memperkenalkan Bandaraya Ipoh kepada masyarakat luar.



"Old Uncle Drinking Coffee", sebuah mural Ipoh yang menarik terletak di Jalan Dato Maharajalela (dinding sisi) cawangan OLDTOWN White Coffee yang menghadap ke Padang Ipoh). Old Town White Coffee betul-betul di sebelah kiri AM.

Masa untuk sarapan di OLD TOWN WHITE COFFEE. Detik yang dinantikan sebab AM memang suka sarapan di OLD TOWN sebelum terus memulakan aktiviti lain.




Menu-menu di OLD TOWN WHITE COFFEE memang best dan menyelerakan.













KATA ALONG MURNI (AM) :
SEGALA INFORMASI, PENGETAHUAN, SEJARAH PERAK INI AKAN SENTIASA TERPAHAT DAN MENJADI MEMORI TERINDAH DALAM HIDUP AM. AM SAYANG MALAYSIA DAN AM BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENAJA DAN MAJLIS BANDARAYA IPOH YANG TURUT SAMA MENGIRINGI PENGEMBARAAN AM KALI INI#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia



1 comment:

Illya LeYa said...

Dah lama tak ke Pasar Loken ni... Macam ade perubahan di situ... WoW!! Nak terjah lah nanti