PAK AWANG GEARBOX : MAKANAN PILIHAN AM PENUH KHASIAT, BERKUALITI DAN SEDAP

PAK AWANG GEARBOX : MAKANAN PILIHAN AM
 PENUH KHASIAT, BERKUALITI DAN SEDAP

Pengembaraan Along Murni (AM) ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official kini tiba di Slim River, Perak. Penggemar Sup Tulang dan Gear Box seperti AM semestinya tidak melepas peluang untuk singgah menjamu selera di Restoran Pak Awang Gear Box.

Sebenarnya pengambilan sup banyak mempunyai manfaat. Gelatin daripada sup merupakan protein larut air. Ia menarik dan menyerap cecair termasuk air dan bendalir penghadaman. Makanan berprotein dikatakan digemari oleh mikroflora baik. Jadi, sup amat bermanfaat untuk mereka yang sering mengalami masalah penghadaman misalnya penghidap autism, Sindrom Usus Bocor (Leaky Gut Syndrome), Sindrom Usus Rengsa (Irritable Bowel Syndrome).

BIHUN HAILAM GEARBOX


Manfaat sup seterusnya ialah meredakan inflamasi atau keradangan. Asid-asid amino glycine, proline dan arginine bersifat anti keradangan. Begitu juga dengan bawang, bawang putih, halia serta merangkumi semua herba yang ditambah dalam sup sediaan budaya berbeza. Sayur-sayuran seperti saderi, karot dan tomato yang ditambah juga bersifat antikeradangan..

MEE HAILAM GEARBOX


Amalan mengambil sup dipercayai dapat memperkukuhkan struktur tulang. Sup mengandungi paras kalsium yang tinggi di samping Magnesium, Fosforus dan nutrien-nutrien lain yang berperanan membantu memulihara kesihatan tulang.

JOMM MAKAN!!


Selain itu, sup dipercayai membantu mempertingkat kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk Zink.

AM BERSAMA DENGAN PAK AWANG

AM sempat berbual mesra dengan Azizan Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Awang. Beliau merupakan pemilik Restoran Pak Awang Gearbox. Anak kelahiran Jitra Kedah ini, pada mulanya hanya membuka gerai di kawasan rumahnya yang terletak di Felda Besout Sungkai. Namun setelah Mee Hailam Gearbox nya menjadi bualan ramai, kenalan beliau menawarkan satu lot kedai miliknya, untuk disewakan kepada Pak Awang bagi menjalankan perniagaan di situ.

TEAM TRAVELOGUE MALAYSIA BERSAMA PAK AWANG
Kenalannya percaya, restoran Pak Awang Mee Hailam Gearbox akan lebih ramai pengunjung dan lebih dikenali sekiranya menyewa di tapak bangunan MARA Slim River. Memang tepat sekali, Pak Awang Mee Hailam Gearbox mendapat sambutan yang sangat menggalakkan walaupun baru setahun beroperasi di tempat baru.

Mee Hailam merupakan resepi arwah abang iparnya. Pak Awang melakukan penambahbaikkan idea dalam masakan Mee hailam dengan memasukkan gearbox ke dalam hidangan mee hailam ini. Memang sedap rasa mee hailam di sini. Wajib makan bersama dengan sambal cili potong Pak Awang. Memang makan tak ingat dunia laa!!!

Kedai makan ini dibangunkan bersama-sama ahli keluarganya. Anak-anak dan isteri Pak Awang banyak membantu beliau dalam menguruskan restoran ini. Bahkan, Pak Awang kini sedang giat melatih anak-anaknya memasak menu-menu yang ada di sini, kerana beliau ingin menyerahkan dan sangat berharap anak-anaknya dapat meneruskan perniagaan yang semakin mendapat sambutan.
Pak Awang memberitahu AM yang beliau mendapatkan stok gearbox daripada pembekal yang berbeza. Antaranya pembekal di Batang Kali, Kuala Kubu, Pasar Tapah, dan Teluk Intan. Pak Awang akan berusaha untuk mendapatkan Gearbox, Tulang dan bahan-bahan segar dari pasaran. Beliau sangat menjaga kualiti gearbox hidangan dalam setiap masakannya.

PAK AWANG BERSAMA KELUARGA


Menurut beliau, gearbox ini mengambil masa selama 4 jam untuk dimasak. Jadi, jika dalam bilangan kumpulan yang banyak, kena maklumkan dan booking dulu yea. Pak Awang nak pastikan Gearbox dan stok makanan benar-benar segar. Kalau tak, melepas la gamaknya!!!!
Mee/Bihun Hailam + Gearbox (Size B)
2pax : RM 35.00
4pax : RM 40.00
6pax : RM 45.00

PAK AWANG MEE HAILAM GEARBOX
Bangunan MARA @ Arked Mara, Slim River Perak

Waktu operasi : 5.00 pm - 11.00 pm
Dibuka setiap hari, kecuali hari Khamis
(Bulan puasa tutup, dan dibuka semula pada Hari Raya Kedua)

Tel : 013-415 4593 / 017-552 8182



KATA ALONG MURNI: MAKANAN YANG SEDAP, BERKUALITI DAN PENUH KHASIAT MENJADI PILIHAN ALONG MURNI. MAKAN PENUH BERSELERA TANPA PANDANG KIRI KANAN.. AM SUKAAA & JANGAN LUPA MAKAN BERSAMA CILI POTONG. SEDAPPP OOO..  TERIMA KASIH PIHAK PENAJA KERANA BERI AM NIKMAT MAKANAN RASA TERBAIK!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. Serius jadi lapar ni.. terliur tengok gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa singgah.. serius sedap Mee Hailam Gearbox dia!

      Delete