Thursday, 4 January 2018

SELATAN PERAK : DESTINASI PENGEMBARAAN AM

PERAK : DESTINASI PENGEMBARAAN AM MENGENALI SELATAN PERAK

Kali ini Along Murni (AM) telah menerima jemputan untuk ikut sama dalam pengembaraan ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. AM  berterima kasih kepada @myperodua_instagram yang menaja perjalanan kami dengan keluaran kereta-kereta Perodua. Antaranya adalah Alza, Axia Gear Up dan Myvi 2017 terbaru dari Kuala Lumpur. Penuh lancar perjalanan kami serta amat menjimatkan duit untuk mengisi minyak bila menggunakan kereta keluaran Perodua ini. Bayangkan AM isi penuh dari Kuala Lumpur ke Ipoh, baru 1/3 minyak yang digunakan. Memang betul-betul jimat nie.. AM LOVE PERODUA!!



Nak tahu serba sedikit pasal tempat yang akan AM jelajah ini??

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia . Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia. Perak berkeluasan 21,000km persegi.



Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya. Jomm follow rapat-rapat tempat-tempat menarik yang sempat AM jejaki sepanjang berada di Selatan Perak ini.

Destinasi pertama AM dan rakan-rakan adalah @thehavenresorts Ipoh Perak yang sangat begitu mengagumkan. AM begitu terpukau dengan panorama keadaan sekeliling The Haven Resort ini. Pihak pengurusan The Haven Resorts Ipoh Perak begitu menitikberatkan dan mengekalkan kehijauan alam semulajadi.



Nak tau detik suka duka sepanjang 6 hari 5 Malam di Selatan Perak?? Ikuti setiap jejak langkah AM yang akan dikongsi bersama..

3 comments:

Illya LeYa said...

Perak memang sangat seronok untuk dijejaki. LeYa dah beberapa kali ke sini pun masih tak lengkap teroka negeri Perak yang besar.

Zharif Azis said...

Walaupon study di Perak selama 4 tahun, tp rupanya masih byk lagi tempat yg xpernah jejak lagi di Perak nie. Bahkn ada tmpt yg xtahu pon.

Dunia Zumal said...

Zumal belum pernah singgah di Perak Selatan, selalu pergi Perak Utara je, teringin gak nak tahu ape yang best kat sana...