THE HAVEN RESORT HOTEL: WARISAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

THE HAVEN RESORT HOTEL: WARISAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
DESTINASI HARI PERTAMA


Destinasi pertama Pengembaraan Along Murni (AM) ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak tiba di ‘The Haven Resort Hotel’.  The Haven terletak di Tambun, lokasi hanya 5 minit selepas keluar dari persimpangan Lebuhraya Utara / Selatan. The Haven adalah satu-satunya hotel peranginan yang berpaksikan keunikan dan keindahan asli alam semulajadi, namun hanya 15 minit ke pusat bandar Ipoh.



AM berasa bertuah dapat menginap selama 2 hari 2 malam di The Haven Resort yang kini merupakan hotel peranginan mewah pertama dan merupakan Hotel bertaraf  lima bintang di Ipoh, Perak. Ia mempunyai 150 unit suite hotel, dengan saiz dari 868 kaki persegi hingga 2072 kaki persegi. Ia juga merupakan kondominium tertinggi dan paling mewah di Perak , satu-satunya hotel yang dikelilingi hutan di tengah-tengah alam semulajadi keindahan serta memiliki bukit batu kapur yang terkenal di Ipoh. Bukit batu kapur 14-tingkat yang berusia 280 juta tahun terletak bersebelahan dengan tasik semulajadi 4 ekar dan ini menimbulkan keunikan dan keindahan The Haven.

Perangai AM yang tak berubah bila masuk untuk menginap ke satu-satu tempat. Tempat pertama yang AM terjah semestinya DAPUR!! Wah.. memang sempurna la dapurnya!! Macam duduk kat rumah sendiri. Memang sesuai untuk bawa keluarga menginap sini. Siap denga peti sejuk, ruangan dapur yang luas dan selesa, ada microwave, tempat masak air dan macam-macam lagi.


Bilik air dia memang besar dan selesa. Siap boleh golek-golek berendam main buih sabun! hahahaha..


 HAH!! Bilik Tidur!! Bestnya. Besar, selesa, ada aircon, ada TV, almari, ada ruangan untuk AM menulis dan berkarya dan paling best cermin sebesar badan AM!!








Tengoklah, bahagian ruang tamunya!! agak-agak bosan lepak dalam bilik, boleh lepak baring kat Sofa yang empuk sambil tengok TV.





Pemandangan dari bilik AM. Penuh kehijauan dan suasana tenang, aman dan damai je.



Konsep The Haven adalah untuk menawarkan destinasi eko-percutian yang paling menarik dengan penginapan, makanan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan para pengunjung. The Haven menjadi tempat penginapan yang amat sesuai  dikunjungi oleh keluarga. Tapak The Haven telah berusia sezaman Paleolitik. Jadi, pihak pengurusan telah meletakkan Replika Dinosaur bagi menjadi simbol usia The Haven.



AM dan rakan-rakan sempat berjalan-jalan di sekitar  The Haven Resort Hotel ini. Penuh dengan keindahan alam semulajadi.






Setakat ini, terdapat lebih daripada 30 anugerah berprestij di dalam dan di luar Negara dianugerahkan kepada The Haven Resort Hotel Ipoh.  Ini termasuk Hotel Pembangunan Hijau Terbaik, Residen Resort Terbaik di Asia, Retreat Luxury of the Year dari kategori peringkat kebangsaan di Malaysia ke kategori serantau Asia dan akhirnya muncul sebagai pemenang anugerah Global secara keseluruhan.
The Haven juga telah memenangi tiga Anugerah Hotel Mewah Dunia;
1. Hotel Mewah (Keluarga) All-Inclusive
2. Hotel Mewah - Persekitaran Pemandangan Terbaik
3. Hotel Suite Mewah

Nak tau lebih lanjut atau berminat untuk menginap di The Haven Resort Hotel ?? Boleh lawati dan membuat tempahan di http://www.thehavenresorts.com atau boleh telefon di  +6 05 540 0000 dan talian 1700 817 000

Keesokan harinya, AM bersarapan di Restoran CUISINES, yang menawarkan makanan Barat & Asia.
CUISINES
Harian 7.00 pagi - 10.30 malam
Tingkat Bawah, di Lobi, The Haven Resort Hotel.

Restoran ini terletak di bahagian Lobi di sebelah tepi kolam mandi & restoran yang menawarkan masakan Asia dan Barat yang terbaik di bawah satu menu. Memang sedap dan banyak pilihan bila sarapan pagi di sini. Jomm.. menu-menu menarik yang sempat AM 'capture'.. Jangan lupa lap sikit air liur yang meleleh tue.. hahahaaha


























Pengembaraan AM menjelajah di Selatan Perak bermula di Hari kedua. Jangan lupa ikuti penjelajahan AM di Selatan Perak ya..

#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia









Post a Comment

2 Comments

  1. Pemandangan yg menghijau cukup mempesonakan mata memandang. Resort yg cantik untuk disinggah bila free nanti..

    ReplyDelete