TT5 : MUZIUM WARISAN KAPAL KOREK

TT5 : MUZIUM WARISAN KAPAL KOREK
NAIK, JATUH DAN BANGUNNYA TIMAH

Muzium Warisan Kapal Korek merupakan salah satu tumpuan para pelancong dan masyarakat umumnya jika datang ke Negeri Perak. Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official kali ini, Along Murni (AM) belajar tentang sejarah bijih timah dan kepentingan mempertahankan warisan terakhir Negara.

AM merasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki ke Muzium Warisan Kapal Korek terletak di Batu Gajah,Perak atau lebih dikenali sebagai Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5). Usaha ke arah mempertahankan tinggalan dan warisan Negara oleh Kerajaan Negeri Perak melalui MB Inc seharusnya mendapat perhatian dan tumpuan umum. Sangat bertepatan dengan slogan pihak pengurusan TT5 ‘Save The Last Dredge’. Jadi, AM terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak informasi yang AM dapat sepanjang berada di TT5.



Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih terutamanya bijih timah. Penggunaannya membantu mempercepatkan meraih keuntungan dalam aktiviti perlombongan berbanding menggunakan kaedah tradisional. Kapal Korek banyak digunakan di seluruh dunia dalam aktiviti perlombongan bijih di kawasan-kawasan yang bersesuaian.

Di Malaysia, kapal korek sejak mula diperkenalkan pada tahun 1913 hanya terhad digunakan dalam industri perlombongan bijih timah sahaja iaitu di kawasan-kawasan yang datar dan berpaya terutamanya kawasan berpasir dipesisir sungai yang ditemui bijih timah.

Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia pada satu masa dahulu.

Kapal Korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada 1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Manakala kapal korek paling moden yang terakhir sekali dibina di Malaysia ialah pada tahun 1985. Kapal korek yang paling tua pada ketika itu mencecah usia hampir 70 tahun.

Pada era 1980an. harga sebuah kapal korek yang moden serta besar dan mempunyai berat dalam anggaran 5,100 tan metrik bernilai kira-kira RM30 juta untuk membinanya. Bentuk kapal korek menyerupai sebuah kilang yang terapung dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar

Pada awalnya, sistem rawatan pengasingan bijih timah dalam era awal kapal korek menggunakan kaedah rawatan 'sluice boxes' (hampir sama seperti kaedah palong di lombong pam kerikil - anda boleh melihat sistem ini jika melawat ke kapal korek TT5) bagi mengasingkan bijih timah. Ruang dalaman kapal korek yang terhad tidak memungkinkan palong dibina dengan lebih besar dan panjang seperti di darat sekaligus menghadkan kelajuan pengorekkan kapal korek. Semakin tinggi jumlah timah yang ditemui, maka mahu atau tidak kelajuan pengorekkan mesti diperlahankan bagi mengelak kehilangan hasil.

Tetapi kemudian iaitu sekitar tahun 60an dan keatas banyak kapal korek moden yang dibina di Malaysia menggunakan kaedah rawatan 'Circular Jigs' yang lebih pantas dan efektif dalam mengasingkan bijih timah. Malah kaedah pengasingan bijih timah menggunakan 'jig' menjadi semakin maju saban tahun ditambah pula dengan pengaliran semula 'tailings' dari peringkat kedua dan 'over-flow' dari 'jigs' peringkat ketiga rawatan ('tertiery jigs') ke tabung silinder yang berputar semula menjadikan sistem pengasingan bijih bertambah efisyen.

Amat malang, walaupun sistem perlombongan menjadi semakin maju pada sekitar 70-an dan 80-an, namun deposit timah gred tinggi (yang kurang amang) sudah tandus selepas beberapa dekad perlombongan bijih timah dijalankan dalam negara. Rata-rata jumlah konsentrasi yang direkodkan di kebanyakkan lombong di Malaysia pada sekitar 90an bagi setiap deposit hanya mengandungi hasil timah 0.1kg/m3 berbanding diposit dari negara lain seperti Brazil yang boleh mencapai kandungan sebanyak 3kg/m3.

Berikutan lambakkan bijih timah yang menyebabkan kejatuhan harga timah dunia pada 1982, Malaysia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah bagi mengimbangi semula harga. Pada tahun-tahun ini menyaksikan banyak kapal korek yang telah berusia diberhentikan dari operasi. Malang sekali, setelah runtuhnya Majlis Timah Antarabangsa pada 1985 harga timah dunia jatuh sehingga 50%. Pada sekitar 1987 hingga 1989, harga timah menunjukkan trend peningkatan, memberi sedikit kelegaan kepada industri bijih timah negara, namun pada 1992 - 1993 harga timah jatuh ke tahap paling rendah menyebabkan banyak kapal korek berhenti terus dari beroperasi.

Ketika fasa kritikal inilah banyak kapal korek di Malaysia telah dilupus. Sebahagian kecil kapal korek berjaya dijual di peringkat antarabangsa sebagai kapal korek terpakai manakala sebahagian besar lagi terpaksa dilerai dan dijual sebagai besi skrap untuk mendapatkan keuntungan setelah ia diancam oleh karat dan pemotongan besi-besi tanpa sedar (kecurian) dari pencari besi lusuh.

Seolah-olah ada sinar baru seakan muncul semula apabila sejumlah dua hingga tiga buah kapal korek telah diaktifkan semula terutamanya selepas tahun 1998 iaitu ketika harga timah sedang naik.

Kapal korek TT5 dari generasi awal kapal korek hari ini dikekalkan setelah Kerajaan Negeri Perak melalui MB Inc mengambil alih kapal korek berkenaan dari pengurusan lama pada 2015. MB Inc meperuntukkan RM30 juta bagi membaiki kapal korek TT5 selain mempunyai pelan jangka panjang bagi membolehkan kapal korek terakhir ini menjadi produk pelancongan antarabangsa terutama sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Kapal korek terbabit dihadiahkan oleh Malaysia Mining Corporation (MMC) kepada Kerajaan Perak sekitar tahun 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan. Nak tahu lebih lanjut tentang sejarah TT5, mengabadi kenangan bersama tinggalan terakhir dan pembaikkan yang dilakukan pada TT5 jomm ramai-ramai singgah ke TT5 !!!

Alamat Lokasi TT5 :
Kilometer 9, Jalan Tanjung Tualang
Kampong Batu Gajah, 31000 Perak

No telefon - 014-904 3255

Aktiviti yang sempat AM lakukan sepanjang di TT5

1) Mendulang
  • Dijalankan di sungai atau di kawasan bekas lombong
  • Tanah yang mengandungi bijih timah diayak menggunakan dulang untuk mengasingkan bijih timah daripada bahan lain yang tidak diperlukan.
  • Bijih timah akan tertinggal di dalam dulang.




2) Melawat Kapal TT5.








3) Menerokai dan menyelami segala yang dipamerkan di Galeri berhadapan TT5.






KATA ALONG MURNI:

WARISAN TINGGALAN NEGARA YANG MENGAGUMKAN HARUS DIKEKALKAN DAN DIPERTAHANKAN. SAYA SAYANG MALAYSIA!!! TERIMA KASIH PADA PENAJA ATAS DETIK INGATAN PADA SEJARAH TINGGALAN NEGARA. MOGA KEASLIAN, KEUNIKAN DAN KEDAULATAN NEGARA MASIH MILIK KITA!!



#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia #TT5

Post a Comment

16 Comments

  1. Best nye dapat pegi tempat camni. Hari tu tak sempat nak pegi.

    ReplyDelete
  2. Kli terakhir blja n tahu psal korek adalh zamn skolah..

    ReplyDelete
  3. Kita xpernah jejak ke Perak lagi... Sebab takde sedare mara kt sne.. Hehe.. Wah.. Kapal korek dijadikan muzium.. Best ni smbil2 tahu tntg kehadiran kapal korek ni mcm mana kan..

    ReplyDelete
  4. the place looks interesting. I wish to visit it with family one day

    ReplyDelete
  5. I went to one bijih timah but is super small one inside Tambun. I do hope one day can explore myself the real timah.

    ReplyDelete
  6. menarik yer dapat peluang tengok kapal korek timah yang memang legend ni. baru tahu boleh buat aktiviti di sini.

    ReplyDelete
  7. Haritu masa balik kampung, sempat singgah kat sini. Best kan dapat tahu tentang sejarah Perak dengan bijih timah ni.

    ReplyDelete
  8. Ohhohh x penah tau pulak ade muzium mcm ni..yg tau kat kuala kangsar je..

    ReplyDelete
  9. interesting visit you got there and it is good for us ti know about what is kapal korek and how it works. Now I wanna invite my friend to visit this place... i love to see machine..

    Racheal

    ReplyDelete
  10. I always love exploring new things and I think it is great you got to see the kapal korek and know more about it. Need to grab a friend and make a visit, I honestly didn't know that they had this activity in play :)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tahu ada muzium sebegini kat perak. Nanti bolehlah pergi sana kalau lalu perak. Boleh tunjukkan pada anK sejarah kapal korek n timah

    ReplyDelete
  12. Mujur la ada lagi legasi kapal korek yang dapat diselamatkan. Bukan senang tu nak kekalkan sampai sekarang. Hopefully kapal korek TT5 ni akan terus dipelihara utk tatapan anak cucu kita pulak.

    ReplyDelete
  13. Wow... experienced yg sangat2 menakjubkan..dpt merasai pengalaman mendulang bijih timah kan...seronoknya..kalau SA pun mmg nak mencuba..

    ReplyDelete
  14. Wow! its a very good opportunity to visit this muzium and get to know more about mining history in our country.

    ReplyDelete
  15. Br tahu yg boleh masuk tgk situ.. rupanya muzium. Next boleh la pergi bila blk ipoh nanti

    ReplyDelete
  16. Wah...ni boleh blajar pasal sejarah jugak ni...bgus la langkah kjaan perak utk preserve tmpt ni utk dijadikan muzium kan

    ReplyDelete