Restoran NY Steak Shack : Kepelbagaian Menu dan Dijamin Halal


RESTORAN NY STEAK SHACK : KEPELBAGAIAN MENU DAN DIJAMIN HALAL



Kali ini Along Murni (AM) singgah di Restoran NY Steak Shack yang terletak di Melawati Mall untuk mencuba menu terbaru yang diperkenalkan NY Steak Shack. Sebelum ini AM pernah singgah di NY Steak Shack yang terletak di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Rasa setiap kepingan-kepingan daging yang enak masih terbayang di ruang minda AM.



NY Steak Shack antara destinasi yang menjadi pilihan AM. Kalau ada kakitangan syarikat yang mencari menu-menu yang menarik dengan harga yang berpatutan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, AM selalu sarankan ke NY Steak Shack. Memang berbaloi!!

Nak tau kenapa AM suka dan mengesyorkan untuk menjamu selera di NY Steak Shack ?

1. Dekorasi di dalamnya yang menarik dan selesa. Sesuai untuk menjamu selera bersama pasangan mahupun keluarga.










2. Kebersihan dan Restoran NY Steak Shack mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari JAKIM




3. Menu yang menarik diperkenalkan setiap dua (2) bulan dan yang paling penting harga setiap hidangan memang berbaloi. Nak tau menu yang AM cuba?? Hehehe.. Memang terbaik!!

Promosi Bulan Februari





Pumpkin Soup
Pertama kali AM cuba Pumpkin Soup terus AM jatuh cinta ❤❤❤❤ !! kepadatan pumpkin yang enak dan rasa yang Wooww yang tak dapat AM gambarkan dengan kata-kata.

PUMPKIN SOUP: RM 7.90



Banana Milkshake

Menu yang wajib dicuba setiap kali singgah di Restoran NY Steak Shack. Menu yang paling digemari ramai dan Best Selling di sini. Banana Milk Shake yang paling sedap AM pernah rasa setakat ini.

BANANA MILK SHAKE: RM 12.90


The Trio Platter

Hidangan Trio Platter ini sesuai dimakan oleh 2-3 orang. Ada macam-macam di dalamnya. Gabungan 3 protein iaitu Spicy Tangy Chicken Wings, Country Fried Lamb dan Ribeye Steak. Ketiga-tiga protein ini memang sedap tau!! Kena wajib cuba dan pasti mengagumkan!! Ia juga dilengkapi oleh pumpkin rice, pasta dan kentang goreng disertai sayur-sayuran campuran yang sihat.

THE TRIO PLATTER : RM 79.90


The Empire

Daging lembu ‘patty’ seberat 150gms membuatkan AM terus menikmati keenakan dan kepadatan dagingnya. Dikelilingi dengan banyak cendawan dan bawang, burger dinikmati dengan kebanjiran mustard madu. Memang betul wooww!!! Betul-betul besar The Empire Burger ini, setinggi menara NY yang diilhamkan di Restoran NY Steak Shack.

THE EMPIRE BURGER : RM 27.90

Big Apple

Bahan-bahan di dalam Big Apple ini menarik minat AM untuk mencuba rasanya. Dengan rasa Roti Focaccia yang lembut dan Patty daging seberat 150gm bersama dengan hirisan epal dan nanas yang dipanggang ditambah sos istimewa bistro membuatkan letusan jus dalam setiap gigitan Big Apple!! memang juicy abis!!



Sizzling Ribeye Steak with Crispy Garlic

Menu ini kena wajib datang cuba sendiri bila singgah di Restoran NY Steak Shack. Menu yang AM syorkan dan merupakan best selling di Restoran NY Steak Shack. Serius sedap oooo..



Kredit Penghargaan Video : Khalid

Nak tau lokasi Restoran NY Steak Shack di Melawati Mall??
google maps:


Nak tengok aksi AM dan rakan-rakan AM makan?? Boleh singgah di sini.. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat ZHARIF AZIS atas video yang awesome nie!!


KATA ALONG MURNI:


AM MEMANG SYORKAN UNTUK DATANG MENJAMU SELERA 
DI RESTORAN NY STEAK SHACK. 
RASA DAGING YANG ENAK DAN
 BERBALOI UNTUK DICUBA SERTA DITANGGUNG HALAL.
 JADI BOLEH NIKMATI KEENAKAN SETIAP HIDANGAN 
TANPA RASA WAS WAS.. 
JOOMM RERAMAI TERJAH DI RESTORAN NY STEAK SHACK!! WALLAAAAA!!






Post a Comment

22 Comments

  1. Bestnya AM makan di NYSS. Terliur bila tengok makanan-makanan tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..mmg sedap2..portion dia pun banyak berbaloi dengan harganya..walaa..

      Delete
  2. Cantik betul deko NYSS ni, menu pun mengujakan...

    ReplyDelete
  3. Nampak selesa restorennya kalau dining in. Gemar juga akan pumpkin soup. Harga pun ok. Bolehlah terjah NySS nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa terjah ya!! datang dengan pasangan lagi best!

      Delete
  4. oh yes... Banana Milkshake at NYSS is one of my favorites...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala.. Banana Milk Shake so far yg terbaik AM penah rasa..

      Delete
  5. Dekat je ni.boleh cuba lah bila ke MM nanti. Semua nampak sedap. Yg penting halal.

    ReplyDelete
  6. wahh... trio platter mkn tu 3 hari leh kenyang... baca kat bwah lg, perghhhh... blh lemah iman tgk sizzling steak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. portion dia banyak..bawa family & kawan2 datang ke sini ya!

      Delete
  7. wow sedapnya!!~ Ni baru tegok gambar ni..belum rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius memang sedap!! Zul pasti suka.. especially kena try banana milk shake & sizzling steak dia.. berbaloi!

      Delete
  8. oh dh buka kt melawati mall...tk pernh try lagi...kt area opis pn ada..ada kesempatan bole try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti datang cuba tau..harga dia berpatutan, Portion yang banyak & yang paling penting sedap!!

      Delete
  9. dekorasi yang cantik boleh menjadi elemen untuk meningkatkan selera kita makan

    ReplyDelete
  10. Wowww bestnya. Kalaulah dekat nak juga try

    ReplyDelete
  11. nampak menyelerakan semua makanannya..nak trylah makan di Restoran NY Steak Shack

    ReplyDelete
  12. Fuhhh... nampak sedap wei~ nak makan empire burger la lepas ni :)

    ReplyDelete
  13. CT suka kedai2 mcm ni yang tampal halal cert tu terpampang jelas. baru yakin nak makan.. ade kadang2 tu sorok2 and kecik benar.. ada yang xde langsung tapi claim ada. baguslaa kedai ni ade halal cert. sedapnyaaa tengok semua2 tu. tak pernah pegi Melawati Mall.. Velocity pun tak penah pi =P

    ReplyDelete