RISDA ECO PARK: SATU PENGEMBARAAN LASAK SERIBU PENGALAMAN


RISDA ECO PARK: SATU PENGEMBARAAN LASAK SERIBU PENGALAMAN

Along Murni (AM) kini berada di RISDA Eco Park dalam Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita.com. Nak tau apa yang menarik kat sini?

AM bersedia untuk memulakan cabaran
Lokasi RISDA Eco Park terletak di Daerah Batang Padang, Mukim Slim. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eco Park yang terletak di Ladang RISDA Ulu Slim mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Tanjung Malim. Jarak dari Tanjung Malim ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 30 km. Manakala jika dari Ipoh lebih kurang 1 jam 45 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Slim River. Jarak dari Slim River ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 23 km.



Ladang RISDA Ulu Slim berkeluasan 2,234 hektar dan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Kawasan ladang ini dikelilingi oleh hutan simpan berlatar belakang banjaran titiwangsa di mana sungai -sungai yang tidak tercemar mengalir melalui kawasan ladang. Kawasan sekitar pula didiami oleh perkampungan tradisi Melayu dan orang Asli. Di samping itu, terdapat punca air panas berhampiran kawasan ladang iaitu di kawasan Kg. Pasir, Ulu Slim.

KEMUDAHAN yang disediakan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
  • 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin).
  • Fasiliti lain seperti pancuran air, Gazebo, tempat rehat / berkelah, kawasan berpasir yang sesuai untuk melakukan 'outdoor games' dan 'Shuttle Tractor' iaitu kenderaan yang boleh digunakan di Eco Park dan melawat sekitar kawasan  Eco Park.
  • 3 Kolam memancing " catch & release ".
Pakej penginapan

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PAKEJ PENGINAPAN

KAWASAN TAPAK PERKHEMAHAN.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
  •  Sesuai untuk perkelahan secara berkumpulan atau melakukan aktiviti santai bersama keluarga.
  •  Sesuai untuk aktiviti sukaneka ( 'telematch' ).
  •  Sesuai untuk mengadakan kursus-kursus secara 'Hands-On'.
  •  Sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menunggang kenderaan ATV, 'Jungle Tracking' Lata Berembun dan sekitarnya serta 'Fyling Fox' yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman.
  •  Sesuai diadakan aktiviti-aktiviti lasak di sepanjang sungai seperti 'white water rafting', 'mountain bike's', 'fourwheel drive', 'water tubing',  'paintball' dan pelbagai lagi.

Antara aktiviti lasak yang sempat AM tempuhi sepanjang di RISDA ECO PARK adalah:





Berminat?? Inginkan keseronokan dan mengembara terokai aktiviti lasak?? Jemput datang ke

Akademi RISDA ESTATES
Ladang RISDA Ulu Slim,
35800 Slim River,
Perak Darul Ridzuan.
Mobile:  013 7878877 ( En. Khairul Fahmy bin Mohd Wali )
Mobile:  013 3984028 ( Pejabat )

Terima kasih pada para penaja dan pihak pengurusan #borakkita atas pengalaman yang penuh berharga dan yang paling penting mengeratkan tali persahabatan dan kerjasama antara seluruh pasukan.

#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia

KATA ALONG MURNI:

AKTIVITI LASAK YANG MENYERONOKKAN
 DISAMPING MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIAKAWAN
 ANTARA SATU SAMA LAIN. 
AM BERJAYA HILANGKAN RASA TAKUT PADA KETINGGIAN
 BERKAT SOKONGAN TEMAN SEPASUKAN.

Post a Comment

4 Comments

  1. Menarik.. terima kasih ats info

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa singgah tau..untuk family program pun diaorg leh aturkan..

      Delete
  2. seronoknya , menarik dan tenang tempatnya , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...

    ReplyDelete