RISDA ECO PARK: SATU PENGEMBARAAN LASAK SERIBU PENGALAMAN
Along Murni (AM) kini berada di RISDA Eco Park dalam Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita.com. Nak tau apa yang menarik kat sini?
AM bersedia untuk memulakan cabaran |
Lokasi RISDA Eco Park terletak di Daerah Batang Padang,
Mukim Slim. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eco Park yang terletak di Ladang
RISDA Ulu Slim mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit (masa perjalanan) melalui
Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Tanjung Malim. Jarak dari Tanjung
Malim ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 30 km. Manakala jika dari Ipoh lebih
kurang 1 jam 45 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur
keluar di Slim River. Jarak dari Slim River ke RISDA Eco Park adalah kira-kira
23 km.
Ladang RISDA Ulu Slim berkeluasan 2,234 hektar dan
dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Kawasan ladang ini dikelilingi
oleh hutan simpan berlatar belakang banjaran titiwangsa di mana sungai -sungai
yang tidak tercemar mengalir melalui kawasan ladang. Kawasan sekitar pula
didiami oleh perkampungan tradisi Melayu dan orang Asli. Di samping itu,
terdapat punca air panas berhampiran kawasan ladang iaitu di kawasan Kg. Pasir,
Ulu Slim.
KEMUDAHAN yang
disediakan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
- 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin).
- Fasiliti lain seperti pancuran air, Gazebo, tempat rehat / berkelah, kawasan berpasir yang sesuai untuk melakukan 'outdoor games' dan 'Shuttle Tractor' iaitu kenderaan yang boleh digunakan di Eco Park dan melawat sekitar kawasan Eco Park.
- 3 Kolam memancing " catch & release ".
Pakej penginapan
KAWASAN TAPAK
PERKHEMAHAN.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di RISDA Eco Park
adalah seperti :-
- Sesuai untuk perkelahan secara berkumpulan atau melakukan aktiviti santai bersama keluarga.
- Sesuai untuk aktiviti sukaneka ( 'telematch' ).
- Sesuai untuk mengadakan kursus-kursus secara 'Hands-On'.
- Sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menunggang kenderaan ATV, 'Jungle Tracking' Lata Berembun dan sekitarnya serta 'Fyling Fox' yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman.
- Sesuai diadakan aktiviti-aktiviti lasak di sepanjang sungai seperti 'white water rafting', 'mountain bike's', 'fourwheel drive', 'water tubing', 'paintball' dan pelbagai lagi.
Antara aktiviti lasak yang sempat AM tempuhi sepanjang di RISDA ECO PARK adalah:
Berminat?? Inginkan keseronokan dan mengembara terokai
aktiviti lasak?? Jemput datang ke
Akademi RISDA ESTATES
Ladang RISDA Ulu Slim,
35800 Slim River,
Perak Darul Ridzuan.
Mobile: 013
7878877 ( En. Khairul Fahmy bin Mohd Wali )
Mobile: 013
3984028 ( Pejabat )
Terima kasih pada para penaja dan pihak pengurusan
#borakkita atas pengalaman yang penuh berharga dan yang paling penting
mengeratkan tali persahabatan dan kerjasama antara seluruh pasukan.
KATA ALONG MURNI:
AKTIVITI LASAK YANG MENYERONOKKAN
DISAMPING MEMUPUK
SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIAKAWAN
ANTARA SATU SAMA LAIN.
AM BERJAYA HILANGKAN
RASA TAKUT PADA KETINGGIAN
BERKAT SOKONGAN TEMAN SEPASUKAN.
4 Comments
Menarik.. terima kasih ats info
ReplyDeletejangan lupa singgah tau..untuk family program pun diaorg leh aturkan..
Deleteseronoknya , menarik dan tenang tempatnya , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...
ReplyDeleteinsyaAllah.. saya mesti singgah!
Delete