TUNE HOTEL KLIA2 : PENGINAPAN TERBAIK, MURAH, MUDAH, CEPAT DAN SELESA

TUNE HOTEL KLIA2 : PENGINAPAN TERBAIK, MURAH, MUDAH, CEPAT DAN SELESA

Baru-baru ni Along Murni (AM) selesai mesyuarat di Melaka dan AM kena bergegas ke Penang untuk mesyuarat seterusnya. Kalau diikutkan dari Melaka ke Penang boleh mengambil masa 8 jam jika memandu kereta, tapi kalau naik kapal terbang hanya 1 jam penerbangan sahaja. Jadi untuk menjimatkan masa AM ambil keputusan untuk naik kapal terbang dari KLIA2.

AM mengambil penerbangan awal pagi pukul 8 pagi dari KLIA2, jadi malam sebelum terbang tu AM bermalam di Tune Hotel, KLIA2. Kalau nak bertolak dari Melaka terlalu awal takut mengantuk dipertengahan jalan, dan yang paling digeruni ialah tak bangun awal, jadi jalan paling selamat ialah bermalam di KLIA2 untuk kurang risiko tertinggal kapal terbang. AM 'park' kereta di parking berbumbung di Putrajaya Sentral. Sehari lebih kurang dalam RM4 je. Dari Putrajaya Sentral menaiki KLIA Transit ke KLIA2 dengan kos RM6.20 seorang. Owh ya, tiket penerbangan Malindo Air dari KLIA2 ke Penang yang AM beli berharga RM38 seorang, amat murah walaupun beli seminggu sebelum terbang.



AM tak pernah bermalam KLIA2, so AM agak teruja untuk ke sana. KLIA2 amat moden, dan kemudahan di sini juga amat bagus. Memang bertaraf antarabangsa. Ianya adalah airport tambang murah yang besar.. lebih 5 tingkat kalau di kira dari parking ke tingkat paling atas. Stesen KLIA Express/Transit berada di Level 2, Arrival juga di Level 2 manakala Departure di Level 3.
KLIA2 menempatkan shopping complex yang dinamakan Gateway@KLIA2. So, kalau boring menunggu masa untuk boarding, bolehlah jalan-jalan cuci mata atau habiskan duit di sini. Nak makan/minum juga amat mudah, sebab tempat makan memang bersepah-sepah di sana-sini. Kelihatan banyak lagi ruangan kedai yang masih kosong, mungkin sebab KLIA2 amat baru jadi belum sempat nak penuhkan kedai-kedai disini.



Memandangkan AM dah buat reservation di Tune Hotel dengan search tune hotel klia2 on traveloka. Di Traveloka, kita boleh mencari hotel yang kita nak booking di samping untuk booking tiket flight. Traveloka ni amat memudahkan dan menyenangkan perjalanan kita. Tune Hotel terletak di luar bangunan KLIA2, tetapi tidak susah untuk ke sana sebab terdapat tempat pejalan kaki khas yang menyambungkan KLIA2 dan Tune Hotel.



Tune Hotel ini tidak mengecewakan dengan harga yang dikenakan memandangkan lokasinya yang amat strategik. Harga semalam untuk 2 orang bagi bilik double bed ialah RM180 nett. Biliknya comel, tetapi tidaklah sempit. Peralatan dalam bilik di susun kemas jadi nampak teratur dan mudah nak bergerak. Ada towel (biasanya di Tune Hotel lain nak pakai towel kena bayar tambahan) dan peti besi untuk simpanan barangan berharga. Tandas amat bersih, lengkap dengan separate rain shower. Tiada almari baju disediakan, tapi ada tempat gantung baju. Cukuplah untuk pelanggan mereka yang rata-rata bermalam 1 malam jer.. sebab airport begini orang jadikan tempat bermalam untuk transit atau penerbangan awal je. Orang tak duk lebih daripada itu, jadi almari memang tak perlu.





Owh ye, sarapan tidak disediakan di sini, juga tiada room service. Kalau rasa lapar, boleh ke KLIA2 untuk makan, tidakpun boleh dapatkan pelbagai snek di 7eleven di ground floor Tune Hotel ini. Malam itu AM tidur nyenyak di Tune Hotel. Katilnya memang selesa. Selepas mandi warm shower, AM terus check-out sebaik selepas subuh. Check-out process juga amat mudah; cuma pulangkan semula keycard dan AM boleh terus memulakan perjalanan! No question asked...sebab bayaran semua dah langsai, dan takde mini bar untuk dicaj. . So, jangan la risau kalau tak tahu nak menginap di mana kerana Tune Hotel ada la hotel yang akan memberi segala kepuasan kepada kita dari segi harga untuk bilik, perkhidmatan mahupun keadaan bilik.

KLIA2 amat luas. Untuk penerbangan domestik, AM kena berjalan dari security check ke boarding gate dalam 15min! Fuh!! Bayangkan kalau terlewat sampai, memang naya nak kena berlari jauh-jauh macam tu. AM tak pasti berapa jauh kedudukan boarding gate penerbangan antarabangsa, tapi dari pemerhatian AM rasa agak jauh juga. So, AM nasihatkan jika korang menggunakan airport ni, silalah datang awal ye ;)

KATA ALONG MURNI:
TUNE HOTEL KLIA2 SARANAN AM 
UNTUK YANG ULANG ALIK ATAS URUSAN KERJA.
 MURAH, MUDAH, SELESA DAN MELANCARKAN URUSAN PERJALANAN 
DENGAN ADANYA TUNE HOTEL KLIA2. 
TERBAIKK DARI AM BUAT SEMUA!!

Post a Comment

1 Comments

  1. Ye betul.. Tune Hotel memang murah dan menarik... Dah banyak Admin tidur di Tune Hotel ni.. Semuanya selesa dan puas hati

    ReplyDelete