ALOHA HOTEL : HARGA BERPATUTAN DENGAN MENU &
PEMANDANGAN MENARIK
Penggembaraan Along Murni (AM) dan team #borakkita di
Selatan Johor tiba di Pontian. Nama Pontian adalah dari perkataan Melayu
"Perhentian" yang bermaksud berhenti. AM dimaklumkan oleh penduduk
tempatan bahawa Pontian pernah menjadi pengeksport terbesar nanas di dunia. Jadi,
wajib tiba di Pontian mesti nak mencuba Jus Nanas kan??
AM jalan-jalan pusing di Pontian Kechil yang juga merupakan
Pusat Perdagangan Pontian . Pusat Perdagangan Pontian yang juga dikenali
sebagai Tambak Pontian dalam kalangan penduduk Pontian kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan berpaya di tepi pantai bandar Pontian dan ditambak untuk
dijadikan sebuah kawasan perniagaan dan rekreasi.
Pusat Perdagangan Pontian menjadi tumpuan kepada penduduk
Pontian serta pengunjung ke Pontian kerana terdapat pelbagai kemudahan di
kawasan tersebut. Di sini terletaknya Stesen Bas dan Teksi bandar Pontian yang
menjadi penghubung Pontian dengan bandar-bandar lain seperti Johor Baharu,
Kuala Lumpur, Batu Pahat dan sebagainya kerana terdapat perkhidmatan bas
henti-henti atau ekspres. Selain itu terdapat perkhidmatan teksi antara bandar
atau luar bandar yang boleh dicarter.
Pusat Perdagangan Pontian juga menyediakan panorama tepi
pantai yang menarik samada di waktu pagi atau petang. Pantai yang mengadap laut
Selat Melaka memang menjadi tempat kepada orang ramai untuk beristirehat
bersama keluarga. AM boleh melihat pemandangan laut luas serta melihat
kapal-kapal dagang yang melalui sepanjang laluan Selat Melaka.
Di sini juga ada hotel yang menarik minat AM dengan
pemandangan hotel mengadap laut. ALOHA HOTEL. Hotel tiga tingkat yang
mengandungi 48 bilik pelbagai jenis ini sudah pasti menjadi pilihan tepat
kerana yang mengutamakan keselesaan tapi dalam masa yang sama mempunyai menu
yang menarik dengan harga yang berpatutan.
JENIS BILIK
|
HARGA (WEEKDAY)
|
HARGA (WEEKEND)
|
HARGA (SEASON)
|
STANDARD ROOM
|
RM 93.30
|
RM 103.90
|
RM 114.50
|
DELUXE ROOM
|
RM 125.10
|
RM 135.70
|
RM 146.30
|
FAMILY JUNIOR
|
RM 188.70
|
RM 199.30
|
RM 146.30
|
SUPERIOR DELUXE
|
RM 199.30
|
RM 199.90
|
RM 220.50
|
DELUXE WITH VIEW
|
RM 146.30
|
RM 156.90
|
RM 167.50
|
FAMILY SUITE
|
RM 294.70
|
RM 315.90
|
RM 337.10
|
SUPERIOR KING SUITE
|
RM 252.30
|
RM 252.30
|
RM 262.90
|
Antara pilihan-pilihan bilik yang sempat AM 'capture' di Aloha Hotel. Memang cantik dan tersusun kemas kan??
Tapi yang menjadikan AM cam jakun sekejap untuk cuci tangan adalah sistem cuci tanganya. Just hulur tangan, sabun mengalir keluar. hulur lagi air untuk basuh tangan keluar.. hehehehe.. seronok plak main alat cuci tangan nie..
Menu AM makan tengah hari memang betul-betul mengujakan dan sedap. Wajib singgah menginap di sini tau!! Menu di Aloha Hotel sedappp ooo..
AM paling suka Udang Butter dan Roti Jala Cicah denga kari ayam!! kebaboom!! Perghh memang terbaik!!
Untuk yang berminat singgah menginap dan mencuba menu di
sini boleh datang di
ALOHA HOTEL
11, Jalan Delima 13,
Pusat Perdagangan Pontian,
82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim
Email : alohahotel.info@gmail.com
Tel : 07-686 8866 / 07-686 1818
KATA ALONG MURNI:
ALOHA HOTEL MERUPAKAN HOTEL TERBAIK
DI
DAERAH PONTIAN KECHIL DENGAN PEMANDANGAN TERUS MENGADAP LAUT. DI SAMPING HARGA
BILIK YANG BERPATUTAN DAN MENU YANG MENARIK.. BOLEH JUGA JALAN-JALAN DI TEPIAN
PANTAI
SAMBIL MENGHIRUP UDARA LAUT YANG SEGAR.
IA BETUL-BETUL BERHADAPAN DENGAN
ALOHA HOTEL!!
KALAU SINGGAH KE PONTIAN KECHIL,
JANGAN LUPA SINGGAH DI ALOHA
HOTEL YA!! WALAAA…
2 Comments
wow
ReplyDeletecantik hotel nya
Ya..betul..harga sangat berpatutan..
Delete