Tuesday, 13 March 2018

DAPUR JENDELA : RETRO DAN UNIK


DAPUR JENDELA : RETRO DAN UNIK

Selepas bersiar-siar di sekitar Johor Bharu, Along (AM) dan team Borakkita singgah makn malam di Restoran Dapur Jendela.  Restoran ini terletak di deretan kedai di Jalan Tan Hiok Nee Johor Bahru berdekatan dengan Pasar Karat JB. Menarik kan bila tengok dari luarnya.


AM berasa teruja dan kagum dengan dekorasinya.. Sungguh Unik dan agak retro suasana di dalam restoran.


Memasing dah rasa teruja nak mencuba menu masakan di sini.Menu utama kat sini adalah Roti Jala,Nasi Kukus Ayam berempah dan sambal sotong,Mee Soto dan ada juga Ubi Rebus cecah dengan sampal tumis Ikan bilis. Menu yang selalu kita makan waktu sarapan tapi boleh di makan di malam hari.. memang betul-betul membangkitkan selera. 










Lempeng dicicah dengan sambal tumis ikan bilis dan roti jalanya memang terbaik wooo..

KATA ALONG MURNI: 

AM SARANKAN YANG DATANG KE BAZAR KARAT JOHOR BHARU 
UNTUK SINGGAH DI DAPUR JENDELA. 
DENGAN DEKORASI DAN MENU LAIN DARI YANG LAIN 
PASTI MEMBANGKITKAN SELERA DAN MENINGGALKAN MEMORI BERSAMA KELUARGA..




2 comments:

Jida said...

wah, nampak sedap semuanya. dekorasi pun nampak unik..

Kin Naz said...

roti jala tu nampak sedap. decoration dia pun unik. tak pernah lagi orang buat decoration macam ni