DAPUR JENDELA : RETRO DAN UNIK
Selepas bersiar-siar di sekitar Johor Bharu, Along (AM) dan
team Borakkita singgah makn malam di Restoran Dapur Jendela. Restoran ini terletak di deretan kedai di
Jalan Tan Hiok Nee Johor Bahru berdekatan dengan Pasar Karat JB. Menarik kan
bila tengok dari luarnya.
AM berasa teruja dan kagum dengan dekorasinya.. Sungguh Unik
dan agak retro suasana di dalam restoran.
Memasing dah rasa teruja nak mencuba menu masakan di sini.Menu utama kat sini adalah Roti Jala,Nasi Kukus Ayam berempah dan sambal sotong,Mee Soto dan ada juga Ubi Rebus cecah dengan sampal tumis Ikan bilis. Menu yang selalu kita makan waktu sarapan tapi boleh di makan di malam hari.. memang betul-betul membangkitkan selera.
Lempeng dicicah dengan sambal tumis ikan bilis dan roti jalanya memang terbaik wooo..
KATA ALONG MURNI:
AM SARANKAN YANG DATANG KE BAZAR KARAT JOHOR BHARU
UNTUK SINGGAH DI DAPUR JENDELA.
DENGAN DEKORASI DAN MENU LAIN DARI YANG LAIN
PASTI MEMBANGKITKAN SELERA DAN MENINGGALKAN MEMORI BERSAMA KELUARGA..
2 Comments
wah, nampak sedap semuanya. dekorasi pun nampak unik..
ReplyDeleteroti jala tu nampak sedap. decoration dia pun unik. tak pernah lagi orang buat decoration macam ni
ReplyDelete