HOTEL AMARI: PENGINAPAN LIMA BINTANG, ELEGEN DAN ESKLUSIF.

HOTEL AMARI: PENGINAPAN LIMA BINTANG, ELEGEN DAN ESKLUSIF.



Kali ini Along Murni dan team #borakkita menginap di Hotel Amari, JB yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di Jalan Wong Ah Fook. Hotel Amari, JB bertaraf bintang lima terletak juga  berdekatan dengan Zenith Mall. Ia berhadapan dengan Komtar JBCC Pusat Membeli-belah City Square dan Pusat Konvensyen Persada.

Setibanya AM di sana, kami dijamu dengan manisan pembuka bicara oleh PR & Communication Director Amari JB, Mdm Bobby Subramaniam. Beliau begitu ramah dan sangat mengalu-alukan kedatangan kami.


Begitu enak rasanya pemanis mulut kami.. Yang dah kenyang pun terasa lapar untuk mencuba setiap hidangan yang disajikan..'











Selepas selesai menjamu selera, Mdm Bobby membawa kami untuk tour kawasan sekitar Hotel Amari..Wahhh!! Betul-betul Elegen dan Esklusif bila berada di Hotel Amari, JB. Bilik-bilik dan suite-suite yang dilengkapi dengan perabot yang bergaya, ruang dalaman dan luaran yang direka dengan baik untuk perhimpunan tidak formal, lounge eksekutif dan pelbagai pilihan mesyuarat. AM terasa kedamaian dan ketenangan memenuhi bilik tetamu hungga ke ruang awam yang sejuk dan santai, setiap kawasan telah direka untuk menjadi fleksibel dan nampak sungguh elegen.














Haaaa.. Ada meja snooker!! leh la menggilap bakat-bakat terpendam ni.. hehehe.. AM juga dimaklumkan pihak hotel sangat menekankan dan menitikberatkan soal keharmonian para pengunjung yang datang.. Kalau nak tahu, di Hotel Amari tidak dibenarkan merokok berada di dalam kawasan Hotel Amari.. Bagi yang melanggar peraturan ini, mereka akan didenda sebanyak RM 500.. Begitu tegas dan tiada kompromi..



Di Hotel Amaya juga ada Breeze Spa. AM dimaklumkan yang Breeze Spa adalah di bawah pengurusan ONYX Hospitality Group. ONYX Hospitality Group menggabungkan kepakaran sebuah pasukan pengurusan global dengan kecemerlangan hospitaliti yang dikenali di Asia. Dengan lebih daripada 45 tahun pengalaman dan portfolio lebih daripada 33 hartanah operasi,ONYX adalah salah satu syarikat pengurusan hospitaliti terkemuka di Asia Pasifik. Patutlah servis diberikan tip top !! Siap AM dijamu dengan air bunga telang!! 





AM sempat menciba air bunga telang nie.. rasanya sungguh menyegarkan dan sedap!!





Berikut merupakan video yang sempat diambil sepanjang penginapan AM dan team #borakkita di sana.. Penghargaan buat  ZHARIF atas slot video yang awesome nie!! 




KREDIT VIDEO BY  ZHARIF


Masa untuk AM merehatkan diri selepas seharian melakukan tugasan!! Mood tido pun datang bila dikelilingi dengan suasana bilik yang harmoni dan menenangkan diri.. Time utk ZZzzzzz... Good night!!


Keesokannya, AM sarapan pagi di Amaya Cafe & Food Gallery di tingkat 6.. Wahh..penuh dengan pelbagai pilihan menu menarik  berkonsepkan Asia.. Nielah Chef yang diterbangkan khas bagi memasak versi makanan Thailand.


KATA ALONG MURNI:

HOTEL AMARI MERUPAKAN HOTEL YANG MEMPUNYAI 
KELAS DAN KONSEP TERSENDIRI..  
SETIAP YANG DATANG KE JOHOR BHARU WAJIB DATANG 
MENGINAP KE HOTEL AMARI DAN
 RASAI PENGALAMAN DAN SERVIS PERKHIDMATAN 
DARI KAKITANGAN HOTEL AMARI.. 
PASTI SESUATU YANG MENGUJAKAN DAN
 MENINGGALKAN MEMORI TERINDAH 
JIKA DATANG BERCUTI BERSAMA KELUARGA..










Post a Comment

0 Comments