Saturday, 3 March 2018

MELAKA TROPICAL FRUIT FARM : PENUH VARIASI AKTIVITI 'FARM STAY'

MELAKA TROPICAL FRUIT FARM : PENUH VARIASI AKTIVITI 'FARM STAY'



Kali ini Along Murni dan Team #borakkita sempat singgah di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) sebelum menuju ke Selatan Johor. MTFF adalah anak syarikat Melaka Agriculture Development Sdn Bhd. MTFF bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Melaka. MTFF telah mengambil alih pengurusan agro pelancongan yang berkaitan dengan pengurusan dan promosi pada 15 Oktober 2003 dan telah dikendalikan lebih daripada seratus tahun.




Pintu masuk utama untuk ke Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi terus dari bandar Melaka. Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang, Melaka merupakan salah satu pusat Agro Perlancongan  berkonsepkan "Farm Stay" yang terdapat di dalam Negeri Melaka.



AM peluang untuk mengalami dan merasai di samping menerokai keindahan alam semulajadi . Kemudahan sukan dan rekreasi termasuk trek basikal & joging, tasik untuk berkayak dan memancing, zoo mini dengan burung unta, rusa, dan kuda serta penginapan dalam bentuk chalet dan asrama juga disediakan di MTFF.

Acara yang paling menarik dan AM suka adalah berpeluang merasai persekitaran yang sejuk dan tenang di ladang selain berpeluang memakan buah-buahan tropika segar dari pokok seperti durian, duku, rambai, rambutan dan lain-lain. Terdapat beberapa pakej dan kemudahan ditawarkan pada tahap minimum.







Dengan dihiasi pelbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran yang menghijau, ladang pertanian dan penternakan itu menyediakan keindahan semulajadi yang bukan setakat memberikan ketenangan kepada pengunjung, malah peluang untuk mereka mendapatkan pelbagai jenis herba yang sukar didapati di tempat lain.

Anatara aktiviti yang sempat AM lakukan sepanjang di MTFF adalah:

1) Makan buah-buahan tempatan



2) Menaiki Trem ronda-ronda sekeliling MTFF





3) Mud Futsal











4) Aktiviti cari Belut





5) Melawat Ternakan Puyuh





6) Jungle Trekking





7) Memberi makan kepada Burung Kasuari, rusa dan lembu.



8) Flying Fox




9) Water Confident

10) Canoeing








11) Main Bola Sepak Api








MTFF menyediakan kepelbagaian pakej, kawasan rekreasi dengan kemudahan, penginapan, dewan, bilik mesyuarat. Terdapat pilihan kemudahan penginapan samada Chalet, Camping ataupun menginap di Hostel.






Menurut Pengurus MTFF, Norliza Mohamad, MTFF menerima kunjungan ratusan ribu pelancong tempatan dan asing setiap tahun, khususnya mereka yang memahami dan meminati tumbuh-tumbuhan dan haiwan.




MELAKA TROPICAL FRUIT FARM SDN. BHD
D/A Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang,
76300 Sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah

Tel : 06-351 6916

Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM

KATA ALONG MURNI:


SATU PENGALAMAN YANG INDAH UNTUK DILALUI BERSAMA
 SEPANJANG DI MTFF. 
HUBUNGAN PERSAHABATAN DAN KEKELUARGAAN 
ANTARA TEAM BORAKKITA 
BERTAMBAH ERAT SELEPAS SEHARIAN DI MTFF. 
MOGA SEGALANYA KEKAL BERPANJANGAN
 DAN TEGUH UTUH SELAMANYA.





KREDIT KHAS INI AM BERIKAN PADA SITTY TRAVEL KERANA MENJADI PENAJA PENGANGKUTAN SEPANJANG TRIP INI BERLANGSUNG. MEMANG PERAMAH DAN SERVIS PERKHIDMATAN TIP TOP. YANG BERMINAT UNTUK MENGGUNAKAN SERVIS INI BOLEH KLIK DI LAMAN TERTERA

SITTY TRAVEL

6 comments:

Siti Yang Menaip said...

pengalaman yang menarik.. ohoooi durian sedapnyaaa lahai. makan dalam suasana kampung gitu kan dengan kawan2 lagi. comel bus tu classic..

Sheila Adziz said...

wow... syoknya... hepi semua... akak bila tgk durian tu tak tahan...

Hans said...

seronoknya lah tengok durian tu

ALONG MURNI said...

kalu bawa trip dengan family lagi meriah.. banyak leh buat program utk anak2 berdikari sambil mengenal jati diri melalui alam semulajadi..

ALONG MURNI said...

Kann.. tak sangka plak rezeki & pihak MTFF sangat berbesar hati menjamu kami dengan durian..walaaaa!!

ALONG MURNI said...

lagi sedap tgk.. lagi seronok menikmati rasanya..hehehehe..