Sunday, 4 March 2018

PULAU KUKUP: HARTA KHAZANAH WARISAN NEGARA


PULAU KUKUP: HARTA KHAZANAH WARISAN NEGARA


Pengembaraan Along Murni dan team #borakkita kini tiba di Pulau Kukup. Pulau ini terletak di hadapan bandar Kukup, Pontian. Pulau ini menjadi penampan angin kencang dari Selat Melaka ke daratan terutama Ribut Sumatera antara Mac - Mei. Menurut masyarakat tempatan, pulau ini menjadi lokasi menarik bagi burung ramsar yang terbang singgah semasa berhijrah dari benua Australia yang panas ke hemisfera utara yng lebih sejuk.

Di sini, AM dan Team Borakkita sempat merakam video sepanjang penerangan di Pulau Kukup.
Kredit Video : EDDY RUSH


Sepanjang di Pulau Kukup dan menyelusurinya, banyak yang AM lihat dan rasai di sini.. Penuh dengan kehijauan dan kehidupan flora dan fauna.





















Hutannya terdiri daripada pokok bakau dan menjadi habitat untuk anak -anak ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lain-lain. Bot pancung boleh disewa di jeti Kukup jika ingin menikmati keindahan hutan pokok bakau dan meninjau kehidupan nelayan pantai.
Pulau Kukup yang terletak di perairan Selat Melaka lebih dikenali sebagai satu lagi taman negara di dalam Negeri Johor.

Pulau Kukup yang mempunyai keluasan 1,447 hektar turut mendapat pengiktirafan pada bulan Januari 2003 sebagai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) oleh Biro Konvensyen Ramsar yang berpusat di Geneva. Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Kawasan hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada keseluruhan hutan bakau di negara ini. Banyak aktiviti boleh dilakukan semasa berkunjung ke pulau berkenaan, antara melalui jambatan gantung yang agak tinggi dan melihat tapak semaian pelbagai tumbuhan untuk tujuan pembelajaran dan kajian dipanggil Arboretum.

CORPORATION PARK NASIONAL JOHOR  adalah merupakan penjaga Harta khazanah Warisan Negara ini.
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Lot 139, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian Johor
Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM
Tel : 07-696 9355

Tiket masuk untuk warganegara Malaysia, tak termasuk GST :
RM 5 (Dewasa), RM 3 (Kanak-kanak)





Istimewanya lagi, terdapat Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) yang menghubungkan Kukup dan Tanjung Balai, Kari­mun, Indonesia yang hanya me­ngambil masa 30 hingga 40 minit.
TFAK boleh dianggap ‘jantung’ bagi pekan Kukup kerana menerusi Tanjung Balai, penumpang boleh ke beberapa kota besar di Indonesia dengan menaiki feri atau penerbangan secara terus.
Terminal tersebut paling menjadi tumpuan serta merupakan antara pintu masuk dan keluar utama di negeri ini, khususnya bagi warga Indonesia yang bekerja di beberapa negeri di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.



Perkhidmatan syarikat Kukup Ferry yang mengendalikan perjalanan Kukup-Tanjung Balai mencatatkan kira-kira 500 pengguna ke Tanjung Balai setiap hari, namun apabila musim perayaan, jumlah pengguna melebihi 2,000 orang.

KATA ALONG MURNI: 

PULAU KUKUP MERUPAKAN HARTA KHAZANAH WARISAN NEGARA 
YANG PENUH DENGAN FLORA DAN FAUNA.
 HARAP USAHA TAMAN NEGARA JOHOR BAGI 
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI 
MENDAPAT SOKONGAN DARI SETIAP LAPISAN MASYARAKAT.



2 comments:

Hans said...

yang kawasan lumpur tu boleh mandi ke?
hehehe

ALONG MURNI said...

xboleh rasanya sbb xnmpk pun org mandi kat situ..hehehe