RESTORAN JOHORIAU : KETERUJAAN AM MENCUBA MASAKAN JOHOR


RESTORAN JOHORIAU : KETERUJAAN AM MENCUBA MASAKAN JOHOR

Selesai menyulusuri setiap pelosok Pulau Kukup, Along Murni (AM) singgah makan tengah hari di Restoran Johoriau yang terletak di Kg Parit Maiden, Pontian. Bila jejak kaki ke Restoran Johoriau, AM dah tekad untuk mencuba masakan johor.



Masakan Kepulauan Riau merupakan masakan, makanan, atau minuman yang merupakan buatan asli dan ciri khas dari provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Masakan Kepulauan Riau sangat dipengaruhi oleh budaya suku Melayu, India, dan etnik Tionghoa. Beberapa makanan juga dipengaruhi budaya suku Jawa, Bali, Bugis, suku-suku di Sumatra, suku-suku di Kalimantan, bahkan budaya Eropa, khususnya Inggris dan Belanda. Berikut ini adalah masakan yang disajikan untuk AM dan team #borakkita.



BOTOK-BOTOK

BOTOK-BOTOK
Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang
Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu,
daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus. Kira memang ‘feel’ sebab luar dalam boleh makan termasuk daun yang digunakan untuk membungkusnya!!

OTAK-OTAK

OTAK-OTAK

Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati.Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor iaitu Otak-otak . Otak-otak ni isi ikan yang berempah. Cuma kalau di Johor ni PEDAS rasanya dan berbeza isi kandungan intinya dengan negeri lain.

BELANGKAS MASAK LEMAK

BELANGKAS MASAK LEMAK

AM MENCUBA MASAKAN BELANGKAS
Belangkas adalah hidupan laut berdarah biru dan ia dicari untuk dijadikan hidangan bukan kerana isi tetapi telurnya. Ini kerana telurnya yang berwarna kekuningan dan mempunyai rasa lemak dan kenyal lebih banyak berbanding isi yang putih seperti ketam. Bagaimanapun, ada cara tertentu untuk menyediakan hidangan belangkas kerana haiwan ini dikatakan mempunyai toksin atau racun pada badannya yang boleh menyebabkan mabuk atau pening.

“Hanya belangkas betina ditangkap untuk mendapatkan telurnya. Kemudian ia dipotong di bahagian tengah dan kakinya ditarik keluar. Racun belangkas atau juga najisnya ada di tengah-tengah perutnya, oleh itu ia perlu dibuang dengan berhati-hati” kata Cik Bella yang merupakan pengurus bagi Restoran Johoriau.

SIPUT SEDUT BEREMPAH

SIPUT SEDUT BEREMPAH

Wahh!! Siput sedut memang merupakan makanan kegemaran AM.. Nampak je siput sedut, AM dah teruja nak mnyedut segala isi dalamnya.. Tapi Siput Sedut Berempah hasil dari Restoran Johoriau memang terbaikk wooo!! Menu yang wajib dicuba jika datang singgah di Restoran Johoriau!!

MASAKAN LOKAN


Pertama kali gak AM cuba makan lokan. Sedap juga rasanya.. Besar, kenyal dan Juicy rasanya tau!!

ASAM PEDAS SIAKAP


SIGNATURE DISH - SUP SEAFOOD JOHORIAU


Signature Dish Seafood Sup memang penuh dengan makanan laut. Ada ketam, siput sedut, udang, sotong semua dalam tue.. sedap.. rasa sup nie penuh lemak dan rasa yang penuh Wooww!!! AM suka supnya.. berulang kali AM cedok untuk minum dan nikmati keenakan supnya!!




AIR JUS EPAL ASAM BOI


Bila dah makan masakan Johoriau, minum pula dengan Jus Epal Asam boi, pergghhh.. terduduk AM tak larat nak bangun kerana kekenyangan..

Yang berminat nak datang singgah boleh rujuk maklumat di bawah

RESTORAN JOHORIAU

T16 Kg Parit Maiden, 82030 Serkat Pontian, Johor
Tel : 012-673 7631 (Bella)

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin
11 AM - 12 PM

AM BERSAMA CIK BELLA (PENGURUS RESTORAN JOHORIAU





KATA ALONG MURNI:

AM SANGAT SARANKAN YANG DATANG KE PONTIAN
 UNTUK SINGGAH DI RESTORAN JOHORIAU. 
MENU YANG SEDAP DAN PELBAGAI!! 
PASTI MENGUJAKAN UNTUK MENCUBA
 SETIAP HIDANGAN DI RESTORAN JOHORIAU.






Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. ya betul.. mmg sedap.. tak rugi dtg singgah menjamu selera d sini

      Delete
  2. Replies
    1. sedappp oo.. kalu datang ke pontian, singgah cuba menu di Restoran Johoriau.. pasti rasa berbaloi

      Delete
  3. Otak otak johor warna merah kan?
    Kalau terengganu warna lain.

    ReplyDelete