Wednesday, 14 March 2018

THE WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN : SATU PENGALAMAN MENGUJAKAN


THE WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN: 
SATU PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN ALONG MURNI (AM)




Pengembaraan Along (AM) dan team Borakkita kini tiba di THE WETLANDS yang terletak di Kampung Belukar Durian. Laluan masuk agak ke dalam dan selepas melewati kampung. Menurut Puan Rohani yang juga merupakan Pengurus THE WETLANDS, sejarah penerokaan dan pembukaan Kampung Belukar Durian berkait rapat dengan pembukaan Kampung Sedili Kecil. Kampung Sedili Kecil dikatakan telah dibuka oleh seorang tauke berbangsa Cina yang bernama Jay Tee. Beliau dipercayai berniaga di perairan Sedili Besar yang pada ketika itu telah tercatat didalam peta. Oleh kerana penduduknya yang sedikit, maka kampung itu telah diberi nama Kampung Sedili Kecil.



Pertambahan penduduk di Kampung Sedili Kecil telah menyebabkan timbulnya idea baru dalam kalangan penduduk untuk meneroka dan membuka petempatan baru. Diceritakan oleh penduduk tempatan, pada ketika penerokaan kawasan tersebut sedang dilaksanakan, terjumpa sebatang pokok durian yang besar di tengah-tengah hutan belukar. Pokok durian itu turut dikatakan yang tumbuh sebatang sahaja di kawasan itu. Penemuan yang dianggap aneh ini telah menjadi asas kepada penamaan kawasan baru tersebut sebagai Kampung Belukar Durian



Tanah lembap Sedili yang terletak di tenggara negeri Johor adalah merupakan tanah lembab yang jarang ditemui dan mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan pelbagai jenis tanah lembap di kawasan tersebut telah membentuk lembangan saliran di mana kawasan tersebut masih tidak terjejas dan yang memerlukan pemeliharaan pemuliharaan. Dengan menyusuri Sungai Sedili Kecil, AM dapat melihat dan menikmati panorama serta suasana ekosistem daripada pantai berpasir dan berbatu serta berair masin hinggalah ke kawasan air payau dan air tawar.

Pantai hutan paya bakau di tebing sungai dan pantai mampu melindungi kawasan berdekatan daripada dibadai keganasan ribut dan banjir. Hutan bakau yang mempunyai sistem akar serabut juga mampu membantu mencegah daripada berlakunya hakisan di tebing sungai dan pantai. Ia sekaligus dapat membantu mengekalkan kualiti air sungai tersebut yang juga dapat memelihara ekosistem sungai. Oleh kerana itu jugalah, kawasan ini sinonim bagi pemancing udang galah.




Di WETLANDS ini juga ada tempat penginapan Chalet dan Dorm disediakan. Memang mendamaikan dan rasa suasana kampung. Tapi yang menariknya adalah beranda bilik ini betul-betul mengadap ke Sungai Sedili Kecil.. Boleh terus memancing udang dari beranda bilik.. Walaaaa!!!

Kos Penginapan adalah antara RM 120 - RM 150 dan boleh hubungi Puan Rohani di 013-7026327 untuk sebarang pertanyaan lanjut.



Di Wetlands Kampung Belukar Durian juga boleh buat BBQ.. Makan reramai sambil melepak di ruang yang disediakan..



Antara aktiviti yang AM lakukan di WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN adalah:

MELOKAN

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

Selalu tengok lokan yang besar dan tersedia untuk di ‘NGAPP’ di mana-mana restoran. Ini merupakan pertama kali, AM mencuba untuk melokan.. Wahhh!! memang sesuatu yang mengujakan AM untuk mencuba..

Aktiviti pencarian lokan bermula!!! Nampak tak?? Muka memasing teruja nak mencari!! Tak kisah walau terpaksa berjalan di atas lumpur!!


 Hasil pencarian AM dan team Borakkita.. Sebesen juga la!! dalam masa satu jam mencari!! Abaikan kesan lumpur pada kaki tue.. sanggup kotor demi sebuah pengalaman!! hhahah..


Kaki memasing dipenuhi lumpur dan bersedia berbaris untuk memulakan aktiviti mencuci kaki dan lokan.. hahahaha..








Selesai sudah aktiviti mencuci lokan.. Bersih kan??


Jadi masa untuk memasak hasil lokan kami!! Tips untuk pastikan lokan bersih. Masukkan air dan cili kering atau cili padi ke dalam besen beserta lokan.. Kemudian kita gaulkan dan biarkan seketika.. Jadi Lokan tersebut akan memuntahkan pasir-pasir yang terdapat dalam cengkerangnya.. Jadi Lokan sudah tersedia untuk dibakar mentah-mentah!!


Dah siap bakar, lokan sedia untuk di 'NGAPPP'.. pergghh!! sedap makan hasil penat lelah mencari!! Feel dia lain macam sikit!!!..



LAWATAN KE PUSAT PENTERNAKKAN DAN PENETASAN BELANGKAS


Untuk ke Pusat Penternakkan dan Penetasan Belangkas, AM dan team menaiki bot menyelusuri Sungai Sedili Kecil.. 



Satu daripada usaha pemuliharaan dijalankan di Sedili Kecil Johor sejak lebih tiga dekad lepas.

Pusat ternakan dan penetasan belangkas mula itu dibina dan diusahakan oleh Ahmad Mustafa dan keluarganya pada tahun 1984. Pusat tersebut menerusi beberapa siri naik taraf menggunakan peruntukan individu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili dan terbaharu menggunakan peruntukan yang disalurkan menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara beberapa jabatan dan agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), PNK Sedili dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sedili.










Namun di sesetengah tempat, belangkas amat popular sebagai makanan dan sudah ada kajian mengenainya terutama bahagian darah belangkas yang mempunyai nilai perubatan..

Ketika ini ribuan belangkas ditangkap nelayan tempatan dan di sesetengah tempat ia dimasak dan telur yang berwarna kekuningan dimakan. Belangkas betina lebih digemari kerana telurnya.

Selain itu, kajian mengenai belangkas turut dijalankan iaitu darah belangkas digunakan sebagai endotoksin. Lisat amoebosit daripada darah belangkas dikenal pasti mampu mengesan kehadiran bakteria gram negatif dalam kuantiti yang sangat kecil.

Oleh itu, bagi memastikan populasi belangkas tidak pupus, pemeliharaan dan pemuliharaan belangkas secara mampan perlu dipertingkat.


KATA ALONG MURNI:

 AM SANGAT MENYOKONG USAHA BAGI MEMULIHARA 
DAN MEMELIHARA SPESIES BELANGKAS INI 
DARI PUPUS DAN DIANCAM..
 SATU UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA
 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN (PNK) SEDILI DENGAN KERJASAMA 
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS), 
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM), PNK SEDILI DAN
 PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) SEDILI.
 SEKALUNG BUDI JUGA PADA PIHAK KEJORA 
DALAM USAHA MENAIKKAN INDUSTRI DAN 
EKONOMI PELANCONGAN DESA.








6 comments:

Gja said...

Wah.. bestnya

Nurjuwaini said...

Seronoknya.. kena plan jugak ni

Kin Naz said...

bestnya AM pergi melokan. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. kinah sendiri tak pernah lagi pergi tempat macam ni

Nona Qiyah said...

Woww..best aktiviti eh..melokan tuu..xpernah lak nona buat

Mellya Musa said...

bestnya tgk ^^ nanti nak jugakla travel ke situ :)

Iris Myra said...

Laa kat johor rupenye.. Saya pun asal johor x tau ade tmpat camni.. Tq sis sharing info cmni