Tuesday, 17 April 2018

GRAND ION DELEMEN : PERCUTIAN SANTAI PENUH MEMORI TERINDAH

GRAND ION DELEMEN : PERCUTIAN SANTAI PENUH MEMORI TERINDAH
GENTING HIGHLAND


Kali ini, Along Murni (AM) sempat menyertai Kembara ke Genting Highlands yang dikendalikan oleh BORAKKITA. AM dan team menaiki Bas dari LRT Gombak ke Awana SkyWay.



Dari sana AM dan team menaiki 'Kabel Car' untuk First World. Hahahaha.. boleh bayangkan betapa diam dan sopannya AM di dalam 'Kabel Car'. Harga adalah RM 8 seorang dari Awana Sky Way ke First World.



AM dan team menunggu dan dijemput oleh bas yang telah disediakan oleh pihak Grand Ion Delemen, Genting Highlands. AM dimaklumkan bahawa pihak Ion Delemen memang menyediakan pengangkutan khas dari First World ke Ion Delemen. Kira-kira dalam 10 minit kami sampai ke Grand Ion Delemen.




Grand Ion Delemen yang terletak di Genting Highlands adalah sebuah resort bukit yang terletak di Bentong, Pahang. Hotel yang bercirikan resort ini terletak pada ketinggian purata 1,740 meter (5,710 kaki) di dalam Pergunungan Titiwangsa. Ia terletak di sempadan antara negeri Pahang dan Selangor, Malaysia. Wahhh!! Memang benar-benar sejuk. AM sarankan jika menginap di sini, wajib bawa jaket dan sweeter tebal yea..


 Ia terletak 6,000 kaki di atas paras laut dan dikelilingi oleh salah satu hutan hujan tertua di dunia. Grand Ion Delemen mempunyai pemandangan yang menakjubkan dan suasana santai, tidak dapat ditandingi oleh kehidupan bandar.



AM dimaklumkan nama Ion Delemen diambil rentetan dari lima elemen 'Feng Shui': air, tanah, kayu, logam, dan api. Ini mewujudkan keseimbangan antara persekitaran sekitar dan menangkap tenaga yang banyak dari lokasi ini.



Kesemua 632 bilik dan suite dilengkapi dengan perabot moden. Ini termasuk kawasan kerja/rehat  yang besar, bilik mandi yang luas, peralatan tempat tidur yang selesa, dan dilengkapi dengan hiasan kontemporari.







AM menginap di bilik jenis Deluxe. Memang selesa dan luas!! Dari balkoni bilik AM, AM boleh nikmati dan melihat pemandangan gunung dan kawasan sekitarnya yang menakjubkan. Segalanya lengkap dan esklusif!!

KEMBALI KITCHEN



AM dan team BORAKKITA menjamu selera makan tengah hari di Kembali Kitchen yang terletak di Tingkat 7. Wahhh!! menu yang sangat menarik dan pasti membuatkan perut berkeroncong menari!! Walaa!!Di Kembali Kichen ini menyediakan masakan tradisi masyarakat Melayu, Cina dan India. Ia dapat memuatkan seramai 220 orang untuk satu-satu ketika atau acara. 

Kembali Kitchen juga menyediakan masakan jenis 'western' dalam suasana bergaya moden. Restoran ini juga mempunyai stesen memasak secara langsung yang membolehkan tetamu berinteraksi dengan Chef dan menonton bagaimana satu-satu masakan dimasak. Menarik menu a la carte juga disediakan dari sarapan pagi hingga makan malam untuk memenuhi setiap mood dan selera pengunjung yang datang. Pendek kata terdapat pelbagai jenis variasi dan pilihan di sini. Antara yang menu yang menarik dan menjadi pilihan AM boleh dilihat di link yang sempat AM kongsikan di media sosial.




Selesai sahaja menjamu selera, AM kembali ke bilik dan bersiap untuk program dan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Ion Delemen..

1) Flying Fox dan Cabaran Halangan (Tali).

Aktiviti yang sangat mencabar AM kerana ia melibatkan ketinggian. Almaklumlah!! AM kan gayat orangnya. AM tempuh juga bagi menghilangkan ketakutan AM walaupun rasa nyawa dah melayang entah ke mana-mana.. Hahahaha.. rasanya satu ION Delemen boleh dengar jeritan pekikan AM..






2) The Sompoton SPA

Selesai sahaja aktiviti AM, AM memanjakan diri di 'The Sompoton SPA. AM memilih 'Malay Tradisional Massage'. Memang sedap dan rasa badan segar bila diurut seluruh badan selama 90 minit. AM sangat sarankan jika datang menginap di ION Delemen harus singgah di Sompoton SPA. Harganya sangat berpatutan dan diurut oleh tenaga kerja yang mahir.. Enak bangat!!!








HUGO'S IN THE SKY


Makan Malam AM pula dijamu di Hugo's In The Sky.. Wah!! Betul-betul kelas dan esklusif dengan santapan menu yang menarik minat AM. Dengan berkonsepkan mediterranean, menu masakan pengunjung yang menggemarkan masakan jenis SEAFOOD pasti menambat selera. Ia boleh memuarkan seramai 10 orang untuk satu-satu masa.

Restoran ini menyajikan pelbagai pilihan Mediterranean dalam suasana romantik dan nyaman dengan pemandangan Gunung Titiwangsa yang menakjubkan. Terletak di persekitaran gaya kontemporari bergaya desa, suasana di Hugo yang tidak formal dan menjamu selera seolah-olah makan dilaut awan yang membiru pasti membolehkan tetamu hanya duduk dan mengalami konsep makan baru sambil menonton matahari terbenam mahupun melihat suasana malam.

Antara menu yang menarik perhatiam AM adalah dark coklat (dessert). Ciptaan unik dari Chef!! nak tau kenapa?? Disamping ada kombinasi rasa manis, rangup, masam terkandung juga rasa pedas!! Walaa!!!


Menu utama menawarkan pelbagai stail daging sapi gred premium yang dipilih dengan teliti dan kambing, makanan laut panggang, serta pelbagai pasta dan pizza buatan sendiri. Apabila makan di Hugo In The Sky, para pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar jika cuaca menginzinkan. LIhatlah antara tarikan menu-menu yang menarik sempat AM kongsikan di media sosial...



Keesokkan paginya, AM dan team BORAKKITA turun untuk membuat senaman pagi sambil menari 'CHICKEN DANCE'.. penuh dengan tawa dan pelbagai ragam antara kami.



Kemudiannya AM di bahagikan kepada dua kumpulan dan melakukan aktiviti menguji minda. Kami diberikan. Kami diberikan 8 batang paku besar dan diminta meyusun mengikut kreativiti tanpa perlu paku jatuh ke bawah.




 HASIL KREATIVITI KUMPULAN A




HASIL KREATIVIT KUMPULAN B (AM)



Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan boleh jengah di https://www.iondelemenhotels.com/.. AM sangat sarankan untuk datang menginap di sini dan rasai keindahan alam semulajadi di samping penginapan yang mewah dan esklusif.





KATA ALONG MURNI: 

RIBUAN TERIMA KASIH ATAS LAYANAN PERKHIDMATAN 
YANG SEMPURNA DAN TIP TOP DARI PIHAK PENGURUSAN ION DELEMEN. PELBAGAI PENGALAMAN MANIS YANG TERCIPTA DI SINI
 AKAN KEKAL INDAH DALAM MEMORI AM. 
HUBUNGAN AM DAN TEAM BORAKKITA BERTAMBAH ERAT DAN KUKUH.. 
GENG KUAT MAKAN, GENG SAMA-SAMA TAKUT, 
GENG KAKI JERIT, GENG BANTU MEMBANTU..
 MEMANG INDAH BUAT AM!! 





1 comment:

Del Asyraf said...

Waa seronok ya ke Genting. Heheeh Del singgah sini