KAFE BANNGKOK : THAI STREET FOOD

KAFE BANNGKOK : THAI STREET FOOD
SEDAP, BERBALOI DAN HARGA BERPATUTAN


Sejak balik dari Trip Thailand 6 bulan lepas, Along Murni mula merindui masakan Thailand yang betul-betul menepati citarasa AM.. Setelah disarankan oleh rakan-rakan AM, AM cuba datang ke Kafe Banngkok, sebuah restoran makanan halal Thai berkonsepkan ‘Thai Street’ berlokasi di Platinum Walk. Kafe Banngkok ini terletak berhampiran Festival City Mall Setapak. Nak senang gunakan applikasi Waze atau MAPS dengan menaip ‘Banngkok Street Food’ sampai la ke destinasi.


Wahhh!! sesampai je AM di Kafe Banngkok ini memang meriah wooo.. terasa macam berada di gerai-gerai makanan di Thailand. Penuh warna warni dan konsep memasak secara langsung di gerai dibuat di sini. AM rasa teruja dan tak sabar nak mencuba masakan di sini.. dah mula rasa kecur air liur nie bila melihat makanan yang dipesan oleh pelanggan lain.


Kafe BANNGKOK STREET FOOD diinspirasikan dari masakan dari negara Thailand dengan sedikit sentuhan Ala-Kelantan, tempat negeri kelahiran Chef Mus sendiri. Kesemua bahan-bahan yang digunakan dalam masakan di sini menggunakan bahan-bahan mentah Halal yang dibawa dari negara Thailand.








Terdapat lebih 100 jenis makanan Thai bermula dari Starter seperti Mieng Kam, Seafood seperti Ikan Siakap Krungthai, Tomyam Super Bangkok, Ho Mok Steam, Ketam Chili Basil, Daging dan Ayam Pakrapow, Pad Prik King, Telur Hoy Tod, Sayur Phad Bung Phad Khana sampailah Desert seperti Pancake Banana, Chatuchak Ice Cream, Steam Bread dan Pulut Mangga semuanya rasa asli Thai tau!! memang tak rugi rasanya menjamu selera AM di sini..








Lihatlah kepelbagaian menu-menu yang menarik dan pasti membuatkan kecur air liur kan?? Bukan main seronok dan teruja AM mencuba setiap menu hidangan di Kafe Banngkok Thai Street Food ini.






KATA ALONG MURNI:

TERASA BERADA DI THAILAND BILA BERADA
 DI KAFE BANNGKOK THAI STREET FOOD. 
BUKAN SAHAJA DENGAN KONSEP KAWASAN SEKITAR YANG ALA-ALA THAI MALAHAN KONSEP DAN CARA MAKANAN 
DIHIDANGKAN PUN MASIH MENGEKALKAN KONSEP YANG SAMA DI THAILAND. TERLEPAS RINDU AM PADA MASAKAN THAILAND BILA BERADA DI SINI.. 
BUAT YANG MENGGEMARI MASAKAN THAILAND
 SEPERI AM BOLEH LA JENGAH DATANG SINI TAU.. 
HARGA SANGAT BERPATUTAN DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENU!!








Post a Comment

0 Comments