Wednesday, 11 April 2018

POK YA CONGCODEI : JADI DUTA SEMPENA PELANCARAN PROGRAM UMRAH CONGCODEI


POK YA CONGCODEI : 

JADI DUTA SEMPENA PELANCARAN 

PROGRAM UMRAH CONGCODEI

OLEH RICHWORLD TRAVEL & TOURS SDN BHD

POK YA CONG CODEI adalah sebuah drama telefilem diterbitkan pada tahun 2018 yang ditulis dan diarah oleh SABRI YUNUS. Drama ini ditayangkan pada 20 Januari 2018 di Astro Citra saluran 131 dan Mustika HD. Walaupun hanya berstatus telefilem, tayangan filem ini mendapat sambutan luar biasa di kalangan rakyat Malaysia apabila tular di media sosial berikutan penyampaian mesej di dalam filem ini amat dekat dengan masyarakat Malaysia.

Sabri Yunus sendiri membawakan watak 'gedebe' bernama Pok Ya dan nama HOTEL CONCORDE yang disebut dalam lenggok loghat Kelantan mencetuskan fenomena di kalangan penonton. Sebutan nama hotel yang lucu dan menjadi 'trending' di laman sosial itu turut menarik minat RICHWORLD TRAVEL & TOURS SDN BHD untuk memperkenalkan pakej umrah berserta ziarah dengan menginap di Hotel Concorde Makkah dan Madinah.



Along Murni (AM) sempat hadir semasa majlis MENANDATANGANI PERJANJIAN di antara RICHWORLD TRAVEL & TOURS SDN BHD melantik Sabri Yunus (Pok Ya Congcodei) sebagai DUTA sempena PELANCARAN PROGRAM UMRAH CONGCODEI.





“Sejak Pok Ya mencetuskan fenomena, ramai yang mengajukan tawaran kepada saya untuk menjadi duta produk. Namun, saya tergerak hati untuk bersama Richworld Travel disebabkan mereka menonjolkan Pok Ya, bukan Sabri Yunus,” . Sabri mengakui, pakej umrah yang lengkap dengan program khatam al-Quran dan majlis tahlil membuka hatinya untuk menjalin kerjasama.

Melalui pakej 12 hari 10 malam ini, akan dijual dengan harga bermula dari RM 5450.00 dan para Jemaah akan menginap di HOTEL CONCORDE MADINAH DAN MEKAH. Di samping dapat mengerjakan umrah bersama Pok Ya Congcodei, terdapat juga kelainan yang dijanjikan oleh pihak Richworld Travel. Antaranya adalah Majlis Khatam Quran di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah. Pihak Richworld Travel juga menganjurkan Majlis Tahlil bersama Jemaah serta beberapa pengisian menarik lain.



Kerjasama Richworld Travel bersama Kazai Innovation Ideas Solution (KAZAI) bertujuan mempromosikan ‘HALAL TRAVEL’ yang tertumpu kepada
  • ·         Pelancongan Islam
  • ·         Lawatan ke Industri halal
  • ·         Latihan berkaitan Industri Halal di Malaysia

Melalui pelancaran Pakej Umrah Congcodei dan kerjasama dengan KAZAI, pihak Richworld Travel mensasarkan pertambahan pendapatan kendalian lebih dari 6 Juta untuk tahun 2018.

Sebarang pertanyaan tentang Pakej Umrah Congcodei yang ditawarkan boleh hubungi

RICHWORLD TRAVEL & TOURS SDN BHD
tel : 03 9174 7004 / 7003
fax : 03 9174 7005
WA : 011 2004 8989



KATA ALONG MURNI (AM)

TELEFILEM POK YA CONGCODEI BENAR-BENAR MENGHIBURKAN AM 
DENGAN LAWAK DAN LOGHAT YANG SPONTON DAN BERSAHAJA.
 AM SANGAT BERSETUJU BILA SABRI YUNUS INGIN MEMPATENKAN
 NAMA POK YA CONGCODEI AGAR NAMA TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN. 

PENGISIAN YANG LAIN DARI YANG LAIN MEMBERI RUANG PARA JEMAAH
 UNTUK LEBIH MENGHAYATI KONSEP UMRAH DALAM IBADAT. 
MOGA SEGALA PERANCANGAN YANG DIATUR OLEH
 PIHAK RICHWORLD TRAVEL BERJALAN LANCAR 
DAN MEMBERI MANAFAAT BUAT SEMUA.



No comments: