SAND & SANDALS DESARU BEACH RESORT : PERCUTIAN ROMANTIK DAN ESKLUSIF

SAND & SANDALS DESARU BEACH RESORT : 
PERCUTIAN ROMANTIK DAN ESKLUSIF


Saat Along Murni (AM) dan team yang dikelolakan oleh BORAKKITA menjejakkan kaki ke Sand & Sandals Desaru Beach Resort (Sand & Sandals), tergambar keterujaan di wajah masing-masing. Mana taknya, masuk je dr Lobi Sand & Sandals terus nampak pemandangan laut dan keunikan yang ada di sini. Sand & Sandals adalah tempat peranginan tepi pantai seluas 22 km dengan panorama Laut China Selatan. Buat pasangan yang baru berkahwin, AM memang sangat mencadangkan Sand & Sandals sebagai sebuah penginapan pilihan. Nak tahu kenapa?? Selain daripada pemandangan yang mengagumkan dan esklusif, bilik-bilik yang tersedia juga benar-benar membangkitkan perasaan romantik antara pasangan.

Bilik dan Suites

Sand & Sandals menawarkan 208 bilik dan suite yang telah diubahsuaikan sepenuhnya aksen dalam reka bentuk kasual kontemporari, mengharmonikan ruang dan privasi, mempamerkan identiti Sand & Sandals dalam perspektif yang berbeza . Bilik dan suite adalah besar dikonfigurasi dengan balkoni , dan tab mandi duduk di anjung, dwi mandian pancuran mandian hujan, taman peribadi, kolam renang persendirian, dan garis peribadi sendiri kemudahan.












Bilik yang terdapat di Sand & Sandals juga sesuai keluarga.  Sesuai untuk pasangan yang dah mempunyai anak dan kepada yang ingin meraikan ulangtahun perkahwinan. Dengan corak rekaan bilik yang pasti membuatkan anak-anak menjerit keriangan!!!

Wah!! Tengklahh!! AM boleh duduk dibuaian nie.. dibuai-buai dan boleh duduk berangannak letak  kalau nak kahwin nanti, mesti meginap di Sand * Sandals!! Walaaa!! 



Restoran dan Bar. 

Di sini ada 7 pilihan Restoran.


RESTAURANTS/ BARS
CUISINE
SIGNATURES
Fortune Kitchen
Chinese

Dim Sum & Herbal Soup
serve in a Teapot
Shiokaze Teppan
Japanese
Bento
Spices & Herbs
Fusion
(Western, Malay, Indian)
Crispy Chicken Chop
& Thali
The Café
Café
Specialty cakes & coffee
Beach Hut Bistro
Western Delights
Pizza
The Sunken Bar
Full Bar
Drink by the pool
Snuk Thai Street BBQ
Thai Food
Thai Combo Set


Antara yang sempat AM cuba dan menjamu selera adalah:

1) Sarapan Pagi di SPICES & HERBS.


Pelbagai jenis menu tersedia. AM paling suka makan Dim Sum!! memang terbaik!!
















2) Makan Malam di Snuk Thai Street BBQ.. Tengok sendiri yea, apa yang AM makan.. Memang menarik, tertarik dan kebaboommm!! Semua menu-menu yang dihidangkan depan mata AM sedap-sedap belaka!!












3) Makan petang di Beach Hut Bistro.. Di sini, Pizza dia memang besar kedabaq tau.. Sangat sedap dan puas wooo.. Kalau dapat habis yang sebesar tue memang AM salute!!





Di Sand & Sandal juga AM sempat mencuba aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan Sand & Sandal.

1. Menunggang ATV.. Agak mencabar aktiviti ATV di Sand & Sandal.. Memang penuh liku.. Kalau tersilap langkah, boleh jatuh dalam lubang lumpur yea..takpun terlanggar dgn pokok di sepanjang lalauan trek ATV.


2. Paintball. Aktiviti memang AM suka!! Boleh lepaskan stress dengan aktiviti tembak menembak di samping menajamkan focus nak kenakan member!!





KATA ALONG MURNI:

BAGI AM, SAND & SANDAL ADALAH 
PERCUTIAN ROMANTIK TERBAIK 
DAN MENJADI  KEMESTIAN BAGI YANG SINGGAH KE DESARU 
UNTUK MENGINAP. MEMANG TERBAIK SERVIS PERKHIDMATAN,
 KEMUDAHAN DAN PAKEJ-PAKEJ DI SINI. 
KALAU AM KAHWIN NANTI, 
AM NAK PASTIKAN AM BERBULAN MADU 
DI SAND & SANDAL.. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Comelnye dekorasi dia.. i like

    ReplyDelete
  2. Wow, terpegun tengok bilik penginapannya...

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke sana. Desaru pun best juga kalau yang nak percutian tenang.

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete