TRAVELOGUE PULAU : KEMBARA PANGKOR

ALONG MURNI (AM) MENEROKAI PULAU PANGKOR
TRAVELOGUE PULAU PANGKOR

Kali ini Kembara Along Murni (AM) bersama team BORAKKITA menerokai keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Pulau Pangkor dalam Trip #traveloguepulau. 

Kami menaiki Bas dari Terminal Bandar Tasik Selatan menuju ke Perhentian Bas Lumut. Dari sana kami dijemput menaiki van Mama Jamilah dan dibawa ke Jeti Marina kerana Pegawai Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menanti kami di sana.

AM dan team di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS)



Tiba di Perhentian Bas Lumut

Dijemput oleh pihak Mama Jamilah


LOGO MPM

Serba sedikit info yang AM dapat dari Pegawai MPM.

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001.

Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-
Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
Kawasan Kawalan (121.35 km persegi)

Lokasi Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka. Ia termasuk dalam daerah Manjung di dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar terhampir dengan Pulau Pangkor di tanah besar ialah Lumut. Jadi kepada yang ingin ke Pulau Pangkor perlu menaiki feri dari Jeti Lumut.

Jadi kita perlu mendapatkan tiket feri di jeti lumut untuk ke Pulau Pangkor. Feri beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 8.30 malam. Kadar tambang untuk dewasa adalah RM 10 manakala kanak-kanak adalah RM5 Perjalanan feri ke Pangkor mengambil masa 45 minit.

Namun AM dan team BORAKKITA berada bersama pegawai MPM di Jeti Marina. Kami dibawa menaiki ‘Speed Boat’ dan ia hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk sampai ke Pulau Pangkor.


Menaiki Speed Boat dari Jeti Marina


Tiba di Pangkor


Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang popular di Malaysia. Tarikan utama Pulau Pangkor ialah kecantikan pantai air laut yang jernih dan laut yang kaya dengan coral serta hidupan laut yang cantik. Pulau Pangkor juga merupakan Pulau bersejarah di mana Ia pernah menjadi Kubu Belanda pada zaman dahulu.

Wahh!! AM rasa tak sabar nak menerokai Pulau Pangkor. Betul-betul rasa teruja dan seronok kerana ia merupakan pengalaman pertama AM menjejak kaki ke Pulau Pangkor.

KATA ALONG MURNI:

AM SANGAT KAGUM DENGAN INISIATIF  YANG CUBA
 DIBANGUNKAN DAN KEINDAHAN SERTA KEUNIKAN 
YANG TERDAPAT DI PULAU PANGKOR 
DIPELIHARA OLEH PIHAK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM). 
MOGA USAHA GIGIH PIHAK MPM MENDAPAT KERJASAMA 
DARI PELANCONG YANG DATANG DAN MASYARAKAT TEMPATAN UMUMNYA DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI DAN PELANCONGAN
 DI PULAU PANGKOR. TAHNIAH BUAT MPM!


Post a Comment

2 Comments

  1. Tak sabar nak tunggu entri AM yg seterusnya. Satu pengalaman yg luar biasa !

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat berkunjung ke pulau pangkor.
    Janji Kita

    ReplyDelete