TRAVELOGUE PULAU : PANGKOR KOPITIAM


TRAVELOGUE PULAU : PANGKOR KOPITIAM 
DESTINASI WAJIB DISINGGAHI DI PULAU PANGKOR

LOKASI PANGKOR KOPITIAM
Setibanya Along Murni (AM) di Jeti Pulau Pangkor, perut pun dah mula berlagu riang. Bau haruman masakan benar-benar menggamit selera AM.

Pangkor Kopitiam terletak di lokasi belah kiri  Terminal Jeti Pulau Pangkor. Wah!! Menu-menu nampak menarik  nie. AM nak cuba rasai masakan Pulau Pangkor. 

Ia adalah lokasi strategi menghadap pantai, berhawa dingin dengan pemandangan bot-bot yang berlabuh  di tepi pantai malahan terdapat perkhidmatan  wi-fi di sini.

BERSAMA PEMILIK PANGKOR KOPITIAM

Antara menu-menu yang menjadi pilihan pengunjung di Pangkor Kopitiam. 

1) NASI GORENG APPLE 

Dihidangkan bersama Sup Tom Yam, Balutan Telur Goreng, Keropok, dan Udang Berempah yang Rangup pasti mebuatkan setiap suapan menarik dan penuh selera. Nasi gorengnya sangat sedap kerana terasa hirisan manis epal di dalamnya digabungkan.. Memang terbaik!!

NASI GORENG APPLE : RM 12.90
2) NASI GORENG IKAN MASIN

Kombinasi Nasi Goreng bersama hirisan daging blackpaper dan keropok pastinya membuatkan penggemar Nasi Goreng Ikan Masin merasi kelainan dan teruja untuk mencuba. Puas hati woo..

NASI GORENG IKAN MASIN : RM 12.90
3) NASI GORENG CHICKEN CHOP

Penggemar menu ala-ala western pasti teruja untuk mencuba. Adunan rempah chicken chop yang sempurna serta rangup di setiap gigitan ayamnya dengan black paper sos yang manis-manis pedas..
CHICKEN  CHOP FRIED RICE : RM 16.90
4) NASI GORENG PANGKOR 

Menu wajib dicuba memandangkan AM berada di Pulau Pangkor. Dihidangkan bersama ikan sardin bakar siap dengan keropok dan sambal belacan /sambal cili kicap memang menambat selera.

NASI GORENG PANGKOR : RM 9.50
5) LAKSA KEDAH

Menu yang pasti AM cuba setiap kali ke mana-mana restoran. AM memang penggemar laksa. AM sangat sarankan laksa nie sebab rasanya sangat sedap dengan harga yang murah. Bermangkuk-mangkuk boleh habis tau!!


LAKSA KEDAH : RM  6.90
6) MEE KARI

Salah satu yang menjadi tarikan kepada pengunjung yang datang untuk mencuba Mee kari di PANGKOR KOPITIAM.

MEE KARI : RM 6
7) LAKSA MEE PANGKOR

Pertama kali AM mencuba Laksa Mee Pangkor. Berketul-ketul ikan di dalamnya. Mee nya agak halus dari mee kuning yang selalu AM makan.. Laksa Mee Pangkor ini lagi pedas lagi sedap tau!!
LAKSA MEE PANGKOR: RM  5

CUCUR UDANG



KATA ALONG MURNI:

DESTINASI WAJIB DISINGGAHI 
BILA SAMPAI DI JETI PULAU PANGKOR. 
MENU YANG MENARIK, SEDAP, MURAH 
DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI. 
AM BAGI 5/5 BINTANG MENU-MENU YANG TERDAPAT DI SINI.. 
JANGAN LUPA SINGGAH NAAA...



A post shared by ALONGMURNI (@murni4485) on




Post a Comment

3 Comments