BUFFET RAMADHAN: ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
MENYAJIKAN PELBAGAI MENU
MASAK LEMAK CILI API
BERKONSEPKAN ‘KAMPONG BOY’
Menjadi satu kelaziman apabila
menjelangnya bulan Ramadan setiap tahun, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan
menu Ramadan masing-masing. AnCasa
Residences, Port Dickson juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan
menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan yang akan
kunjung tiba tidak lama sahaja lagi.
Pada tahun ini, AnCasa Residences telah memilih tema ‘Kampong Boy’ bertepatan dengan Kempen ‘Stay, Dine & Win’ yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.
Pada tahun ini, AnCasa Residences telah memilih tema ‘Kampong Boy’ bertepatan dengan Kempen ‘Stay, Dine & Win’ yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.
Memandangkan sambutan dan respons yang menggalakkan dari
pelanggan-pelanggan hotel yang telah menikmati Buffet Ramadhan pada tahun lepas,
AnCasa Residences, Port Dickson telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa
kampung di dalam Buffet Ramadan bagi tahun 2018. Along Murni (AM) berasa teruja untuk mencuba masakan Buffet Ramdhan dari Ancasa Port Dickson.
Bertemakan ‘Kampong Boy’, gabungan idea cef-cef dari AnCasa
Residences, Port Dickson yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu
khususnya masakan tradisional Negeri Sembilan yang bakal menampilkan
kelainan dalam setiap resipi dan menu
yang di sajikan pada kali ini.
Yang uniknya di sini adalah AM boleh pilih apa-apa jua bahan untuk dimasukkan dalam masak lemak cili padi. Tak sampai 5 minit semua dah siap!! Serius.. memang sedap masak lemak cili padi.. Sampai dua mangkuk AM hirup kuahnya tau!!
Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu
diperkenalkan di antaranya adalah Masak Lemak Cili Padi ala AnCasa dengan
pilihan makanan laut dan juga sayur-sayuran,
Kambing Masala, pelbagai jenis kerabu, nasi beriani, ikan bakar, kambing
panggang dan macam-macam lagi.
Yang uniknya di sini adalah AM boleh pilih apa-apa jua bahan untuk dimasukkan dalam masak lemak cili padi. Tak sampai 5 minit semua dah siap!! Serius.. memang sedap masak lemak cili padi.. Sampai dua mangkuk AM hirup kuahnya tau!!
antara pilihan bahan untuk dimasukkan dalam masak lemak cili padi |
antara pilihan bahan untuk dimasukkan dalam masak lemak cili padi |
antara pilihan bahan untuk dimasukkan dalam masak lemak cili padi |
aneka rencah / sayuran pilihan untuk dimasukkan dalam masak lemak cili padi |
Aneka jenis pilihan sambal / pencicah disajikan
Selain itu, AnCasa Residences turut menyajikan pelbagai aneka kuih muih seperti apam balik, roti john, roti jala, murtabak, pisang goreng, cucur dan juga pelbagai manisan seperti ais kacang, aneka bubur serta puding yang pastinya mengubat rindu anda pada masakan bonda di kampung halaman.
Menurut Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan AnCasa
Hospitaliti, “Pada tahun ini, kami masih lagi mengekalkan konsep gerai dan
‘live cooking’ di mana 14 gerai dihias
bertemakan ‘Kampong Boy’ dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘homely
dining experience’ semasa berbuka puasa di sini. Dengan mengetengahkan sajian
masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah
pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di
zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan
bonda.”
“Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar
tambahan pula harga bahan-bahan mentah semakin meningkat, pihak kami masih lagi
menawarkan harga yang murah iaitu RM40 kepada pelanggan yang membeli baucar
sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu adalah RM48 untuk dewasa dan
RM30 untuk kanak-kanak. Harga yang kami tawarkan adalah amat berbaloi jika di
bandingkan dengan harga Buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang lain”.
Ujar beliau lagi.
KATA ALONG MURNI:
AM JATUH CINTA PADA MASAKAN ORANG NEGERI SEMBILAN
TERUTAMA MASAK LEMAK CILI PADI!!
MEMANG TERBAIK!!
DENGAN HARGA YANG MURAH DENGAN
PELBAGAI PILIHAN MENU MAKANAN YANG SEDAP
PASTI BERBALOI UNTUK BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA
DAN RAKAN-RAKAN DI SINI!!
0 Comments