Monday, 7 May 2018

BUFFET RAMADHAN: BANGI GOLF RESORT

BUFFET RAMADHAN: BANGI GOLF RESORT (BGR)
13 sebab Bangi Golf Resort jadi Pilihan AM


Ramadhan semakin menghampiri. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. Terdapat pelbagai hotel, restoran mahupun gerai makanan mula menyajikan menu-menu menarik untuk berbuka puasa. 




Bangi Golf Resort (BGR) menjadi pilihan Along Murni (AM) atas dasar 13 kriteria berikut:

1) Disahkan HALAL
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

2) Nilai untuk Wang!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web
https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak.

3) Sajian Eksklusif
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Chef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati sate ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.

sempat AM selfie bersama Kolin
kambing bakar di belakang AM

kambing bakar
kambing bakar bersama black paper sos


sup kambing mamak

sup kambing dicicah bersama roti
koey teow goreng


4) Hidangan Barat Moden
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan yang lebih tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.


Sous Vide Egg with Mushroom Espuma


5) Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, sayur-sayuran organik yang dituai dan dihidangkan ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun BGR. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang pasti akan memenuhi citarasa semua.


kerabu daging
kerabu perut

ikan masin goreng


laksa sarawak


6) Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.
nasi ayam

ayam hainan




fillet ikan goreng dengan sos mentega

daging masak lada hitam

7)  Pelbagai Pencuci Mulut
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.




















Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. AM tidak tahu yang mana mahu dipilih seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse. Semuanya sedap-sedap belaka.
















8) Harga istimewa untuk durian!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24  (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di  https://www.bgrrest.com/product/durian/



9) Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, Chef-chef akan mula memasak secara langsung bermula 6.30pm hingga 9.30pm.

10) Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

11) Surau di sediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu.

12) Amalan yang baik
Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

13) Suka Makan Benci Pembaziran
Pihak BGR sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran. Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan,

antara blogger/media/instagrammer yang hadir. 


KATA ALONG MURNI

AM SUKA DENGAN KONSEP YANG CUBA DIAMALKAN
 OLEH BANGI GOLF RESORT (BGR). 
DENGAN KRITERIA 13 YANG DIMILIKI OLEH BANGI GOLF RESORT
 MOGA IA TERUS DIPRAKTIKKAN OLEH SEMUA. 
TERIMA KASIH JUGA AM NAK UCAPKAN PADA PIHAK BGR 
KERANA MEMILIH VIDEO AM DALAM CONTEST BARU-BARU..










No comments: