BUFFET RAMADHAN: BBQ LAMB KL KEMENSAH



BUFFET RAMADHAN: BBQ LAMB KL KEMENSAH
MENU HIDANGAN WESTERN TERBAIK
SUASANA KAMPUNG STAIL DENGAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI



Untuk Buffet Ramadhan kali ini, Along Murni (AM) dan #buddies singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah, Ulu Klang. Wah!! Tanpa dirancang, tema pakaian 'ALL BLACK' la pula!! Hehehe..

BBQ Lamb KL Kemensah ini terletak kira-kira 6 minit dari jalan utama Zoo Negara dan beroperasi sejak 7 Julai 2017.  Nak datang ke sini mudah sahaja. Gunakan aplikasi Google Map: https://goo.gl/maps/mjJ9p4zz3fv untuk datang ke BBQ kambing KL KEMENSAH.


Dimiliki oleh En Zainuddin Yatim dan Mi Mie Iberahim. Kawasan persekitaran BBQ Lamb KL Kemensah berkonsepkan kampung stail dengan menu western. AM begitu terpegun dan terpesona dengan kebersihan dan keindahan kawasan sekitar BBQ Lamb KL Kemensah. AM berasa tenang, sejuk dengan suasana yang mendamaikan.



Uniknya makanan di sini adalah, setiap hidangan akan diperap dengan sos istimewa dan disalai selama beberapa jam bagi menghasilkan suatu hidangan yang betul-betul WOOWW!!
Sempena bulan Ramadhan, BBQ Lamb KL Kemensah menyajikan hidangan istimewa buat pelanggan yang datang mengunjungi BBQ Lamb KL Kemensah. Antara Menu-menu istimewanya adalah:

NO
MENU SET
HIDANGAN
PER PAX
HARGA
1
BIRD SET
-  Deep Fried Chicken Wings
- Fried Quill
-  Smoked Duck
-  Fried Organic Chicken
4 pax
RM 168.00
2
MEAT SET
-  Lamb Cut
- Lamb Ribs
-  Short Ribs
-  Tenderloin
4 pax
RM 188.00
3
SEAFOOD SET
-  Grilled Giant River Prawn with melting cheese
- Grilled Cuttlefish
-  Grilled Salmon
-  Deep Fried Cuttlefish
4 pax
RM 188.00

* Setiap set menu hidangan disertakan bersama
- 3 jenis sos istimewa
- 4 nasi herba (free refill)
- 2 jenis dessert beserta Kurma untuk 4 orang.
- Sup Istimewa untuk 4 Orang
- Salad
- Satu Jug Air (Mengikut pilihan)

MEAT SET
PILIHAN AIR 

BIRD SET
PILIHAN AIR

SEAFOOD SET

NASI HERBA

SUP ISTIMEWA
SAJIAN UNTUK SETIAP SET HIDANGAN

JUS EPAL ASAM 

WAKTU OPERASI
HARI BIASA
Selasa hingga Jumaat     : 6.00 ptg-11.00 malam
Sabtu hingga Ahad          : 12.00 tengahari - 4.00 petang (makan tengahari )
                                                   7.00 ptg – 11.00 ptg (makan malam)
DITUTUP SETIAP ISNIN

ISTIMEWA BULAN RAMADHAN
6.00 petang – 11.00 malam

hubungi untuk maklumat lanjut, sila call / whatsapp 60122114100 (En Zainuddin)


KATA ALONG MURNI:

SETIAP HIDANGAN YANG DISAJIKAN DI BBQ LAMB KL KEMENSAH 
MEMANG SEDAP DAN TERBAIK!! 
DENGAN PERAPAN SOS ISTIMEWANYA DAN RASA SALAINYA 
MENJADI HIDANGANNYA BEGITU UNIK 
DAN MENGGAMIT UNTUK KITA DATANG KEMBALI.. 
JOMM JENGAH DAN MENCUBA MENU HIDANGAN DI BBQ LAMB KL KEMENSAH. PASTI MENGUJAKAN!!

Post a Comment

0 Comments