Monday, 28 May 2018

BUFFET RAMADHAN : KL JOURNAL


BUFFET RAMADHAN : KL JOURNAL
KEDAI KOPI JOURNAL
TEMA : SELERA MALAYA


Kali ini Along Murni(AM) ingin menjengah salah sebuah Buffet Ramadhan yang dikatakan sangat WOW dari segi kesedapan makanannya. KL Journal yang berlokasi betul-betul di tengah ibu kota dan berdekatan dengan shopping mall. Memang strategik kan?? Boleh gunakan kenderaan awam seperti Monorail dan MRT Bukit Bintang untuk menjamu selera di Kedai Kopi Journal. Buffet Ramadhan disediakan di Kedai Kopi Journal, betul-betul di tingkat bawah KL Journal. Tema Buffet Ramadhan di sini adalah ‘SELERA MALAYA’.



Memandangkan tema yang dibawakan kali ini ialah Selera Malaya, jadi Kedai Kopi Journal menyediakan variasi hidangan klasik dan moden Malaysia untuk memenuhi selera warga Malaysia. Antara contoh hidangan ialah kari kepala ikan, ikan pari asam pedas, rending daging, ayam kapitan & percik, kambing masak kurma, soto ayam, tom yam seafood, otak-otak Muar, kuih-muih, kaunter Lok-lol, kaunter ulam-ulaman, rojak buah, pasembur, keropok, chocolate fountain dan lain-lain lagi.










Apa yang menarik dan luar biasa sikit kat buffet Ramadhan di KL Journal Hotel ni bagi AM adalah ruangan “Lok-lok Stop”. Dekat Lok-lok Stop ni, terdapat  lebih dari 30 pilihan skewer yang boleh dipilih tau!! Ditambah pula dengan sosnya yang betul-betul mantap dan pasti buat AM tak tidur malam dek kerana penangan sosnya!!





Tapi ada menu di sini yang akan buat AM untuk kembali datang ke Kedai Kopi Journal.. Semestinya Kari Kepala Ikan. Memang meletop wowww!! Dah tak pandang kiri kanan dah bila rasa keenakan kari kepala ikan Kedai Kopi Journal nie.. Bertambah-tambah mangkuk kuah dan kepala ikan AM seorang yang habiskan tau!!


Untuk mencuba keenakan dan keunikan makanan di sini, boleh datang ke:

Selera Malaya di Kedai Kopi Journal
The Kuala Lumpur Journal Hotel
No.30 Jalan Beremi,
Off Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur

Harga
RM118nett Dewasa
50% OFF Kanak kanak berumur 11 tahun kebawah
Percuma Kanak kanak berumur 5 tahun kebawah

Untuk Tempahan
Email : fbm@kljournal.com
Telefon : 0321102211

Facebook
www.facebook.com/thekljournal
Instagram


KATA ALONG MURNI:

MENU-MENU DI KEDAI KOPI JOURNAL, KL JOURNAL MEMANG MENARIK TERUTAMANYA KARI KEPALA IKAN.. TEPAT DENGAN TEMA 'SELERA MALAYA' KERANA MENU-MENU YANG DIHIDANGKAN KLASIK DAN SANGAT JARANG-JARANG DIDAPATI.. JOMM SINGGAH KEDAI KOPI KL JOURNAL!! KITA PEKENA KARI KEPALA IKAN!! MEMANG WOWWW!! WALAA!!

1 comment:

Mar Mansor said...

meriahnya hidangan.makan sampai kenyang.
JanjiKita