DOMINO'S PIZZA: SOS SAMYEANG TERBARU.


DOMINO'S PIZZA:  SOS SAMYEANG TERBARU.

RENCAH MASAKAN DI RUMAH



Pizza Samyang Domino's yang telah diperkenalkan mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat umumnya. Rentetan dari itu, Domino's Pizza kini mengeluarkan sos samyeang buat peminat-peminat sos samyeang korea. Jadi Along Murni (AM) telah mencuba sos samyeang terbaru ini di cawangan Domino's Pizza Shah Alam.


Sos Samyeang terbaru diilhamkan hasil cetusan rakyat Malaysia yang sukakan makanan dan budaya Korea. Domino's Pizza telah melancarkan Pizza Samyeang dan Ayam haseyo baru-baru ini dan produk tersebut telah mendapat sambutan hangat dari pencinta pizza.  Ayam haseyo merupakan  sayap ayam yang dibakar dengan limpahan sos Samyeang yang menggabungkan kedua rasa  manis dan pedas yang sempurna.


Ayam Haseyo
Sos Samyeang adalah hasil gabungan rasa masakan Korea .AM sangat menyukai rasanya yang manis dan rasa pedas. Mantap wooo pedasnya!!

Proses penghasilan Sos Samyeang terbaru mengambil kira-kira enam bulan untuk disiapkan. Ini untuk memastikan bahawa sos baru mengekalkan rasa asli Korea yang dapat menepati citarasa rakyat Malaysia.

Sekarang rakyat Malaysia akan berpeluang menikmati Sos Samyeang terbaru dengan mana-mana hidangan kegemaran masakan di rumah kerana kini terdapat dalam botol yang senang di bawa. Contohnya Bila Sos Samyeang ini dimasukkan dan dijadikan sebagai rencah dalam mee goreng atau bihun goreng rasanya memang meletop wooo!! 

Sos Samyeang juga telah ditambah dalam menu pizza Domino's Samyeang yang boleh didapati dalam tiga jenis iaitu Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Chicken Pizza dan Samyeang Beef Pizza.

Samyeang Chicken Pizza
Samyeang Beef Pizza

Samyeang Tuna Pizza





Sos Samyeang yang kini boleh didapati di semua cawangan Domino’s dengan harga RM19.90 untuk add on atau RM24.90 untuk ala carte. Ingin maklumat lanjut boleh lawati www.dominos.com.my .



KATA ALONG MURNI:

WALAUPUN AM TAK TAHAN MAKAN PEDAS 
NAMUN RASA PEDAS MANIS YANG TERDAPAT DALAM 
SOS SAMYEANG BENAR-BENAR MEMIKAT AM. 
KALAU DIMASUKKAN SEBAGAI RENCAH DALAM MASAKAN 
PASTI MENGUNDANG SELERA!!
JOMM KITA KE DOMINO'S PIZZA DAN
 JANGAN LUPA UNTUK MEMILIKI SEBOTOL SOS SAMYEANG 
UNTUK DIBAWA BALIK YEA..

Post a Comment

3 Comments

  1. kena pi Domino dan cuba sekali! done follow no 54.

    ReplyDelete
  2. bestnya makan domino !! lama tak singgah. Nak cuba lah sos samyeang nie <3

    ReplyDelete
  3. Walaaaa..sedapnyaaa ...belum dpt cuba lagi domino samyeng ni..sekali tengok ni, adeii kecur plak kitaaa...

    ReplyDelete