FASHION ON WHEELS (FOW) : TRAK FESYEN PERTAMA MALAYSIA


FASHION ON WHEELS (FOW) TRAK FESYEN PERTAMA MALAYSIA

AM DI MAJLIS PELANCARAN FASHION ON WHEELS
Tengok pada tajuk pun dah tau kan?? Keterujaan Along Murni (AM) bertambah apabila buat julung-julung kalinya Lenny Farina Hazree yang merupakan pengasas Fashion On Wheels (FOW) telah mewujudkan trak fesyen pertama Malaysia. 

PENGASAS FOW: LENNY FARINA HAZREE
AM sempat ke majlis Fashion On Wheels (FOW) bertempat di Tasik Perdana Kuala Lumpur. Dengan tema 'Ini baru Raya' dan berkonsepkan 'Back to Nature' , majlis berlangsung seolah-olah pesta di dalam hutan rimba!! memang menarik tau!



Pengasas FOW berkata, kewujudan Fashion On Wheels iaitu fashion truck yang telah di ubahsuai, merupakan alternatif kepada mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi bershopping baju raya, kasut, beg, minyak wangi dan sebagainya.



 Tercetusnya FOW adalah bagi memudahkan pengguna untuk membeli busana menjelang musim
perayaan Aidilfitri. Dengan hampir 15 jenama popular di Malaysia, nantikan trak merah jambu FOW
yang akan bersingah ke 12 lokasi di sekitar Lembah Klang.


Dengan adanya FOW, para pengguna boleh memilih fesyen terkini hari raya tanpa perlu ke manamana. Trak FOW akan datang ke tempat yang telah dipilih dan orang ramai boleh membeli-belah dengan mudah. Hanya perlu pergi ke 12 lokasi hotspot terpilih!!


 AM rasa seronok dapat pilih-pilih baju atas truck. Malahan bilik persalinan juga disediakan. Kiranya AM boleh pilih baju, mencuba yang berkenan di hati dan pembayaran boleh dibuat samada cash ataupun kredit kad. Mudah bukan?? Koleksi-koleksi baju dan barangan yang terdapat di sini sama kualiti yang terdapat di butik mahupun pasaraya. Harganya pun memang berbaloi tau!!.







FOW Menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah bumbung trak FOW meliputi pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. Jenama yang terlibat ialah Minaz, Jameqha,Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar,Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf,Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.




Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula
puku 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berkahir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman
Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Berikut merupakan jadual pergerakan
FOW:
BIL
TARIKH/WAKTU
LOKASI

1
21 Mei 2018
10am – 5pm
Surian Tower, Damansara

2
22 – 24 Mei 2018
10am – 5pm
Menara TM, Bangsar

3
25 Mei 2018
10am – 5pm
Surian Tower, Damansara

4
26 – 27 Mei 2018
4pm – 10pm
ShangRi-La, Kuala Lumpur

5
28 – 29 Mei 2018
10am – 5pm
JKR Tower, Kuala Lumpur

6
30 Mei 2018
10am – 5pm
Sri Pentas, TTDI

7
31 Mei 2018
10am – 5pm
NSTP, Bangsar

8
1 – 3 Jun 2018
4pm – 10pm
SACC, Shah Alam

9
4 – 5 Jun 2018
10am – 5pm
Avenue K, KL

10
6 – 8 Jun 2018
10am – 5pm
Kompleks Kerajaan, Putrajaya

11
9 – 10 Jun 2018
4pm – 10pm
Pullman Lakseide, Putrajaya


KATA ALONG MURNI:

AM RASA TERUJA MEMBELI BELAH DI ATAS TRAK!! 
SESUATU YANG UNIK DAN DEKAT DENGAN PELANGGAN. 
TAK PERLU BUANG MASA KE PUSAT BELI BELAH
 HANYA NANTIKAN TRAK PINK DI KAWASAN BERHAMPIRAN AM SAHAJA!! 
JOMM SHOPPING RAYA BERSAMA DENGAN FASHION ONJ WHEELS (FOW)

Post a Comment

1 Comments