JUST SEAFOOD : SAJIAN CITARASA TERKINI


RESTORAN JUST SEAFOOD : SAJIAN CITARASA TERKINI

RESTORAN MAKANAN LAUT

PENUH RASA, ADA STAIL DAN VARIASI MENU.


Mesti ramai yang sangat menggemari makanan laut yang terdiri daripada Ketam, udang, sotong, kerang dan kupang. Along Murni (AM) juga tidak terkecuali. Kali ini AM menjengah Restoran Just Seafood yang menawarkan sajian masakan laut seperti shellout. Cuma yang menjadi perbezaan adalah Restoran  Just Seafood memberikan citarasa terkini dengan menggabungkan makanan laut dengan pelbagai jenis kuah.


Restoran dua tingkat ini mampu memuatkan 80 hingga 100 pelanggan pada satu-satu masa. Bagi pelanggan yang ingin mengadakan parti atau jamuan tertutup, Restoran Just Seafood turut menyediakan ruang di tingkat atas yang mampu memuatkan kira-kira 50 pelanggan.


Just Seafood mengutamakan aspek kebersihan dan menggunakan bahan yang HALAL bagi menarik lebih ramai pengunjung Melayu yang gemarkan konsep shell out.


Bagi memberi kelainan, Restoran Just Seafood mengimport ketam dari Indonesia dan kupang (Chile), selain tiram (Amerika Syarikat) untuk memastikan kualiti bahan masakan terjamin.

Antara menu yang sempat AM nikmati dan rasai di Just Seafood ialah :

NASI LEMAK CAJUN



Gabungan Makanan Laut bersama dengan Nasi Lemak pastinya menarik dan membuka selera untuk mencuba. Bau Nasi Lemak yang harum dengan kepekatan Cajun Sos membuatkan AM teruja untuk mencuba setiap hidangan di depan mata. WAhhhh!! Memang sedap dan brsuap-suap AM makan tanpa melihat kiri kanan. Ditambah dengan kemanisan dan kesegaran makanan laut membuatkan AM terbuai-buai menikmatinya!! AM memang sangat sarankan para peminat makanan laut untuk mencuba Menu Nasi Lemak Cajun ini.





CREAMY DURIAN SAUCE SEAFOOD


Creamy Durian Sauce Seafood – Just Seafood baru saja memperkenalkan sos berperisa durian terbaru daripada Just Seafood pada 15 April 2018 yang lepas. Mulanya AM merasa pelik bila memikirkan durian digabungkan dan dimakan bersama makanan laut. Sesuatu yang tak pernah dibuat orang dan membuatkan AM teruja untuk mencuba kreativiti  dari segi makanan laut ini.  Hakikatnya rasa Creamy Durian Sauce Seafood sememangnya sedap dan kombinasi antara seafood dan durian adalah seimbang. Dengan tambahan 'sweet bun' yang sedap buat AM mencicah kuah sosnya yang creamy tue!!



sweet bun


Mr. Terence Ham yang merupakan pengurus Restoran Just Seafood  memaklumkan yang ilham gabungan durian dan makanan laut datang dari fenomena ‘kegilaan’ masyarakat Malaysia terhadap durian. Ternyata usaha dan kreativiti yang ditonjolkan bersama dengan chef-chef yang lain ternyata mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Walaupun baru saja beroperasi, restoran ini sudah mempunyai pelanggan tetap.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali, orang atau kumpulan yang sama, pasti berkunjung ke restoran ini, terutama tetamu asing dari Amerika Syarikat, Perancis dan Itali. "Selain menggemari makanan laut, mereka tertarik dengan tiram hidup yang kami sajikan. Apabila bersembang, mereka memberitahu, sukar memperoleh tiram segar di kawasan Lembah Klang. Namun, apabila berkunjung ke sini, kami mampu memenuhi selera mereka, seolah-olah berada di negara sendiri," kata Terence.


Lokasi:
 A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14,
 Dataran Sunway, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Setiap hari, jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam.



KATA ALONG MURNI:


Sebagai peminat tegar makanan laut, 
AM sangat sarankan untuk datang merasai dan 
menikmati setiap hidangan yang disajikan 
di RESTORAN JUST SEAFOOD. 
Memang berbaloi untuk mencuba!! 
Jomm reramai bawa ahli keluarga dan rakan-rakan 
ke RESTORAN JUST SEAFOOD!!! walaaa!!




Post a Comment

0 Comments