TELUR PREMIUM ASTAXANTHIN : JADI PILIHAN RESTORAN MAKCIK KIAH (MCK)


TELUR PREMIUM ASTAXANTHIN : 
JADI PILIHAN WARUNG MAKCIK KIAH (MCK)
MENU BERKUALITI DAN DIJAMIN SIHAT.



Kali ini Along Murni (AM) telah dijemput hadir untuk bersama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa yang akan dianjur oleh Premia International Sdn Bhd. Majlis akan berlangsung di Warung Makcik Kiah (McK), Sri Petaling pada hari Jumaat, 18hb. Mei 2018 bersamaan 2 Ramadan 1439 bermula jam 6:00 – 8:30malam.

Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan kedatangan Ramadan Mubarak serta beramah mesra dengan
media dan blogger. McK juga akan memperkenal menu-menu baharu makanan laut segar terus dari Sandakan pada bulan Jun 2018 ini.

LATARBELAKANG WARUNG MAK CIK KIAH

AM BERSAMA DATO PADUKA SYED ISA SYED ALWI

Restoran McK telah beroperasi sejak lima (5) bulan yang lalu di Sri Petaling hasil ilham daripada Y.Bhg. Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi (Pengarah Urusan, Premia International Sdn Bhd) yang diinspirasikan daripada Allahyarhamah ibunya Cik Kiah yang dikenali ramai dengan masakannya di Kuantan lebih empat (4) dekad yang lalu.



McK menyediakan pelbagai masakan tempatan dan Thailand bermula dari jam 11 pagi hingga jam 10
malam. Selain daripada menjamu selera di warung McK, pelanggan juga boleh menempah melalui Food Panda. McK menerima pembayaran tunai dan pembayaran online seperti Fave.

Warung McK adalah milik penuh Premia International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang bergiat aktif dalam pengeluaran, mempromosi dan pemasaran natural astaxanthin sejak 2006. Syarikat ini
menjalankan operasi difasiliti berkeluasan 5 ekar di Taman Teknologi Park Malaysia (#1 di Asia Tenggara) bagi pengeluaran natural astaxanthin. Syarikat juga mengeluarkan pelbagai produk kesihatan termasuk kosmetik dan makanan tambahan berasaskan astaxanthin.



Diantara produk popular keluaran syarikat ini adalah Telur Premium Astaxanthin dan Suplemen Asta EX-Plus. Telur Premium Astaxanthin kini boleh didapati di pasaraya-pasaraya seperti Jaya Grocer, Village Grocer, Mydin Sam’s Groceria, Ben’s, Redthick, Hock Choon, dsb. Manakala suplemen Asta-EX Plus boleh didapati di rangkaian farmasi Alpha, Healthlane, Planet, AEON, Pharmaniaga dan lain-lain farmasi persendirian.

BUFFET RAMADAN

Terdapat lebih 25 jenis makanan akan dihidangkan dalam buffet Ramadan disediakan dari pelbagai jenis masakan termasuk beberapa masakan tradisional pelbagai etnik Malaysia oleh Chef McK yang berpengalaman dalam masakan lebih dua puluh (20) tahun. 






Selain daripada hidangan ayam, daging, ikan, udang dan sotong, keistimewaan hidangan buffet McK adalah dengan adanya pelbagai masakan telur premium astaxanthin seperti masak balado dan lain-lain yang diketahui sangat baik untuk kesihatan kita.








Telur astaxanthin ini adalah kaya dengan anti-oksida yang berfungsi sebagai anti-penuaan serta baik untuk mata, otak, kardiovaskular, kesuburan dan memperkuat sistem imunisasi tubuh.












MAKANAN LAUT SEGAR DARI SANDAKAN.



McK memperkenalkan masakan makanan laut segar dari Sandakan. Makanan laut dari Sandakan memang terkenal dengan kesegaran dan lautnya yang bersih. Diantara makanan laut yang akan disajikan termasuk ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang laut, ketam bunga dan sebagainya. 

Kesemuanya akan diterbangkan harian dari Sandakan untuk dimasak segar oleh Chef dari dapur McK kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.



Semua maklumat tambahan berkaitan McK boleh didapati dihalaman www.facebook/warungmakcikkiah atau boleh menghubungi En. Rizal 017-2767273 atau email info@premia.com.my

KATA ALONG MURNI

MENU MAKANAN YANG TERSAJI DI RESTORAN MAKCIK KIAH (MCK) 
MEMANG SEDAP DISAMPING KUALITI DAN MEMENTINGKAN KESIHATAN. 
AM SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG BERSAMA KELUARGA DAN 
RASAI SENDIRI KUALITI MAKANAN YANG DISEDIAKAN. 
MEMANG BERBALOI-BALOI !!
MAKAN BUKAN SAHAJA UNTUK HIDUP MALAHAN MAKAN UNTUK SIHAT!

Post a Comment

0 Comments