TOSCANA MEDI CLINIC (TMC)
KEREMAJAAN TANPA BATASAN
PENEMUAN PERUBATAN TERKINI: PLATELET RICH PLASMA (PRP)
Dari Kiri (Dboy Ahmad, Marcus Osmand, AM, Asyraf Asri) |
Kali ini Along Murni (AM) menerima undangan dari Mr Marcus Osmand untuk melihat sendiri dari dekat dan secara 'live' penemuan perubatan terkini dalam meremajakan kulit.
Penemuan perubatan terkini telah menemukan sejenis perawatan yang semula jadi untuk memulihkan kesakitan & kecederaan yang dikenali sebagai Terapi Platelet Rich Plasma (PRP). Terapi PRP adalah selamat dan efektif dalam merawat pelbagai jenis kecederaan kulit, otot, tendon dan tulang. Terapi ini sesuai bagi kita yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah bebas dadah dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang lebih singkat.
Terapi PRP mnggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil dari sedikit darah kita. Platelet dalam darah kita berfungsi memebebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai 'Growth Factor'. Secara terkumpul, ia akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan & tisu rosak. Ia meransang proses pemulihan dan kawasan yang menerima rawatan.
Rawatan ini tidak menggunakan bahan kimia untuk disuntik ke dalam badan sebaliknya menggunakan plasma yang diambil daripada badan kita sendiri. Kiranya kita gunakan darah kita sendiri dan bukan darah orang lain. Kesan sampingan boleh dikatakan tidak wujud kerana badan kita tidak mungkin menolak plasma dari badan sendiri.Oleh itu rawatan ini diyakini selamat kerana darah yang diambil dari badan kita akan diproses untuk menjadi 'stem cell' yang digunakan untuk rawatan ini. Bunyi macam menakutkan sebab melibatkan darah kan? tetapi ianya sangat-sangat selamat dan berkesan..

Bye Bye Scars Demo Oleh Dr Kanwill Gill.
Rawatan Bye Bye Scar dengan menggunakan kaedah
laser dan suntikan PRP ini adalah pilihan kebanyakkan orang ramai khususnya
selebriti di seluruh dunia. Ini adalah rawatan yang sama sekali tidak mempunyai
kesan sampingan malah memberi kesan serta merta. Rawatan Bye Bye Scars ini bukanlah menggunakan laser yang meninggalkan kesan kulit terbakar dan rasanya tak sakit pun sebab dah diletakkan 'cream kebas' sebelum rawatan dimulakan.
Dr Kanwill Gill memberi informasi sebelum memulakan sesi |
Vampire Bloody Facials oleh Dr Lashela
Siapa yang tidak takut apabila jarum suntikan disuntik di bahagian muka. Bukan satu atau dua, tetapi lebih daripada lima jarum suntikan pada satu masa.
Namun, melihat kesan positif yang diperolehi selepas melihat sendiri kaedah rawatan vampire ini, ia membuatkan AM semakin yakin dengan teknik rawatan biarpun prosedur yang dilakukan sedikit menyakitkan.
Dr Lashela memaklumkan kepada AM yang Platelet membantu tubuh memperbaiki diri kita dengan melepaskan elemen pertumbuhan, merangsang sel kulit untuk menghasilkan tisu baru, selain meningkatkan tona kulit serta kadar pengeluaran kolagen. Ini membantu kulit tumbuh semula dengan sihat, kelihatan lebih bersemangat dan berisi. Tambah beliau lagi, ianya berrgantung kepada individu dengan anggaran tempoh pemulihan dalam 2-3 minggu.
Result akan nampak dalam tempoh 3 minggu rawatan dan kulit kita harus lebih anjal dan licin. Kulit secara beransur-ansur akan bertambah baik pada bulan-bulan berikutnya dan hasilnya dapat dilihat dalam jangka masa selama 18 bulan. Walau bagaimanapun rawatan tambahan diperlukan untuk kulit mengekalkan kesihatannya.
Bengkak dan lebam yang minimum mungkin kelihatan sehingga seminggu selepas rawatan tetapi ini akan mereda. Rawatan ini adalah rawatan yang lebih selamat daripada kaedah anti penuaan lain kerana ia adalah semulajadi.
Pada asalnya, kaedah rawatan vampire ini sering digunakan di dalam perubatan terutamanya penyakit-penyakit kronik seperti pembedahan jantung, ortopedik dan urologi, namun disebabkan skop perubatan ini semakin meluas, ia kemudian mula digunakan oleh atlet-atlet untuk merawat tisu ligamen dan tendon yang terkoyak.
Dengan kemajuan dalam perubatan, terapi PRP mampu mengekstrak larutan plasma tinggi platelet dan memberikannya terus ke tempat yang ingin di rawat dengan menyuntik larutan platelet yang diambil dari darah pesakit, ia akan mengandakan keupayaan tubuh badan untuk sembuh.
Sebenarnya, bermula pada tahun 2000, rawatan ini mula
digunakan dalam bidang perubatan estetik terutamanya untuk merawat parut pada
wajah selain mengekalkan keremajaan kulit.
Bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu
rawatan dijalankan, individu dilarang untuk mengambil ubat cair darah atau jamu
sekurang-kurangnya tiga hari sebelum rawatan.
Berminat nak turut serta boleh hubungi :
Toscana Medi
Clinic Publika Solaris
Block D5-G4-01
& 02,
Solaris Dutamas
(Publika)
No:1 Jalan Dutamas
1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866
Email : info@toscanamed.com
Laman web : www.toscanamed.com/
Facebook : https://www.facebook.com/toscanamed/
Instagram : https://www.instagram.com/toscana_mediclinic/
Instagram : https://www.instagram.com/toscana_mediclinic/
SATU PENEMUAN PERUBATAN TERBARU YANG DIYAKINI
SELAMAT DAN SEMULAJADI.
CUMA BILA DENGAR JARUM MESTI RAMAI YANG GERUN..
TAPI DEMI KECANTIKAN KEREMAJAAN KULIT,
BOLEH CUBA DAN AM JUGA TERUJA UNTUK MENCUBA!!
JOMM RERAMAI FOLLOW AM KE TOSCANA MEDI CLINIC..
JOMM MEREMAJAKAN KULIT SECARA BERJEMAAH!!
1 Comments
Amboi ptt lawa sokmo, treatment kt spa. Hehe. Xpernah pun buat treatment😀
ReplyDelete