TRAVELOGUE PULAU: KEJORA GARDEN RESORT


TRAVELOGUE PULAU: KEJORA GARDEN RESORT
RESORT 3 BINTANG
SANTAI


Kali ini Along Murni (AM) bersama team BORAKKITA dalam TRAVELOGUE PULAU sempat singgah di KEJORA GARDEN RESORT. Kejora Garden Resort terletak di kawasan pantai Pasir Bogak yang mengambil masa cuma 5 minit untuk berjalan kaki, 2km dari Jeti Pangkor dan 10 minit memandu ke Teluk Nipah. Kejora Garden Resort :
  • Boleh memuatkan 120 orang pada satu-satu masa.
  • Jenis bilik: Deluxe (8 unit) dan Superior (32 unit).

Kejora yang terletak di Pasir Bogak, Pulau Pangkor ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung yang telah melantik Asmadi Teh, seorang usahawan resort pelancongan yang berpengalaman untuk menguruskannya.

Setibanya AM dan team BORAKKITA di sini, kami dijamukan dengan menu-menu hidangan yang menjadi rutin makanan penduduk Pangkor. Ya, semestinya laksa Pangkor!! dan cucur udang yang ada udang seekor di dalamnya!! ada juga menu-menu biasa lain. 

cucur udang







Kejora menawarkan tiga pakej utama iaitu pakej mesyuarat, pakej keluarga dan pakej pelajar dan setiap daripada pakej ini dengan harga seorang dari RM80 ke atas

Kemudahan-kemudahan Resort termasuk Jamuan, Restoran, Kolam Renang, tv dan pancuran mandian air panas di setiap bilik dan Internet Wi-Fi.Resort ini sesuai untuk Kumpulan program-program seperti hari Keluarga, mesyuarat, perjalanan Syarikat dan Seminar. Kejora Garden Resort sesuai untuk Program Hari Keluarga, Program Seminar dan Program Mesyuarat.

AM menginap Superior Room with 1 king size bed and 1 single bed. Bilik AM juga dilengkapi dengan balkoni betul-betul menghadap dewan dan tapak program rekreasi aktiviti untuk pengunjung yang datang. Kawasan sekitar Kejora Garden Resort agak klasik dan penuh dengan 'viewmark' yang unik tau. 





Pada malam harinya juga disediakan Pakej Santai untuk BBQ berlokasi di Pool Kejora Garden Resort. Sambil sembang-sembang santai bersama sahabat boleh menjamu selera. Untuk info semua kalau melihat kawasan sekitar jam 10 malam kawasan sekitar mulai sunyi sepi cuma ada beberapa restoran makan sahaja beroperasi. 









Untuk tempahan bilik boleh hubungi di 

Kejora Garden Resort
Pulau Pangkor
Lot 15, Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Perak.
Tel: 05-6852526




Ribuan terima kasih kepada BORAKKITA.COM dengan kerjasama TOURISM PERAK kerana sudi menjemput AM. Penghargaan juga buat PERODUA MALAYSIA, CANON MALAYSIA, 888 TEACOFFEE, DESA ALAM BATEK, MAMMA MIA SKIN CARE DAN MOD GEAR kerana menaja TRAVELOGUE PULAU kali ini.

KATA ALONG MURNI:

KEJORA GARDEN RESORT ADALAH RESORT BERTARAF 3 BINTANG. 
HANYA MENSASARKAN KEPADA PAKEJ-PAKEJ MURAH 
UNTUK BERMESYUARAT, AKTIVITI SANTAI BERSAMA KELUARGA, 
PAKEJ PELAJAR/PEKERJA DAN 
SESUAI UNTUK AKTIVITI SEPERTI TEAMBUILDING.




Post a Comment

0 Comments