TRAVELOGUE PULAU: SF WATERSPORT


TRAVELOGUE PULAU: SF WATERSPORT
AKTIVITI SUKAN AIR

Mengimbau kenangan

Teringat memori manis dan penuh dengan seribu pengalaman Along Murni (AM) bersama dengan #traveloguemalaysia yang dianjurkan oleh BORAKKITA.COM di bawah kelolaan SF Watersport.


Setelah selesai bersarapan di Puteri Bayu Beach Resort (nak tau pengalaman dan pakej menarik AM di Puteri Bayu Beach Resort noleh Klik di sini (TRAVELOGUE PULAU : PUTERI BAYU BEACH RESORT). Tepat jam 8 pagi, sebuah bot laju di bawah kelolaan SF Watersport mula mengambil kami untuk ke Pasir Bogak.


SF Watersport menawarkan aktiviti sukan air yang menyeronokkan  dan mencabar. SF Watersport merupakan perintis-perintis dalam menyediakan aktiviti-aktiviti sukan air kepada pengunjung yang datang ke Pulau Pangkor.  Pelbagai aktiviti menarik telah AM cuba, antaranya adalah:

PERMAINAN PELAMPUNG GERGASI



Wah!! Lihatlah, ada pelbagai jenis pelampung yang unik dan nampak lasak. AM teruja untuk mencuba. Untuk pengetahuan semua, AM sebenarnya memang tak pandai berenang. Jadi aktiviti yang melibatkan air memang sedikit sebanyak menakutkan AM. Tapi kali ini, AM dah tekad untuk mencuba semua aktiviti sukan air ini untuk menghilangkan ketakutan AM kepada aktiviti sukan air. Semestinya kawan baik AM iaitu ‘Life Jacket’ menjadi peneman dan sahabat baik sepanjang masa AM melakukan aktiviti.

1) Pelampung Big Marble
2) Pelampung Poparazzi
3) Pelampung High Roller
4) Mega Slice






Semasa melakukan aktiviti #sfwatersports , #alongmurni dan @dboy_studio , @zharif93 , @siennylovesdrawing , @asyrafasriey , @amediartist , @encikpinkinsta sangat berterima kasih pada 1) @mamamiaskin_hq kerana menaja serum/sunblock .. 2) @desaalambatek kerana menaja batik pants dan bandana.. 3) @canonmalaysia kerana menaja kamera jenis 80d & m6 4) @modgear.co kerana menaja hijab Kredit video: #dboystudio Jadi, segala aktiviti dapat dilakukan dengan selesa & penuh warna warni.. terima kasih !!! Terima kasih pada semua pihak yg menyokong #traveloguepulau , pihak berkuasa tempatan @Majlisperbandaranmanjung dan @TourismPerak.. #travelogueisland #bloggermalaysia #travelblogger #percutian #islandcruise #pulaugiam #traveloguemalaysia #pangkor #tourismperak #modgear #mamamiaskin #rrkn #desaalambatek #canonmalaysi #888teacoffee #tourismperak #mpm
A post shared by ALONGMURNI (@murni4485) on

Seterusnya AM dan team menaiki semua bot laju untuk pusing-pusing melihat keindahan dan keunikan kawasan pantai di Pulau Pangkor

MELIHAT HIDUPAN LAUT DAN KAWASAN SEKITAR PANTAI
1) Timun Laut.
2) Landak  Laut

Am dimaklumkan yang timun laut nie akan mengeluarkan lendir putih yang amat banyak bila rasa terancam. 

SNORKELING


Destinasi seterusnya adalah AM dibawa ke tempat snorkeling. Pihak SF Watersport menyediakan ‘Goggle’ bagi memudahkan AM dan team dapat melihat kehidupan laut dengan lebih jelas. Dalam takut-takut AM nak ber’snorkeling’ , AM mencuba juga. Memang rasa tak rugi AM mencuba bila dapat melihat kehidupan laut seperti ikan-ikan berenang-renang secara berkumpulan!! Menang indah ciptaan makhluk ciptaan Allah nie. Banyak spesis-spesis ikan yang hidup di sekitar kawasan snorkeling nie. AM dapat melihat dengan jelas dengan menggunakan goggle. Selain itu, AM berpeluang memberi makan kepada kehidupan laut di sini. Berebut-rebut ikan-ikan  makan roti-roti yang diberi oleh AM. Seronok betul!!


A post shared by ALONGMURNI (@murni4485) on


MAKAN TENGAHARI DI PULAU GIAM


Kemudiannya AM dibawa ke Pulau Giam. Di sinilah AM dan team menjamu makan tengahari. SF Watersports bekerjasama bersama Puteri Bayu Beach Resort bagi menyediakan pakej makan tengahari dan sebahagian yang ditawarkan selain dari pakej SF Watersport


Sejuk-sejuk dengan tiupan angin pantai memang buat AM bertambah-tambah makan. Rasa tenang jer AM menjamu selera sambil pemandangan menghadap pantai  dan di bawah rimbunan pohon. Tambahan pula menu makanan yang disediakan oleh Puteri Bayu Beach Resort memang sedap-sedap belaka.

Ribuan terima kasih kepada BORAKKITA.COM dengan kerjasama TOURISM PERAK kerana sudi menjemput AM. Penghargaan juga buat PERODUA MALAYSIA, CANON MALAYSIA, 888 TEACOFFEE, DESA ALAM BATEK, MAMMA MIA SKIN CARE dan MOD GEAR kerana menaja TRAVELOGUE MALAYSIA kali ini.


KATA ALONG MURNI:

AM BERJAYA MENGURANGKAN KETAKUTAN AM 
TERHADAP AKTIVITI SUKAN AIR. 
DIBAWAH KELOLAAN PIHAK SF WATERSPORT 
YANG PENUH DENGAN PENGALAMAN DALAM MENGENDALIKAN AKTIVITI SUKAN AIR INI,
 AM TAK PERLU GUSAR DAN TAKUT 
KERANA SEGALANYA DIPANTAU OLEH SF WATERSPORT.  










Post a Comment

3 Comments

  1. pulau panggkor kalau buat aktiviti air mmg best. lautnya cantik

    ReplyDelete
  2. aktiviti menyeronokkan.naik pelampung gergasi lagi.
    JanjiKita

    ReplyDelete