BATAS UBI DEER FARM: RESTORAN DIY GRILL - MENIKMATI GRILL DAGING RUSA ENAK


BATAS UBI DEER FARM, YAN KEDAH
MENIKMATI GRILL DAGING RUSA YANG ENAK.
RESTORAN DIY GRILL

Kali ini Kembara Along Murni (AM) di negeri Kedah ke Batas Ubi Deer Farm yang terletak di Yan Kedah. Apa yang menariknya di sini terdapat ladang ternakan rusa . Seronok betul AM bila dapat berinteraksi secara dekat dengan rusa.  AM berpeluang memberi makan kepada rusa-rusa yang jinak. Sempat AM belai-belai manja lagi rusa-rusa nie.. Padahal dalam hati takut kot kang tiba-tiba disondolnya AM dengan tanduknya itu!!


 


Di sini juga terdapat Restoran DIY GRILL  yang menyajikan daging rusa yang terdapat di Batas Ubi Deer Farm. Makanan dan minuman di sini memang segar dan asli tau!!.
Set untuk 4 orang  berharga RM 140 sahaja.
SET FOR 4 : RM 140
Menu DIY GRILL :
Minuman
- Tea Pudina
- Soda Herbs
Daging tuk DIY Grill
- Ayam
- Rusa
- Daging kambing
- RivEye Beef
- Nasi Arab
- Kerepek ubi pedas (sedap ranggup)
- Sup : Garlic bread & mushroom soup
- Ais krim 

kerepek ubi pedas

buah-buahan

garlic bread & mushroom soup




hidangan ini telah di perap terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sedap lagi. Bila hidangan disajikan bersama roti dan sup cendawan menjadikan ia lebih menarik dan tambah menyelerakan lagi. 


Daging yang digrill benar-benar manis tapi bukan disebabkan gula tau!! Disebabkan kesegaran daging yang diperap itu!




nasi arab


aiskrim



Berminat untuk rasa keenakan masakan di Restoran DIY Grill boleh hubungi:
BATAS UBI DEER FARM
Lot 2679, Kg Batas Ubi, Teroi, 06900 Yan, Kedah.
https://www.facebook.com/BatasUbis-Grill-1573088656110294/

Waktu operasi :
Setiap hari Jumaat dan Sabtu
Sesi 1 : 5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 2 : 8.00 malam - 10.00 malam

Tempahan selewatnya sebelum hari RABU setiap minggu
Minimum 4 orang setiap tempahan

Tempahan berkumpulan :
Dibuka setiap hari untuk 32 orang ke atas. Sekurang-kurangnya tempahan dibuat 2 hari sebelum hari kejadian.
TEL : 012-431 3635

KATA ALONG MURNI

SATU PENGALAMAN YANG MENYERONOKKAN 
DI SAMPING HIDANGAN YANG BENAR-BENAR ENAK DENGAN RASA ASLI 
DAN PERAPAN TERBAIK!! 
AM SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG SINGGAH 
DI BATAS UBI DEER FARM DAN RASAI SENDIRI KESERONOKKAN 
DAN MENJAMU SELERA DI RESTORAN DIY GRILL. P
ASTI MENGUJAKAN!!


Post a Comment

0 Comments