BUFFET RAMADHAN : HOTEL TENERA


BUFFET RAMADHAN : HOTEL TENERA
RAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN TAHFIZ
MAJLIS AMAL BARAKAH RAMADHAN (MABR)



Kesempatan Bulan Ramadhan ini, Along Murni (AM) hadir di Majlis Amal Barakah Ramadhan (MABR) yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi. Bersempena majlis tersebut, pihak Hotel tenera telah membiayai segala kos perbelanjaan MABR termasuk duit sumbangan kepada 5 buah rumah kebajikan yang terbabit iaitu :

·         Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
·         Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz
·         Rumah Anak Yatim Darul Izzah
·         Rumah Bakti Al-Kautsar
·         Pusat Asnaf Quranik Al-Ummah




Majlis seumpama ini diadakan bagi memperkukuhkan jenama Hotel Tenera di samping menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) kepada  golongan yang memerlukan.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KPF iaitu Puan Sakinah Salleh, MABR ini adalah bagi menyanjungi keberkatan bulan Ramadhan meraikan seramai 150 orang yang terdiri daripada rumah/pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak Tahfiz sekitar bangi dan kajang.



Wahh!! Bukan main seronok adik-adik ini merasai pelbagai menu hidangan timur dan barat ini. Alhamdulillah syukur dan semoga Hotel Tenera mendapat keluasan rezeki di bulan Ramadhan ini.

Antara menu-menu yang sempat AM jengah adalah:













Memang meriah dan pelbagai menu-menu hidangan di sini kan?? Semestinya yang menjadi pilihan AM adalah masakan kampung dan Dim Sum tue!! Masak lemak siput sedut dia mmg sedap wooo!!










Wahhh!! Pelbagai menu makanan laut pun terdapat di sini!! Serius memang sedap dn terbaik masakan di Hotel Tenera!! Memang berbaloi berbuka puasa di sini!!






Jom beramai-ramai berbuka puasa di Hotel Tenera bersama keluarga dan sahabat handai!! 

HOTEL TENERA
Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan 
Email : hoteltenera.kpf@felda.net.my



KATA ALONG MURNI:

AM SANGAT MENYANJUNGI USAHA HOTEL TENERA 
DALAM MENGADAKAN MAJLIS AMAL BARAKAH RAMADHAN (MABR) 
DENGAN MENJAMU ANAK-ANAK YATIM, GOLONGAN ASNAF DAN
 GOLONGAN TAHFIZ DI SAMPING MENYAMPAIKAN SUMBANGAN 
BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN MEREKA. 
SEMOGA HOTEL TENERA DIPERLUASKAN REZEKI DAN 
MENDAPAT MANAFAAT DAN KEBERKATAN 
DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI., INSYAALLAH!



Post a Comment

1 Comments