Tuesday, 5 June 2018

BUFFET RAMADHAN: KONTIKI RESTAURANT


BUFFET RAMADHAN: KONTIKI RESTAURANT
TEMA 'JUADAH KAMPUNG'
MAJLIS AMAL DAN SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN KURANG UPAYA
RUMAH NUR KASIH BESTARI


Untuk edisi terjah Along Murni kali ini, AM sempat ke Kontiki Restaurant berlokasi di Federal Hotel Kuala Lumpur. Yang menariknya Federal Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel tertua di Kuala Lumpur dan sebaya usianya dengan tahun kemerdekaan Malaysia iaitu kira-kira 61 tahun tau!!

Nama KONTIKI  dalam sejarah adalah rakit yang digunakan oleh Norway explorer dan penulis Thor Heyerdahl dalam ekspedisi 1947 beliau merentasi Lautan Pasifik dari Amerika Selatan ke pulau-pulau Polinesia..

Semasa pelancaran buffet Ramadan ini, Federal Hotel International (FHI) bersama-sama FHI Group Hotel melalui Hotel The Federal KL dan Hotel The Capitol KL turut menjemput dan mengalu-alukan sekumpulan anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.







Rumah  Nur Kasih Bestari ini menempatkan 50 kanak-kanak dalam anggaran usia enam hingga 16 tahun yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak yatim selain anak-anak kurang upaya. Rumah Nur Kasih Bestari ini terletak di Segambut dan diilhamkan oleh Puan Nurul pada 2009.
Anak-anak ini diraikan bukan setakat dengan aneka hidangan makanan, bahkan turut diberikan sumbangan duit raya sebagai berkongsi kegembiraan dan keberkatan bulan Ramadan. Seronok betul AM tengok anak-anak ini menerima duit raya!!



Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.






Terdapat juga 8 gerai yang disediakan di Kontiki Restaurant dan AM dimaklumkan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Semestinya gerai ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan menjadi tarikan orang ramai.




Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga  
  • RM138nett/dewasa
  •  RM35nett/kanak-kanak
  • RM69nett/warga emas. 

Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club .


'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Beliau memperkenalkan keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Malaysia Pertama untuk dikongsi dan dirasai bersama  orang ramai. Federal Hotel Kuala Lumpur memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini kerana kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.



KATA ALONG MURNI:

MASAKAN KESUKAAN DAN CITARASA 
ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
MEMANG MENGAGUMKAN DAN SANGAT UNIK. TEMA 'JUADAH KAMPUNG' MEMANG AMAT BERSESUAIAN DENGAN 
MASAKAN ALA-ALA KAMPUNG YANG ENAK DAN LAZAT.
AM BERASA INISIATIF YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KONTIKI RESTAURANT UNTUK SAMA-SAMA BERKONGSI REZEKI DAN 
MERAIKAN ANAK YATIM PATUT MENJADI CONTOH MASYARAKAT UMUMNYA. 
DI SAMPING BERSAMA-SAMA MENGAMBIL KEBERKATAN BULAN RAMADHAN, KITA JUGA DAPAT MENYELAMI JERIH PERIH GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.




No comments: