Monday, 4 June 2018

BUTIK HAQQI: PILIHAN JUBAH RAYA 2018


BUTIK HAQQI: PILIHAN JUBAH RAYA 2018
PAKAIAN RAYA
SOPAN DAN ELEGAN


Perayaan Aidilfitri semakin menjelang tiba. Along Murni (AM) dah mula mencari pakaian yang bersesuaian untuk dipakai di hari lebaran. Semestinya AM ingin tampil sopan dan menutup aurat terutamanya di pagi raya. Niat hati ingin melawat kubur arwah ayah sebelum memulakan aktiviti melawat sahabat handai dan saudara terdekat. 



Kali ini, AM singgah di Butik Haqqi yang terletak di Bangi. AM ingin menjengah dan memilih pakaian yang bersesuaian untuk dipakai nanti. Kalau nak tahu, Butik Haqqi  ini sebenarnya merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah dan Baju Umrah.



Sebagai peneraju dan hab kelengkapan ibadah haji serta umrah mampu milik yang terbesar di negara ini, Haqqi dibangunkan bersama Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat menggunakan platform www.haqqi.com.my



Koperasi Tabung Haji Bhd (KTHB) dan Glass Go Media Sdn Bhd bekerjasama melancarkan portal membeli-belah “Haqqi” pada September 2016. Ia bertujuan memudahkan bakal jemaah haji dan umrah mendapatkan keperluan asas ibadah melalui pembelian di atas talian.



Selain menawarkan keperluan asas haji dan umrah seperti ihram, kitab dan buku panduan mengerjakan ibadah, portal Haqqi turut dilengkapi barang keperluan seharian dan fesyen meliputi pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak pelbagai jenama yang menepati hukum syariah.




Haqqi mewujudkan gaya hidup mudah menerusi pembelian di atas talian dengan paparan yang segar serta menyediakan perkhidmatan khidmat pelanggan yang berdedikasi bagi memudahkan proses pembelian.


Matlamat Haqqi adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi kepuasan para pelanggan. Haqqi akan sentiasa mengemaskini senarai pilihan barang jualan. Ia juga turut membuat tawaran dan potongan bagi jualan dengan harga berpatutan pada masa tertentu.


Antara jenama yang menjadi vendor di butik dan portal Haqqi ialah Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin dan Zareeth Zehra.

Punya la lama AM pusing-pusing kawasan sekitar butik yang punyai pelbagai pilihan jenis pakaian yang cantik-cantik dan menutup aurat di samping rekaan-rekaannya yang menarik. Akhirnya, AM berkenan pada Jubah jenis zip warna ‘Emerald Green’. Memang memikat hati AM. AM cuba dan ternyata ia sesuai dipakai dan selesa untuk AM bergerak agak lasak. hehehe.. Tapi yang menarik minat AM adalah rekaan zip pada bahagian lengan dan bahagian hadapan yang menampak elegen.. Pendek kata, memang AM berkenanlah!! Terus sambar!! harga pula menarik sebab promosi kan? 



Memang berbaloi membeli di Butik Haqqi ini. Butik Haqqi ini juga ada dibuka di Shah Alam dan TTDI.. Boleh la menjengah ke sana dan borong sakan tau sebab harga dan rekaan di Butik Haqqi memang menarik!! Berminat nak singgah di Butik Haqqi??

Alamat : Butik Haqqi Bangi,
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Bangi Sentral, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542

Laman Web : www.haqqi.com.my
Twitter : haqqi_official https://twitter.com/haqqi_official

KATA ALONG MURNI:

AM SUKA SANGAT DENGAN REKAAN PAKAIAN YANG TERDAPAT DI BUTIK HAQQI. DI SAMPING HARGA BERPATUTAN, CIRI ISLAMIK YANG ADA 
PADA SETIAP PAKAIAN BENAR-BENAR MENARIK MINAT AM. 
NANTI AM NAK JENGAH JUGA LAGI KE BUTIK INI 
UNTUK MEMBELI PAKAIAN RAYA UNTUK ANAK-ANAK PULA. 
PAKAIAN UNTUK ANAK-ANAK PUN MEMANG CANTIK 
DAN HARGA BERPATUTAN TAU!! JOMM BERAYA SAKAN DI BUTIK HAQQI.
 JANGAN LUPA SINGGAH YEA..

No comments: