Wednesday, 13 June 2018

JERAI GEOPARK: KEUNIKAN GEOLOGI BATUAN

JERAI GEOPARK: KEUNIKAN GEOLOGI BATUAN
BATUAN FORMASI JERAI
TAMADUN KEDAH TUA



Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, AM singgah di Jerai Geopark. Jerai Geopark merupakan salah satu geopark kebangsaan pertama di Malaysia dan kedua di negeri Kedah..

Geopark Jerai terletak dalam negeri Kedah dengan keluasan keseluruhan 816 kilometer persegi dengan keluasan daratan 501 kilometer persegi.Geopark Jerai merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan daerah Yan serta 5 pulau baki iaitu Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Sayak, Pulau Songsong dan Pulau Telur.



Faktor utama yang menjadikan kawasan Jerai sebagai geopark ialah keunikan aspek geologi batuannya, di mana terdapatnya batuan Formasi Jerai berusia Kambria yang tertua di Malaysia.
Selain itu, Gunung Jerai sendiri mempunyai tarikan yang tersendiri dari aspek geologi pembentukan, komposisi batuan dan kepentingannya dari aspek nilai sejarah, budaya dan tamadun.



Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuan Tamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok.



Jerai Geopark  menjadi pusat penghasilan biji besi terkenal dunia satu masa dulu.Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai ialah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi.


Terdapatnya kawasan hutan paya bakau bersebelahan pusat bandar untuk boleh dinikmati panoramanya, flora dan fauna. Jika masa yang lebih jangan lepaskan peluang menaiki tour boat sepanjang paya bakau ini.


Harga tiket :
PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi hingga 5 petang)



KATA ALONG MURNI. 

JERAI MEMANG PENUH DENGAN WARISAN DAN TINGGALAN LAMA 
YANG MEMPUNYAI SENTUHAN TERSENDIRI DAN NILAI TINGGI. 
AM SANGAT MENYOKONG PIHAK BERWAJIB 
BAGI MENDAULATKAN DAN MEMAKMURKAN NEGERI 
YANG KAYA DENGAN ARTIFAK DAN HASIL SENI INI. 
MOGA ANAK-ANAK MUDA MASIH MENGENALI DAN 
MENGHAYATI SETIAP PENINGGALAN YANG ADA INI. 

No comments: