KEDAH: HOTEL STARCITY

KEDAH: HOTEL STARCITY


Kali ini Kembara Along Murni (AM) ke Kedah di bawah kelolaan BORAKKITA dengan kerjasama TOURISM KEDAH. AM dan team bergerak ke Alor Setar dengan menaiki kereta. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar mengambil masa 5 jam. Perjalanan adak terkawal memandangkan kami bergerak pada jam 12 tengah malam.

Kira-kira jam 6 pagi kami tiba di Hotel Starcity. Hotel StarCity terletak di sepanjang Jalan Pintu Sepuluh di pusat Alor Star. Hotel ini mempunyai akses internet percuma di dalam bilik dan sebuah kafe. Tempat letak kenderaan percuma ada disediakan. Hotel StarCity adalah 15 minit jaraknya bila memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

 Kami sarapan pagi di Paddy Coffee House yang terletak di Lobi Hotel Starcity. Terdapat masakan tempatan dan barat dihidangkan di Paddy Coffee House.Antara menu-menu yang terdapat di sini adalah:















Kemudiannya AM dibawa ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan bersedia untuk aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilakukan di Kedah ini. 

Bilik-bilik di Hotel Starcity yang berhawa dingin dilengkapi dengan peti sejuk mini, TV berkabel dan kemudahan membuat kopi/teh. Surat khabar percuma dan pengering rambut juga disediakan.
Hotel ini menawarkan keselamatan 24-jam, perkhidmatan bilik dan perkhidmatan dobi. Perkhidmatan urutan ada disediakan di atas permintaan. 







Setelah penat melakukan aktiviti-aktiviti dan mengadakan lawatan di sekitar Alor Setar, AM dan team BORAKKITA makan malam dengan sajian khas dari Hotel Starcity iaitu Steamboat!! Nasi goreng homemade dari Hotel Starcity memang sedap!! 








Yang berminat untuk singgah di Hotel Starcity boleh hubungi nombor tertera ya!

HOTEL STARCITY
88 Jalan Pintu Sepuluh (218.75 mi)
Alor Setar 05100

04-735 5888

KATA ALONG MURNI

HOTEL STARCITY BERLOKASI STRATEGIK KERANA 
BERDEKATAN DENGAN SHOPPING MALL DAN
 MUDAH UNTUK KE LAPANGAN TERBANG. 
DENGAN KEDUDUKAN DI TENGAH-TENGAH BANDAR 
BANYAK KEMUDAHAN BERDEKATAN BOLEH DIDAPATI. BILA KE HOTEL STARCITY JANGAN LUPA UNTUK MENCUBA NASI GORENG 
DENGAN MENU STEAMBOAT YANG SEDAP NIE!!



Post a Comment

1 Comments

  1. follow here
    wahhh best nya makanan tu..aiya lapa terus haaa

    ReplyDelete