KENNY ROGERS ROASTERS KEMBALI DENGAN MENU MERIAH RAYA


KENNY ROGERS ROASTERS KEMBALI DENGAN MENU MERIAH RAYA
SAJIAN SIHAT , MENARIK DAN TERBAIK


Sepanjang Bulan Ramadhan ini, banyak betul undangan Berbuka Puasa. Baru -baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk singgah di Kenny Rogers Roasters (KRR) yang terletak di Pusat Beli belah Berjaya Times Square.

AM sangat suka makan ayam. Namun ayam di KRR disediakan secara sihat dan menyelerakan. Nak tau menu berbuka menarik kali ini di KRR sehingga membuatkan AM terjah ke KRR?? 


KRR memperkenalkan set hidangan Meriah Raya tau!! Nasi Tomato Menjadi sajian pilihan bagi menu Meriah Raya ini.. Kiranya KRR menampilkan hidangan tradisional dengan sedikit sentuhan moden melalui sajian terbaru Meriah Raya. Sajian Meriah Raya ini hanya boleh didapati sehingga 31 July 2018 sahaja tau!!



Meriah Chicken Meal
1/4 Ayam Masak Merah + Kenny's Nasi Tomato + 1 side dish + 1 Muffin Riang Raya
RM 20.50
Meriah Classic Meal
1/4 Ayam Masak Merah + 2 side dish
RM 15.50
Meriah OMG Meal
2 ketul Ayam Masak Merah OMG + Kenny's Nasi Tomato + 1 side dish + 1 Muffin Riang Raya
RM 23.50
Meriah Classic OMG Meal
2 ketul Ayam Masak Merah OMG + 2 side dish
RM18.50



Sementara menunggu waktu berbuka, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang bertuah yang yang menyertai ‘Kenny Rogers ROASTERS Malaysia Fortune Saranghaeyo Contest’. Para pemenang bertuah ini memenangi tiket percutian 4 hari 3 malam ke Korea Selatan Jeju, Busan, dan Seoul!!! Wahhh.. seronoknya!!  terbang bersama Traveloka tau!!



Bila tiba waktu berbuka, AM apalagi terus menikmati Ayam KRR yang sentiasa menjadi perhatian AM sejak dari tadi. AM nikmati setiap kunyahan sajian KRR sehinggakan sahabat di sebelah ajak berborak pun AM tak layann.. Hahahaha.. kejam benar AM.. Ini semua KRR punya pasal!! Sedap sangat!!




AM paling suka muffin Riang Ria perisa pandan dengan isi kelapa parut yang direndam bersama gula merah.. Memang terbaik tau!!

2 jenis air turut disajikan bersama menu Meriah Raya iaitu Kenny’s Sirap Bandung dan Kenny’s Frizzy Rose.

Buat yang ingin membuat pesanan KRR untuk dibawa pulang boleh juga nikmati keenakan juadah KRR Meriah Raya ni dengan pakej ‘KRR Meriah Take Home’ dengan harga RM59.90 sahaja. Jimat RM23 tau!! Pakej ni termasuk 1 Kenny’s Whole Chicken ATAU 6 ketul Ayam Masak merah, 4pcs Riang Ria  Muffin, 2 side dishes, 1 1.5L Coca Cola, dan 1 i.Care Bag bernilai RM10. Menarik dan berbaloi kan??



KATA ALONGMURNI

AM MEMANG SUKA MAKAN AYAM DI
 KENNY ROGERS ROASTERS (KRR) .. 
KENA DENGAN TEKAK DAN SELERA AM. 
JOM KITA RAMAI-RAMAI KE KRR SEBELUM 31 JULAI 2018 DAN
 NIKMATI MENU MERIAH RAYA YANG SEDAP INI..


Post a Comment

0 Comments