Thursday, 14 June 2018

LAWATAN KE KILANG 888 TEACOFFEE : KEHARUMAN DAN KEWANGIAN TIADA BANDINGAN


LAWATAN KE KILANG 888 TEACOFFEE : 
KEHARUMAN DAN KEWANGIAN TIADA BANDINGAN


Sebelum mengakhiri Pengembaraan di Negeri Kedah, Along Murni (AM) telah melawat ke Kilang 888 TeaCoffee yang berlokasi di Sg Lalang, kedah. Dari AM kecil lagi AM disajikan dengan keharuman dan kewangian 888 TeaCoffee. Memang menjadi tradisi untuk AM menikmati secawan teh atau coffee sebelum memulakan aktiviti harian.


Selain itu, kenikmatan rasanya memang luar biasa. Sama hebat dengan teh-teh berjenama popular lain, mahupun teh-teh import. Setiap teh daripada jenama 888 Tea & Coffee ini mempunyai kepekatan rasa dan aroma unik yang tersendiri.

Sebelum memulakan taklimat dan diberi informasi tentang perjalanan dan sejarah di sebalik 888 TeaCofee, AM disajikan dengan minuman teh wangi Ros 888. Memang enak dan menggamit memori.


Semasa melawat kilang, AM dan team BORAKKITA diwajibkan memakai sarung plastik biru dan sarung kasut biru bagi tujuan menjamin kebersihan. Banyak informasi dan maklumat yang AM dapat ketahui dan belajar sepanjang proses lawatan tersebut. Memang mengagumkan!!


SEJARAH 888 TEACOFFEE.

AM dimaklumkan yang Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT) adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama “888’. Ianya adalah milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Papan Utama Bursa Malaysia sejak 1997.


Pada tahun 1942, ketika negara sedang berada di dalam kancah peperangan dunia ke 2, mendiang Encik Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari bapa mertuanya dan memulakan perniagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sg. Lalang, Kedah.
Ianya bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga, pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 dan juga jenama yang lain. Setelah selesai perang dunia ke 2, beliau telah mempunyai deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hasil dari pasaran pengedaran, jenama 888 TeaCoffee semakin berkembang maju.


Hari ini jenama 888 TeaCoffee telah menjadi suatu jenama yang di kaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menjadi jenama yang berada di tangga teratas di dalam pasaran. Ada banyak jenis teh yang bernaung dibawah jenama ini, dan ia setiap satunya berbeza. Ada teh yang berasal dari negara India, Sri Langka, Kenya, China dan Indonesia.

Apa yang cukup membanggakan, teh dan kopi dari jenama  888 ini telah dipasarkan secara meluas. Bukan sahaja di Malaysia, malahan turut dieksport negara-negara lain seperti Brunei, Thailand, Singapura, Hong Kong, Taiwan, China dan juga New Zealand.

Malahan produk-produk dari jenama 888 TeaCoffee ini mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia, ada ISO 22000 dari Standard Antarabangsa, GMP dan Sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia.



Selesai sahaja lawatan di Kilang 888 TeaCoffee, AM disajikan pula dengan minuman White Coffee 888.. Memang terbaik untuk memastikan mata segar kan?? Yelah, AM dan Team akan bertolak ke Kuala Lumpur sejurus selesai lawatan tersebut. 



KATA ALONG MURNI


SEMPENA RAYA YANG BAKAL MENJELANG TIBA, AM INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. 
TAK SABAR AM NAK KELUAR MEMBELI BELAH!!
 DAN YANG PALING PENTING AM NAK BELI 888 TEACOFFEE 
UNTUK DISAJIKAN KEPADA TETAMU YANG DATANG.
 RAYA LEBIH INDAH DENGAN 888 TEACOFFEE !!! 
HARAP SEMUA ENJOY MENONTON VIDEO RAYA 888 TEACOFFEE



3 comments:

Auni Sofea said...

Lepas baca ni, terus terasa nak minum kopi..done bancuh!

sayidah napisah said...

wahh bestnyaa. saya peminat tegar kopi juga ni hehehe.

p/s: jemput join segmen blog saya :D

nia said...

Bestnye dpt jln sini. Rasa nak minum teh pula