Sunday, 3 June 2018

MISI JELAJAH PULAU PANGKOR: 6 TEMPAT MENARIK


MISI JELAJAH PULAU PANGKOR
6 TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR.
SAMBIL MENUNGGANG MOTORSIKAL PUSING KELILING PULAU PANGKOR


Dalam Misi Jelajah Pulau Pangkor bersama team TRAVELOGUE PULAU di bawah kelolaan BORAKKITA.COM, Along Murni (AM) berpeluang untuk menunggang motorsikal mengelilingi Pulau Pangkor. Mudah sahaja, motor di sini boleh didapati dan disewa dengan harga RM30-RM40 bergantung kepada jenis motor. Kali ini AM buat aktiviti di darat pula. Kalau nak tahu aktiviti ekstrem air yang AM lakukan boleh jengah di link blog ini TRAVELOGUE PULAU: SF WATERSPORT



Dah lama AM tak menunggang motorsikal. Bukan main teruja AM bawa motor pusing keliling Pulau Pangkor. Dari segi pengamatan AM, Pulau Pangkor memiliki bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, dan masih segar ditumbuhi pokok-pokok yang hijau. Asal-usul nama Pulau Pangkor adalah daripada bahasa Thai ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau yang cantik. Memang sesuai dengan namanya kan?? Memang cantik dan indah. Antara tempat-tempat yang sempat AM lawati sepanjang misi menjelajah Pulau Pangkor adalah:


KUBU DINGDING (KAMPUNG TELUK GADONG)


AM tiba di Kampung Teluk Gadong. Di sini terdapat sejarah peninggalan Belanda.Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670. Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.



Tujuan lain pembinaan Kubu Dinding adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini dan dalam masa yang sama pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka.

BATU BERSURAT PULAU PANGKOR (KAMPUNG TELUK GADONG)

5 minit (menaiki motorsikal) dari lokasi Kubu Dinding itu terdapat Batu Bersurat dipercayai menceritakan sebuah kejadian tragis yang menunjukkan lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak. Kononnya, anak seorang pembesar Belanda dibaham seekor harimau dan untuk memperingatinya peristiwa itu dipahatkan pada batu berkenaan. Ada juga mitos menyatakan Kanak-kanak itu diculik oleh orang Melayu yang membenci penjajahan Belanda.


Dikatakan ilustrasi harimau itu digambarkan sebagai orang Melayu dan turut terdapat ukiran tulisan 1743 I.F. CARLO dan lambang Veerenigde Oostindische Compagnie (VOC) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.

MASJID TERAPUNG 1000 SELAWAT (MASJID AL-BADR)


Lokasi terakhir wajib singgah di Pulau Pangkor adalah Masjid Terapung 1000 Selawat yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Badr. Masjid Terapung 1000 Selawat ini adalah 8 minit masa perjalanan dari batu bersurat tadi. Keunikan Masjid Al-Badr ini selain dari kedudukan nya yang dibina di atas air , ia penuh dengan ukiran 1000 selawat.

Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang melibatkan belanja RM11.7 juta ini, walau bagaimanapun, baru dibuka kepada orang ramai sekitar Oktober 2016. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017 yang lalu. Tapi AM tak berpeluang untuk solat dan memasuki kawasan Masjid Terapung 1000 Selawat memandangkan AM dalam ‘keuzuran’. Jadi AM hanya sempat ambil gambar kawasan luar masjid sahaja. Sementara menanti rakan-rakan lain solat dan melawat kawasan dalam masjid, AM singgah di sebuah gerai yang mempamerkan beberapa barangan unik di sini.







PEMBUATAN BOT/KAPAL (KAMPUNG SUNGAI PINANG KECIL )


Semasa menunggang motorsikal, AM berhenti dan melihat sendiri pembikanan dan pembuatan kapal dan bot. Betul-betul besar woo..  Begitu tekun dan gigih mereka membuat kerja. Hasil tangan dan ukiran yang dibuat begitu unik dan menakjubkan. Terkesima AM dibuatnya!!




SATE IKAN PAKSU (KAMPUNG SUNGAI PINANG KECIL)

Jelajah AM diteruskan. Kali ini AM Melawat Kilang SATE IKAN PAKSU(PPHP LKIM) yang terletak di Jeti Ujung Kelawai, Kampung Sungai Pinang Kecil.



SATE IKAN PAKSU merupakan satu-satunya Pengusaha Muslim Bumiputera yang Mengusahakan Industri Pemproresan Sate Ikan, Ikan Bilis dan Hasil Laut Berkaitan. SATE IKAN PAKSU juga merupakan Pengilang Utama Bumiputra yang menggunakan Teknologi Solar Thermal.





AM dibawa sendiri oleh wakil SATE IKAN PAKSU ke setiap bahagian memproses hasil laut sebagai bukti prosesnya tidak ada yang syubhah dan meragukan. Teknik dan tahap kebersihan yang diamalkan di Kilang ini benar-benar mengagumkan AM. Ia menyediakan alternatif bagi para penggemar sate ikan, sate sotong dan ikan bilis. Terutama ia penting bagi yang mengutamakan penyediaan secara halal, bersih dan suci apabila mempraktikkan teknologi Solar Termal.





Berminat? Boleh Hubungi 0124554398 / 0182319309 ATAU 05-6851948

-Sate Ikan Paksu-
-Hasil Laut Paksu-
'Ingat Pangkor, Ingat Paksu'


‘BIRD FEEDING’
MEMBERI MAKANAN KEPADA BURUNG ENGGANG
TELUK NIPAH


Tepat Jam 6 Petang, AM singgah di Sunset View Chalet yang terletak di Teluk Nipah. Kali ini Am mencuba aktiviti yang lain dari yang lain iaitu memberi makanan kepada Burung Enggang. Menurut En Bakar yang juga merupakan pemilik Sunset View Chalet, aktiviti memberi makan kepada burung enggang bermula jam 6.30 petang.  


Satu teknik yang agak unik kerana En Nordin memanggil Burung-burung Enggang ini sebagai tanda ‘waktu makan’ dengan menggunakan siulan!!


Setelah melihat banyak burung-burng yang datang dan bertenggek di situ, En Nordin melemparkan cebisan pisang ke udara dan burung-burng enggang tersebut menyambar sebelum pisang jatuh ke tanah. Memang menakjubkan!!

Kemudiannya AM mencuba memberi makan cebisan pisang terbut dengan menggunakan tangan. pada mulanya AM rasa takut juga. Yelah, khuatir paruhnya yang besar mungkin akan mematuk jari AM yang gempal ini kan?? Jomm.. jengah video slow motion yang sempat dirakam!!


Namun burung ini mengambil pisang tanpa mencederakan jari AM.. wah!! bijak betul!! macam nak menjerit bila AM berjaya memberi mereka makan dalam suapan pertama.. hehehehe..

Untuk mendapatkan maklumat  lanjut boleh menghubungi En Nordin Bakar di The Sunset View Chalets, Lot 4461, Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Tel: 605-6855448 / 012-408 2297. Faks: 605-685 5449.


KATA ALONG MURNI

PELBAGAI PENGALAMAN YANG BEGITU MENGUJAKAN BILA BERADA DI PULAU PANGKOR.
 SATU PENGALAMAN YANG PENUH DENGAN CERITA DAN
MENINGGALKAN MEMORI TERINDAH SEPANJANG BERADA DI PULAU PANGKOR. 
JOMM SINGGAH KE PULAU PANGKOR BERSAMA KELUARGA!!
JANGAN LUPA SINGGAH DI TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AM CADANGKAN INI YEA!!




No comments: