PERTANDINGAN “SUPER MOM” : AKTIVITI SEORANG MAMA BERSAMA ANAK


PERTANDINGAN “SUPER MOM” : AKTIVITI SEORANG MAMA BERSAMA ANAK


Sebagai seorang Mama yang sibuk dengan tugas seharian. Along Murni (AM) jarang-jarang dapat meluangkan masa bersama putera puteri Mama.  Sebagai seorang Ibu Tunggal, AM gigih bekerja untuk mencari pendapatan bagi menjamin masa hadapan kami. Buat masa ini, anak-anak AM tinggal bersama Bekas Suami AM dan isteri barunya.

Baru-baru ini, Along Murni (AM) dijemput untuk menyertai satu pertandingan bersama anak sempena Hari Ibu. AM merasa teruja untuk menyertai acara ini. Yelah, inilah peluang terbaik untuk AM bersama dengan anak-anak AM di samping kami dapat berbuka puasa bersama-sama.

Assyanur Juni Ibtisam itulah Puteri Mama yang berumur 8 tahun manakala Muhammad Amsyar Ar-Rayyan putera Mama berusia 7 tahun. Tapi memandangkan aktiviti itu hanya boleh disertai oleh seorang anak sahaja, AM memilih untuk menyertai bersama Puteri AM. Hal ini kerana, ia adalah sebagai satu galakan kerana Puteri AM berpuasa penuh sepanjang Bulan Randhan. Mulanya si adik merengek nak ikut serta tapi setelah AM memberitahu yang AM pilih si kakak kerana Kakak berpuasa jadi si Adik bersetuju untuk menjadi pemerhati.


Pertandingan “SUPERMOM” ini diadakan di The Mines, Seri Kembangan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Capital Land dengan kerjasama Oliver Gourmet, MR DIY, GIANT, NHF, FUN FACTORY, SEPIRING, STARBUCK  dan beberapa syarikat gergasi lain yang turut menjadi penaja.  Seramai 10 pasangan yang terdiri daripada ibu dan anak turut serta dalam pertandingan ini. Terdapat beberapa CheckPoint yang perlu diatasi oleh setiap pasangan. AM dan Si kakak teruja untuk menyertai!! Sempat juga si kakak berbisik di telinga AM, “mama, kita buat betul-betul tau. Annur nak menang”. Alamakkk.. terasa macam berat pula nak menggalas pesanan si kakak ini. Aduhaii.. anak!!

CHECK POINT 1: OLIVER GOURMET
Di Oliver Gourmet setiap ibu diminta untuk memasak secara bekerjasama. Bila AM pandang sebelah, si kakak dah teruja dan tak sabar-sabar siap cakap “Come on, MAMA.. Kita boleh buat ini”. Untuk pengetahuan semua, setiap peserta perlu memasak dengan bahan yang telah disediakan oleh penganjur dan diberi masa 1 jam untuk menyiapkan!!


AM telah memilih roti Gardenia , Cheese, Kari Ayam (dalam tin), telur rebus dan sedikit salad dan buah-buahan. AM nak buat Sandwich Special yang sering AM buat untuk anak-anak AM. Si kakak membantu AM mencarik-carikkan isi ayam (Kari Ayam YeOs)dan juga menghancurkan telur rebus sementara AM memotong roti menggunakan pisau untuk membuang bahagian luar roti dan memotong buah-buahan. Setiap aktiviti yang melibatkan pisau dan alatan tajam dilakukan oleh AM.
Risau takut terluka jari si kakak..  Tak lupa juga AM tambahkan sedikit perasa dan pepper di dalam telur yang dincurkan si kakak ini. Apabila siap kami mula menghias dan hasilnya boleh dilihat dalam gambar di bawah.



Apa-apapun AM bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh si kakak. Si kakak berbisik pada AM, “Annur suka masak dengan MAMA”. Indahnya bila dengar ayat itu keluar dari mulut si anak kan?? Rasa terharu AM dibuatnya!!



CHECK POINT 2: NATURAL HEALTH FARM (NHF)

Di check point sini setiap peserta telah diberi penerangan tentang produk yang ada di NHF. Untuk pengetahuan semua pengasas NHF adalah Dr Jessie Chung dan jenama ini sebenarnya sudah ada pasaran hampir 20 tahun lamanya. Pelbagai informasi menarik telah dikongsikan terutama yang berkaitan dengan kesihatan. Kebanyakan produk NHF adalah berunsurkan organik dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.



Di Check Point ini lebih kepada kuiz dan jawapannya terdapat pada kawasan sekitar dan di rak produk yang dipamerkan. Setiap peserta masing-masing berebut untuk menjawab bagi menambahkan mata kumpulan. Alhamdulillah, AM berjaya juga diberi peluang dan menjawab soalan yang diberikan.


CHECK POINT 3 : FUN FACTORY

Fun Factory adalah 'indoor park' yang menawarkan pelbagai permainan mesin seperti 'car racing', zombies, motorsport champion dan banyak lagi. Tapi cabaran setiap peserta di sini adalah untuk bermain roller-blade. Tengok je Roller Blade ini, teringat zaman kecil-kecil AM bermain bersama-sama arwah ayah!! Jatuh bangun AM semasa bermain RollerBlade ini dibantu oleh Arwah Ayah AM..Al-Fatihah sempat AM sedekahkan bila mengenangkan Ayah!! AM rindu kenangan kita bersama, Ayah..

AM bersedia untuk mengajar si kakak bermain RollerBlade sama seperti Arwah Ayah AM dulu. AM nampak ketakutan di wajah si kakak.. Tapi AM yakinkan si kakak yang dia pasti Boleh sebab MAMA pun BOLEH!!

Cabaran di FUN FACTORY adalah pasangan ibu dan anak perlulah melepas satu garisan yang ditetapkan. Dan untuk 3 pasukan yang terpantas akan mendapat markah. Hahaha.. boleh tengok dalam gambar si Kakak cuba meluncur laju namun tangan masih erat pegang AM sambil jerit, “Mama, jangan lepaskan tangan Annur, kasut roda nie dah laju ke depan dah nie!! Hahahaha.. Panik sekejap AM dibuatnya!!

CHECK POINT 4 : MR. DIY

Di check point MR DIY ini setiap peserta perlu menghasilkan satu seni kraftangan. Setiap peserta diberikan tali, benang, paku, pemahat dan papan. AM dan peserta lain diminta menggunakan kreativiti untuk menghasilkan bentuk mengikut imaginasi sendiri. Masa diberikan hanya 30 minit!!



AM mula memikirkan bentuk yang ingin dihasilkan. Akhirnya, AM tercetus ingin melakukan bentuk mainan yang sering dimainkan oleh si kakak di waktu kecil. ALaa.. yang loceng gantung berserta pemegang.. Hehehe.. tak taulah sama tak imiginasi dengan yang terhasil kan?? Aktiviti ini turut sama dibantu oleh Si kakak.. Mana pun satu kumpulan kan?? Kena buat aktiviti secara bekerjasama. Si adik yang turut sama menjadi pemerhati juga sibuk memberi komen dan pandangan dari tepi.. Hahahaha..


CHECK POINT 5 : PASARAYA GIANT


Ini merupakan Check point yang terakhir. Untukcheck point ini setiap peserta memerlukan tenaga dan semangat kerjasama berkumpulan yang tinggi. AM perlu mencari 10 barangan di dalam gambar yang diberikan di dalam Pasaraya Giant selama 5 minit.


Apalagi bila wisel ditiupkan masing-masing bertempiaran mencari barangan yang diperlukan. Semasa mencari si kakak gigih menolak troli sementara AM mencari barang. Besar benar Pasaraya Giant ini.  Gigih lari sana sini mencari barang.. Hehehehe..

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Apabila diumumkan pemenangnya, AM hanya berjaya meraih tempat ke lima. Apa-apapun AM gembira sangat sebab sepanjang aktiviti ini, AM jadi lebih mengenali dan hubungan AM dan anak bertambah rapat. Semua pemenang saguhati turut menerima cash dan goodies bag yang menarik. AM beri peluang pada si kakak untuk menerima setiap hadiah sebab ini usaha dan penglibatan kami bersama.

Terima kasih CapitaLand, penaja-penaja dan juga penyelaras acara iaitu Scoops Mediacom atas kecemerlangan menjayakan pertandingan yang cukup bermakna ini. Tahniah atas penganjuran!!

KATA ALONG MURNI

AM SANGAT MENYOKONG PENGANJURAN PROGRAM AKTIVITI SEUMPAMA INI. DI SAMPING DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN, 
IA JUGA DAPAT MEMUPUK MINAT DAN KERJASAMA DI KALANGAN ANAK-ANAK!! INSYAALLAH.. KALAU ADA AKTIVITI LAGI SEUMPAMA INI AM DAN ANAK-ANAK AKAN TURUN PADANG UNTUK TURUT SERTA!!

Post a Comment

15 Comments

  1. Bestnyer aktiviti macam ni. Bonding time ibu dan anak... menarik sangat meluangkan masa dengan anak2. Aktiviti kraftangan ni suka sangat....

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kalau ada aktiviti macam ni. Selain dapat habiskan masa bersama, dapat juga mengeratkan hubungan ibu dan anak..tahniah puan

    ReplyDelete
  3. Best kan bila ada activity bersama keluarga sebegini - mengeratkan dan menyebabkan kita lebih memahami ahli keluarga. Go Supermom AM

    ReplyDelete
  4. Seronok aktiviti macam ni. Bukan selalu ada. Bleh la binding dengan anak-anak kan. Hehehe. Masa ni bleh tahu kebolehan anak-anak. Anak ruby kecil lg. Apa arahan belum faham lg. Nanti ibu jadi tiger. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Great to see how much fun you guys had. Always try to make the best out of a situation, and you did well, Murni.

    ReplyDelete
  6. Wow, you such a lovely mum. and congrats for the winner. both of you deserve the best prize. Mummy and children bonding is important especially their growing process.

    ReplyDelete
  7. Such a fun day with your girls! I love spending time with my kids and seeing others do that touch my heart too!

    ReplyDelete
  8. seems like a fun day for the family. nice that you all had enjoy so much. I have not been to Mines for long time. Jauh sangat haha

    ReplyDelete
  9. that's one active day out. Did she pengsan once she reached home? heheheh oh my, i think my mom would love to hear me say "that i lvoe cooking with her" too...hahahah in all of your activities, the fun factory really caught my eyes. Wanna go check that place out. looks very interesting.

    ReplyDelete
  10. Wow! That is alot of checkpoints Wei! I don't think my kid can tahan probably zzzz halfway haha but good way to burn energy

    ReplyDelete
  11. Wow! best nyer and congrats. You memang super mom la, semua boleh settle with a minute and maintain cool je.

    ReplyDelete
  12. Seronok kan aktiviti mcm ni..mcm2 aktiviti...terbaik la sebab awak rajin join aktiviti mcm ni...salah satu cara riadah kan..tahniah sebab kita semua supermom...

    ReplyDelete
  13. sedapnya nama anak anak AM! tahniah AM berjaya memenangi tempat ke-5. okay sangat tuu hehe.

    ReplyDelete
  14. Bagus sangat aktiviti mcm ni, hubungan ibu dan anak menjadi lebih erat.

    ReplyDelete
  15. terbaek aktiviti mcm ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete